Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Thursday, April 24, 2008

SMKJKA vs SMDSE

Panas..Panas...Panas...
Isu paling hangat di sekolah tahun ini (2008).

Pengetua kita yang baru berhajat untuk tukar nama sekolah daripada

SMK Jalan Kolam Air (berusia 44 tahun-sejak 1964) kepada SMK Dato' Syed Esa.
Ramai pelajar tak bersetuju.
Buktinya, banyak wujud laman-laman web yg memprotes keputusan ini.
Dengar khabar, nama ini mungkin akan digunapakai antara Ogos/Sept/Oktober 2008.
Sebab itu pengetua minta laman web rasmi sekolah yg baru didaftar guna SMDSE. http://www.smdse.edu.my/v2/

Berikut adalah pautan ke tapak-tapak web protes...
1.
http://savesmkjka.hostwq.net/index.php
2.
http://shmilyleng.blogs.friendster.com/my_blog/2008/03/im_not_a_lawyer.html
3.
http://www.powerkolam.com/archiver/?tid-600.html

Hebat pelajar-pelajar sekarang....

Friday, April 11, 2008

Masuk Wad

Pagi Rabu 9 April 2008,

Bila bangun pagi, macam ada kesan coklat sket. takut gak perkara lama berulang. aku nekad ke klinik kesihatan utk uat pemeriksaan. hasil pemeriksaan, doktor menahanku dan mengarahkan seorang staf klinik membawa aku ke hosp batu pahat. naik ambulance tuuuuu...

Sampai hosp BP, (masa lalu tepi sek tu...sempat gak jengah2kan kepala-nampak budak tenis jerk tgh latihan). aku dihantar ke unit kecemasan. naik kerusi roda di sorong ke wad 6. kena tahan wad. tak sangka ya...asalnya nak chek kat klinik jer.. sudahnya kena tahan wad.

Pelbagai pemeriksaan yg dijalankan, kandungan ku selamat. doktor kata mungkin ini cuma threatened abortion. Alhamdulillah...selamat. Petang dalam jam 6 lebih aku dah bleh kluar wad.

Doktor scan, dia kata dah 4 minggu 2 hari kandungan ku. Alhamdulillah.

Ya ALLAH... aku tahu bahawa hanya Engkau yang boleh menentukan segalanya. Aku bermohon padaMu ya ALLAH, lindungilah kandunganku ini sehingga selamat dilahirkan dan membesar menjadi anak yang soleh. Amin.

Aku dapat cuti 2 hari 9 dan 10hb. 11hb (jumaat) aku dtg sekolah. cikgu2 lain bising....kenapa tak sambung cuti....jalan pelan-pelan....dan pelbagai nasihat yg diberikan.

Terima kasih semua kerana memahami.
Terima kasih buat suami tercinta kerana sanggup meluangkan masa utk isterimu dlm kesibukkan pertdgn bola sepak daerah.

Terima kasih Ya Allah...di atas segalanya yang telah Engkau tetapkan untuk ku. Amin....

Friday, April 04, 2008

Tetiba teringat Pembentangan Tesis di Putrajaya

Di bawah nie sebahagian aturcara sepanjang sesi pembentangan. Tesis masa buat degree in IT, UPSI . Aku buat tesis Tahap Penggunaan Laman Web di kalangan mahasiswa buta. jangan tak percaya, org buta lagi pakar bab guna komputer. seronok buat tesis nie.

Aku dapat A utk tesis ini.

Pensyarah cadangkan nama utk present kat seminar kebangsaan di Putrajaya. Tajuk tesis aku di terima utk dibentang. Sukanya aku.

Utk menghormati pensyarah aku, aku letak nama dia sekali sebab dia yg banyak memberi bimbingan sepanjang uat tesis ini.

Berdebar mulanya bila present depan profesor, doktor2, pensyarah2 universiti seluruh malaysia. mula2 berdebar dan takut. Tapi, bila ramai yg bagi respon dan selama ini pensyarah-pesyarah universiti xpernah kaji mcmana siswa buta belajar and uat assgnmt. ramai bertanya dan mereka xterfikir pun yg org buta bleh guna komputer.

Lastly... aku diberi tepukan gemuruh dan masing2 minta copy dan e-mail. mereka sangkakan aku lecturer. pada sesi tu sblm penamat, aku dengan rendah dirinya berkata ;

"Saya hanyalah seorang pelajar, bukan pensyarah, bukan doktor falsafah dan profesor. Doakan semoga suatu hari nanti saya akan menjadi sebahagian daripada anda."

Link 1
http://pkukmweb.ukm.my/~ekomuniti/abstrak.html

Link 2
http://209.85.175.104/search?q=cache:xtwJGv5w1NsJ:pkukmweb.ukm.my/~ekomuniti/dokumen/Jadual%2520Pembentangan.doc+rosmah+abdullah&hl=en&ct=clnk&cd=13&gl=my