Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Saturday, August 13, 2005

Rosmah VS Rafidah









Ada ramai yang kata muka aku mcm rafidah aziz, betul ker? cuba korang perati betul2...sama ker?

Sekolah Khas

Ini gambar masa aku sekolah khas tahun 1991. cikgu jailani tu penuh ilmu did ada. dia dah meninggal dunia. semoga rohnya dicucuri rahmat. aku dok sebelah kanan dia.

Desaru 1999

Ini gambar sebahagian dr kluarga aku.
Bediri dari kiri :
Abg mus(abg ipar), kak silah, rani(anak sedara aku), along, abang long(abg ipar), abang aku- abg nuzi, adik aku-maman. Yang mencangkung tu, aku, anak sedara aku-yati, anak sedara gak-ira dan kakak aku-kak yot. tak der dlm gambar, adik aku odin dan mak bapak aku. masa nie kami konvoi ke desaru..tak jauh dr rumah makbapak aku kat air tawar 1,kota tinggi.

5 Sains 1993

Berdiri dari Kiri :
Nazim, Samsul, Shahrizan, Osman, Mahathir(Meninggal dunia), Rahim, Norjihan, Kamaruzaman, Ahzli, Izwan, Khairul Azhar, Mohd Puzi, Edanistafa, Suhairi, Sezali, Salehuddin.
Duduk dari kiri :
Norazilah, Zulilah, Rohana, Nurhamimah, Diniha, Zainab, Pn Rosita, Suhana, Iswani, Roslia, Norlela, Norhazlina, Rosmah.
Sumer jadi orang. Sumer masuk U & itm, aku jerk tertinggal masuk maktab coz bapak aku tak bagi daftar masa aku dapat itm amik dip sains. Bapak aku kata, pompuan tok sah belajar tinggi coz nanti duk dapur gak akhirnya. masa tu aku rasa penat jerih aku study macam sia2 jerrr...baik aku masuk sastera awal2... aku dgn terpaksa daftar masuk maktab perguruan kat kuala terengganu. aku bg laluan kat adik aku yang keluarga jangka akan dapat utm. adik aku masuk utm masa aku dok maktab. aku kluarga susah. kena mengalah kat adik. Kini, aku dah setaraf dengan depa sumer..aku akhirnya bergelar jugak mahasiswa. boleh bagi duit lebih sikit kat mak abah bila kuar nanti berbanding jadi cikgu sk rendah. 10% gaji sek men lebih besar dr 10% gaji sek rendah. 10% tu aku khas utk mak abah aku. mintak berkati hidup aku. itu jer yg mampu aku bagi.

SKSA Bowling Hari Keluarga



Gambar tak brapa clear..coz ramai sangat nak masuk muka. nie sebahagian cikgu2 kat SK Sri Amar,JB. Itu kira last hari kluarga aku kat Sri Amar. Kami main bowling kat Daiman Bowl, Johor Jaya. Hari tu aku dapat tempat ke-3 individu..group...hampeh! GB aku en hamzah hamid dan GPK 1 aku kak jem , GPK Koko kak muji sporting giler....aku pakai t-shirt meroon, tudung cream, duduk kat tangga. Aku rindu warga Sri Amar....kalau tak disebabkn PKPG, aku tak kan pindah dr sek tu... kini gb aku dah pi JPNJ dan kak jem dah jadi GB kat Damai Jaya, JB.

Rosmah dan Zaleha



Rosmah dan Zaleha. Kawan baik aku dari aku darjah 1 hingga darjah 6. sekarang tak tau leha kat na....last aku jumpa dia masa turun kat kota. pastu dah lost contact..kalau sapa2 kenal kat member aku tu...kirim salam kat dia. banyak kisah kami berdua yang sukar dilupa. sama-sama susah, sama-sama miskin...dapat susu kotak percuma..hehehe...pendidikan merubah segalanya..... hidup perlu diteruskan... kita boleh merubah nasib kita jika kita berusaha.

p/s Kiut tak aku..gambar nie masa aku darjah 6. mata aku tak sepet lagi coz masa tu lum pakai cermin mata. form 1 aku start pakai benda alah tu...kini mataku sepet! huuuuaaaaaaaa......

Pengakap Selamanya



Akum, sebelum aku masuk pkpg, aku aktif pengakap. itulah kami berempat kehulu-hilir, 1 geng, 1 kepala..best gilerrr.. dari kiri gambar zaharah (kak joy) dia ngajar kat SK Yahya Awal, JB. Dia selamba badak.... Kedua tu Roshita Jaffar (kak ita).ngajar kat SK Skudai Baru, JB.ini ketua brutal kami...dia yang selalu menceriakan suasana. Yang ke-3..Rosmah Abdullah..akulah tu..tak percaya? kurus kan? bila aku stop scout..badan aku terus jer di pam-pam.. hehehe..lepas pkpg nie nak aktif semula ler... Masa tu aku ngajar kat SK Sri Amar, JB. dan yang kanan tu mardiah baian (mar)..Ngajar kat SK Cacat Pendengaran, JB. dia nie pun sekepala dgn kak ita...nano-nano... kalau jambori ke ujian pentarafan ker... perkhemahan ker, kamilah yg memenuhi unit urusetia. sporting giler. Tak lupa pengalaman kat jambori dumai, indon...ribut woi.... aku pen pesuruhjaya bhg pentadbiran(s/u daerah) kak ita dan mar penolong pesuruhjaya hal ehwal wanita dan kak joy bahagian latihan. La nie... tak berapa aktif sangat... aku dah sign out masuk upsi. Gambar nie amik hujung tahun 2002 masa perhimpunan agung pengakap negeri johor. Januarinya aku masuk PKPG kat IPDA, Kedah.

Monday, August 01, 2005

Peksa final sem4

Akum, aku masuk lagi blog balik. penat baca. sebelah tu gambar aku & kelas pkpg it slps peksa pentadbiran sistem komputer, paper last bg sem4..tawakal jerlah. gambar nie di amik di sblh kanan dewan sitc. gambar kat belakang tu adlh bangnan library yg gedabak.
Dari kiri gambar : iskandar, faizal, rosidi, aminuddin, mohd nizam, faizan, rosmah(aku), norizam, nur shahirah, azhari, hamzet dan abd rahim.
tiada dlm gambar:azmi, has, haris,mohd nazri