Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Sunday, November 30, 2008

Ina, Intan dan Amirul


Kepada Amirul Suari, Norazlina dan Intan Zainatul Maria...
terima kasih kerana sudi memabntu cikgu sepanjang jambori berlangsung.
harap you all tak serik ok....

Tuesday, November 25, 2008

ROSMAH ROSHITA 2001 and 2008





CABARAAAANNNN..............
Bila mau kurus badan yek Pn Rosmah ????
Bagus gak ada gambar nie. sekurang2nya bleh buat perbandingan....

Gambar kiri 2008 gambar kanan 2001


roshita, rosmah and mardiah.
Geng aku masa mula2 join pengakap Johor selepas posting dari Maktab Batu Rakit (1997). Masa tu mengajar di JB. Kami nie 3 org pemimpin pompuan muda yg dok ke hulu ke hilir menjadi org suruhan. Mereka berdua ni brutal. Kami bertiga pernah ke Jambori Dumai bersama. selalu tolong jadi kelana pembantu bila arwah ayah (hj Ismail Hussien - Pontian) buat pentarafan pengakap raja.

La nie yg still aktif cuma aku n kak shita. Kat JAJ2008 baru nie aku berjumpa smula kak shita. cuma xdpt layan dengan baik coz mcm2 masalah di urusetia. Lain Jambori kita jadi peserta kita sembang lama2 ye kak shita.


Untuk adik2 kelana yg baru join dunia kelana... adatlah bila kita di arah buat itu dan ini. arahan yg keluar itu sebenarnya telah pun dilaksanakan org terdahulu....


Tahniah buat kelana petugas JAJ08 yg berhempas pulas melaksanakan tggjawab wpun first time terlibat dgn jambori yg diluar jangkaan bilangan pesertanya. Salam Pengakap.



Monday, November 10, 2008

Menara 9 Nov 2008


Sunday, November 09, 2008

MENARA TERKINI 6 NOV 08


Inilah menara terkini (6 nov 08) yang telah siap dibangunkan.
setakat ini, bentuknya masih tak nampak seperti model asal.
maybe bila dah 70% baru nampak bayangan bentuk sebenar menara ini.
Teruja aku dibuatnya. agak2 sanggup tak naik atas??? gayat you!!!

Saturday, November 01, 2008

Menara Jambori Dalam Proses

Menara dalam proses. Tahniah buat kelana yg turut sama mengerah keringat. Semoga kalian tabah untuk menyiapkan menara yg di impi2 kan ini.

Dewan Syed Esa bertukar warna


Dato' Syed Esa dlm Pengakap


Sekolah aku kini telah bertukar nama kepada SMK Dato' Syed Esa. Selain menjadi salah seorang pejuang melayu yg berjaya bersama-sama Dato' Onn, sbg majistret Mahkamah persekutuan, dan bermacam2 lagi.

Jasa beliau juga banyak dicurahkan di dalam kepengakapan. Antara yang paling diingati, Beliau adalah bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara tahun 1963 - 1968.

Di atas : Dato Syed Esa bersamaFrank C. Sands - orang yg mula2 membawa pergerakan pengakap ke Malaya tahun 1910. Beliau menjadi Ketua Psuruhjaya Agong hingga tahun 1948.

Kalau anda perasan, belakang mereka berdua ini adalah bangunan Syed Esa yg menjadi mercu tanda Kem Pengakap Jubli Intan Tajong Labuh Batu Pahat, Johor.