Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Sunday, July 31, 2005

Aku sah jadi isteri




5 june 2004, aku sah jadi isteri kepada seorang insan yg teramat istimewa dalam hidup aku, RAMLI BIN HJ IBRAHIM. bermacam rintangan yg aku hadapi sebelum nikah nie. bayangkanlah bertapa teruknya aku menanggung derita bila bertunang cukup 3tahun. utk org di luar sana, tok sahler hang tunang lama2 ..seksa. byk dugaan. nyaris putus! semoga kami hidup bahagia hingga ke dalam syurga..amin! kini aku duk kat tmn setia jaya, batu pahat. husband aku ngajar kat smk kolam air. cantik tak gambar kami. itu hantaran dr pihak aku...sumer aku buat sendirik lepas balik dari brunei&sabah..cantik tak?.hehehe

Lawatan ke Brunei and Sabah

Pada 28 mac hingga 3 april 2004, aku dan member pkpg it, pkpg multimedia, pkpg sains dan pkpg sains sukan buat lawatan ke brunei and sabah. kertas kerja yg kami buat akhirnya menjadi kenyataan. sekali lagi sbg s/u aku tak kisah dan sangup korban wang mcm masa jadi pen pesuruhjaya(s/u) scout jb dulu9sblm masuk upsi). aku gembira projek kami berjaya. 43 orang termasuk 7 lect turut serta. best giler. cuma ada satu insiden yg membuat aktiviti menjadi hambar. biarlah..hanya mereka yg tau aje yg merasainya. for all of you, thanks for give and take... thanks to all lect yg sporting abis....bila plak kita nak pi australia...aik...kata aritu nak pi sana..jadi ke cikgu anas? rohaizi? amacam..zahri? sem nie geng hang pi mana?

Gunung Tahan 2001


Wei..jumpa lagi.
Aku nak citer sket. sblm aku masuk pkpg, aku nie aktif dgn scout. selalu ler pi sana, pi sini. paling best, aku pi gunung tahan. pengalamannya...toksahlah nak cakap. ada manis, ada pahit..hehehe..sampai kuku kaki aku pun tercabut. kami berjaya naik dan turun dlm masa 7 hari 6 malam..penat tul..tapi..permandangannya memang cantik giler. kami pi 9 org jerk.
Dari kiri gambaq : abd razak (ajax), ramli, aku(rosmah), noranita(ita), annuar(nuar), akmal nizam(nizam), ani josfina(ani), rosmi dan azman(man).
inilah team yg selalu pi hiking. disebabkan aku suka hiking (tahan, ledang, belumut, tempurung,jamboree dll)..bila aku stop sumer tu..kini badan ku bertambah berat coz bila dah masuk pkpg ni, semuanya stop....geng pun ramai yg masuk U. susahnyer nak turunkan badan.ihik..ihik... uat kawan2 tahan....simpan kenangan bersama..bukan senang nak panjat gunung tu..kalau ada lif kan senang kan? wuahaha:)

PKPG IT 2003/2006

Assalamualaikum,Buat kawan-kawan di luar sana. Ini adalah paparan pertama aku di web blog nie. aku nie student tue..hehe pkpg it upsi 03/06. Gambar kat sebelah tu masa kami pra pkpg dulu. meh aku kenal sorang2.Dari kiri gambar(berdiri) radha, aku(hehehe),shahirah(kak ira), anbumani, rosazlila, iskandar, mohd nizam(ujang), norizam(kak zam), nizam, azmi, faizan, rosidi(matdie), zainal(ust enal, faizal(che mat), haris.Mencangkung : Azhari(chief), aminuddin, has, rahim dan hamzah(zet).Gambar nie kami amik kat depan comp lab kat IPDA. La nie, kami cuma tinggal 16 orang je. Radha, nizam dan rosazlilla masuk sek semula, anbu dan ust enal pi upm.Thanks to puan yati yg macam emak kami, en shukri, tn hj azmi, tn hj abd shukor, en fadzillah, tn hj mazuki, ustaz zakaria, en nazri, mis cheng pang, en samudin, en jusni dan tn hj abu bakar coz curah ilmu pada murid tue-tue nie. terima kasih atas kesabaran kalian.