Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Monday, March 16, 2009

Program Pemantapan Insaniah PMR 2009

SMKDSE telah menganjurkan Program Pemantapan Insaniah untuk pelajar2 Islam tingkatan 3. Program ni merupakan program motivasi Islamiah yg bertujuan membangkitkan dan mengingatkan kembali tanggungjawab para pelajar terhadap agama, rasul, ibu bapa dan pelajaran. Aktiviti seperti ice breaking, permainan, ceramah, tanyangan video, simulasi kematian, di alam barzakh, dijirus air kapur barus, program bersama ibu bapa dan bayank lagi. Peserta lelaki digelar Adik Kasih dan peserta pompuan digelar Adik Sayang.
Semoga keinsafan di hati Adik Kasih dan Adik Sayang tidak terhenti setelah tamat program. Semoga kalian berjaya dlm PMR.



Spot check, jangan tak spot check.
Ustazah Asnah, Cikgu Shamsiah, cikgu Fauziah, cikgu Jemaah, cikgu Norazmah dan cikgu Syazwani mengeledah beg pelajar pompuan. Antara alat2 solek yg paling berharga adalah pelembab rambut berharga RM 142.00. Setahu aku, sepanjang program nie semua wajib bertudung. bila masa nak melaram rambut tuuuu...eye shadow pun ada. teddy bear besar pun ada. Ish!! isha!! nak ke program motivasi ke nak pi picnic atau bercuti?? agak2 lah kan???


Ustaz Jasmi sedang memotong kuku peserta sambil diperhati ustaz Herman.


Khusyuk mendengar penerangan.


Pelajar pompuan pun khusyuk mendengar. sempat posing amik gambar. Qea! Qea!
Kesian pd peserta yg ibu bapanya tak dpt hadir. takpelah aidk kasih adik sayang, nanti balik umah jgn lupa peluk dan cium mereka. jgn lupa minta maaf dan mohon diberkati hidupmu.

Diharap, keinsafan ini bukan hanya sementara.


Pengarah Hospital Batu Pahat, Dr Jalaludin memeluk anaknya. anak beliau bersekolah di sekolah kami.

Selamat berjuang anak murid ku!!

Kami Johan MSSD Kali ke-8 berturut-turut

Akhirnya kontinjen SMK Dato' Syed Esa berjaya menjadi Johan Keseluruhan MSSD Batu Pahat buat kali ke-8 berturut2. Tahniah kepada para atlet yg bertungkus lumus berjuang mengejar emas. walaupun gagal mencapai sasaran 30 pingat emas. 29 pingat emas kira oklah tu. tetap gemilang. Juga tahniah kepada para juruletih yg tak letih2 melatih.
berbaloi kulit terbakar hangus. hehehe...


Gambar kenangan bersama PPD Daerah Batu Pahat, Tn Hj Shapie. Gambar nie org Harian Metro yang suruh posing. mcm tahun lepas, gambar kontinjen masuk dlm surat khabar. tahun nie tak nampak pun... takpalah... nanti masuk dlm majalah sekolah yek.
Untuk berita lanjut, klik di sini http://sukansmka.blogspot.com


Majlis Pertunangan Adik Ipar

Pada 8 Mac 2009 yang lepas, Adik ipar aku, Zaini yg kerja sbg pensyarah kat politeknik pasir gudang telah melangsungkan majlis pertunangannya. beliau mengikat pertunangan dgn orang parit besar, batu pahat. Jadi hujung minggu tersebut menjadi majlis kumpul sudara mara sebelah suamiku, ramli. Hantaran digubah sendiri oleh zaini dgn bantuk kak long. Insyaallah majlis nikah akan dilangsungkan hujung thun nie gak lepas raya haji.

Hantaran sebelah pihak lelaki.
Sirih junjung yang jinjang.


Rombongan pihak kami.

Zaini begitu tekun menggubah sirih junjung. Uniknya sirih junjung nie, 2 tingkat dan tengahnya ada buah limau nipis, limau kasturi, emon dan plum. Kreatif betul zaini nie. maklumlah utk bakal tunang tersayang.
Ramli, abang ngah yg turut mencuba mengangkat sirih junjung 2 tingkat. berat tu!!!

Hantaran sebelah pihak pompuan.


Amy, tunang zaini. juga seorg pensyarah politeknik pasir gudang. lulusan IT tapi ajar Maths. mcm aku. welcome to the club buat Amy. Join club menantu Ibrahim. ini masuk ke-4.