Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Wednesday, July 30, 2008

Pythagorean Triples

Pythagorean Triples are three whole numbers that form the sides of a right-angled triangle. Some of the Pythagorean Triples are :

3, 4, 5

5, 12, 13

7, 24, 25

8, 15, 17

6, 8, 10

10, 24, 26

9, 40, 41

20, 21, 29

9, 12, 15

http://www.frontiernet.net/~imaging/pythagorean.html
http://mathworld.wolfram.com/PythagorassTheorem.html

Tuesday, July 29, 2008

Perbezaan Ketuk-ketuk dengan Beduk


Ketuk-ketuk atau juga dikenali sebagai Kertuk Kayu atau Kerantung adalah sejenis alat yang digunakan bagi menghasilkan muzik dan sebagai alat komunikasi.


Ketuk-ketuk biasanya diperbuat daripada batang kayu, biasanya kayu nangka, yang ditebuk lubang ditengahnya. Untuk membunyikannya, ia diketuk dengan kayu pemukul secara berulang-ulang.


Selepas kedatangan Islam, ia digunakan sebagai menandakan masuk waktu solat. Tetapi ia juga digunakan semasa berlaku kematian, atau peristiwa kecemasan seperti orang mengamuk, serangan musuh dan sebagainya.

Perbezaan Beduk dan Ketuk-ketuk


Pada masa lalu bilamana tidak ada alat siaraya, radio mahupun television maka bagi umat Islam "beduk" telah memainkan peranan penting. Beduk dipalu dengan rentak khas bagi menandakan waktu solat sudah tiba.

Di sepanjang bulan Ramadhan beduk terlalu penting bagi umat Islam pada zaman dahulu. Beduk juga dipalu bagi menandakan waktu berbuka puasa sudah tiba, malah beduk juga digunakan sebagai alat untuk memberi makluman kepada orang ramai tentang sesuatu hal yang sedang terjadi dalam satu-satu kampung seperti ada kematian ataupun kesusahan yang sedang dihadapi. Pendek kata beduk pada masa lalu adalah sebagai alat pengumuman.


Sunday, July 27, 2008

Pertandingan Silat Peringkat Negeri

Pada 18-20 Julai yg lalu sek aku jadi tuan rumah
pertandingan Silat peringkat negeri johor.
Meriah gak...satu team=satu kump muzik...
paling best tengok budak kecik bersilat. dengan riak muka dia berkerut geram!! best!!
guru-guru sek aku bergilir bertugas di bhg urusetia dan pendaftaran.
Tahniah kepada pemenang...
Tetiba aku terpandang member sekampung.
tak sempat ambik gambar coz dia jadi salah seorang hakim...
serius giler...Johari anak ustaz Shuhadak.
Ustaz sek agama aku di FELDA Air Tawar Satu.
abg Joe nie tua setahun jek dr aku.
maybe dia jadi cikgu juga kot!!
Syabas abg Joe. dulu jadi ketua silat kat sek men aku. la nie jadi hakim peringkat negeri plak tu..entah2 pgkt kebangsaan pun pernah jadi hakim gak!! marvelous!!

Cadar Baru

Puas hati sangat beli cadar nie..
ngam-ngam aje dgn katil aku...lama cari pattern nie...
beli kat Primamoda RM99.00 100% cotton.
ala-ala comforter gitu...cantik tak??

Wednesday, July 23, 2008

Lencana Baru SMKDSE

Lencana baru SMK Dato' Syed Esa yang baru.

Maksud Lencana Sekolah SMKDSE

BUTIRAN
Perisai
– kesejahteraan
Obor - semangat / tenaga
Batang obor – 5 prinsip rukun Negara
Buku – (kurikulum) ilmu / pendidikan Pengajaran dan pembelajaran
Trek – perpaduan dalam kaum
Gelung – Melambangkan perpaduan berbilang kaum berserta impian

WARNA
Jingga - Aspirasi
Biru tua- Impian
Putih- kebersihan/kesucian mental,fizikal & Rohani
Merah - semangat dan kegigihan
Biru muda - kesejahteraan

Monday, July 21, 2008

E-Tutor.com Gedung Soalan PMR


Kepada pelajar cikgu yang dikasihi...
Semoga usaha digandakan untuk kejayaan PMR 2008.
Latihan secara alternatif & insentif boleh diperolehi di alamat web berikut : http://www.e-tutor.com.my/

Semoga kalian berjaya.

Sunat Bulan Rejab

Perkara-perkara sunat dilakukan pada bulan REJAB
1. Mandi Sunat pada AWAL, PERTENGAHAN dan AKHIR REJAB(1, 15 & 29 REJAB)

2. PUASA AWAL REJAB, dimakbulkan ALLAH doa sepanjang awal REJAB, insyaallah. Terlebih baik lagi jika mampu SOLAT SUNAT REJAB tiap-tiap. Jika tidak mampu, dibuat pada 4 malam Jumaat; Paling tidak 1 MALAM JUMAAT, kerana para malaikat turun ke dunia untuk berdoa kepada ALLAH bagi orang-orang yang berdoa pd mlm tersebut.

3. MEMBACA :- 1 - 30 Rejab (Subuh/Asar) 1. "SUBHANAULLAH HIL HAIYIL QAYYUM"100 KALI, DARI 1 - 10 REJAB 2. "SUBHANAULLAH HIL AHADIL SOMAD" 100 KALI, DARI 11 - 20 REJAB 3. "SUBHANAULLAH HIL RA UUB" 100 KALI DARI 21 - 29 REJAB

4. Membaca Surah Al-Ikhlas 11 kali setiap hari.
5. Berpuasa pada 27REJAB, Ganjarannya seperti 60 bulan berpuasa dan bersedekah pada hari itu seperti berpuasa 1000 tahun.

Sunday, July 20, 2008

Penilaian Tahap Profiensi

Aduh...aduh...
Semalam aku pi oral test PTP. Depa kata tajuk sekitar PNP di sekolah. Tetiba aku dpt emotional stability for astronaut...alamak!! cakap ajerlah.. Semoga aku lulus dpt band4. takyah repeat!!

Teringat Rakan Serumah Ketika Mengajar di SK Sri Amar, Johor Bahru


Tetiba berkemas hujung minggu terpandang gambar nie...
Gambar nie diambil thn 2000. Dinner hujung thn sekolah. Dulu kami duduk serumah 6 org. cikgu bujang ler katakan... Dari kiri Maziah. Ma masih setia di SK Sri Amar, JB. Kedua tu Norilyana. Yana lepas kahwin pindah Shah Alam. Ketiga tu Norul. Lepas kahwin Norul pindah Kluang. Seterusnya kak Zaini. kerani sekolah kami. tahun 2002 pindah ke SMK Rengit, Batu Pahat. Baju biru tu pula Salmah. masih setia dgn SK Sri Amar. Nak jadi Guru Besar Sri Amar katanya suatu hari nanti. Tepi sekali tu yg pakai baju meroon, aku...2003 aku sambung belajar. 2004 aku kahwin masa tgh belajar. 2006 aku posting baru kat SMK Dato' Syed Esa, Batu Pahat. 6 tahun duduk serumah bermula thn 1997 membuatkan kami akrab...semoga kalian BERJAYA dlm hidup...Amin.

Monday, July 14, 2008

Jambori Antarabangsa Johor


Tahniah di atas sokongan oleh semua pihak.
Semoga berjaya hingga ke akhirnya.
... Aminnn!!!

Thursday, July 10, 2008

JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR KE-24

JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR KE-24
15 HINGGA 20 NOVEMBER 2008
KEM JUBLI INTAN, TANJONG LABOH, BATU PAHAT, JOHOR

PERKHEMAHAN PERDANA SMK DATO' SYED ESA



Program Sinar Gemilang merangkumi Hari Kokurikulum dan Perkhemahan Perdana 2008
Perasmian penutup dilaksanakan oleh Pegawai Daerah Batu Pahat.
Beliau berjanji akan menurap kembali dataran sekolah..thanks dato'.
Pintu gerbang sedang giat dinaikkan oleh pasukan pengakap sekolah...
2 orang pengakap raja 2008 sedang giat membantu.

Pintu gerbang dah siap pun. Tahniah pada semua!!