Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Sunday, April 26, 2009

Tahniah Pengakap Malaysia !!!

Tahniah kepada Persekutuan Pengakap Malaysia



Kata Tun Abdullah ..."
... Pengakap banyak membentuk jati diri dan memberikan nilai tambah kepadanya sehingga beliau terpilih menjadi Perdana Menteri...." http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20090425223030/Article/index_html



Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin...
''...Sedar atau tidak dalam usianya 100 tahun, pengakap adalah pendukung dasar kerajaan dalam membina generasi dan insan madani yang kaya semangat patriotisme."....http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm


Tahniah kepada Persekutuan Pengakap Malaysia yang telah 101 tahun bertapak di bumi Malaysia.


Tahniah juga kepada semua warga Pengakap yang meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Sambutan 100 Tahun Kepengakapan Malaysia di Stadium Negara semalam (25 April 2009). Dianggarkan 5,000 pemimpin dan ahli pengakap dari seluruh negara serta wakil-wakil pengakap antarabangsa dari 15 negara hadir pada sambutan bersejarah itu.
Tahniah juga diucapkan kepada menteri-menteri yang sudi meluangkan masa memenuhi jemputan pengakap. Turut menyertai sambutan ialah Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh.



Tahniah juga kepada Tun Abdullah menerima Pingat Pengakap Rantau Asia Pasifik yang disampaikan Pengerusi Rantau Pengakap Asia Pasifik, Jejomar C Binay.
Tahniah juga kepada 100 ahli Pengakap yang turut menerima Pingat Peringatan 100 Tahun.


Tahniah juga diucapkan kepada Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor Tn Hj Yaacob b. A Karim kerana menjadi salah seorang penerima pingat peringatan 100 Tahun.


Tahniah juga diucapkan kepada Kumpulan Pengakap Udara Sekolah Tinggi Kluang, Johor di atas persembahan kawad tongkat dengan jayanya.




http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Tahniah juga kepada Pasukan Pengakap Kanak-kanak Daerah Kulai Jaya, Johor di atas persembahan zapin yang menarik dan mencuit hati.
Tahniah juga kepada Kontinjen negeri Johor di atas penyertaan ke-2 teramai (540 orang) selepas kontinjen Selangor.


Tahniah untuk Kumpulan Pengakap 15BP SMK Dato' Syed Esa, yang turut serta bagi memeriahkan sambutan yang penuh makna ini. Tahniah !!!


Bersama ahli penngakap 15BP SMK Dato' Syed Esa.



Pengetua pertama SMK Dato' Syed Esa, Mr Gorbax Singh turut menerima Pingat Peringatan 100 tahun kepengakapan Malaysia. Beliau merupakan mantan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor. Sejarah SMK Dato' Syed Esa http://www.smkjka.5u.com/index2.htm

Tahniah kepada semua ahli pengakap!
PENGAKAP MALAYSIA GEMILANG


Friday, April 24, 2009

Kedudukan Peserta Sambutan 100 Tahun Kepengakapan Di Malaysia di Stadium Negara

Semoga pelan ini memudahkan pergerakan anda sepanjang majlis
Sambutan 100 tahun Kepengakapan di Malaysia.
Tahniah Pengakap Malaysia !!


Tuesday, April 21, 2009

Pengakap Raja

Ribuan warga pengakap di Malaysia yang telah diiktiraf sebagai pengakap raja. ramai yang tersalah sebut sebagai pengakap diraja. ianya bukan sebegitu. sebetulnya ialah pengakap raja sahaja.

Ujian Sikap Pengakap Raja
Demi layak untuk mengambil Ujian Sikap Pengakap Raja, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan Anugerah Rambu Pengakap Remaja. Ujian Sikap Pengakap Raja terdiri daripada 5 bahagian utama iaitu : -

A. Tanggungjawab
B. Khidmat Masyarakat
C. Berdikari & Perkhemahan Pengembaraan
D. Kegiatan
E. Ekspedisi

Ujian Sikap Pengakap Raja merupakan suatu perkhemahan pengembaraan yang dijalankan di peringkat daerah yang berlangsung selama 5 hari dan 4 malam. Dalam masa itu, seseorang calon akan : -
1. mengembara kira-kira 80 km
2. menjalankan khidmat masyarakat sekurang-kurangnya 24 jam
3. melawati tempat-tempat bersejarah
4. diuji sikapnya sepanjang perkhemahan pengembaraan
5. melakukan pelbagai aktiviti berpengakap

Anugerah Pengakap Raja
Anugerah Pengakap Raja adalah anugerah yang tertinggi bagi pengakap. Pengakap Remaja yang berjaya menerima anuegrah ini akan diberi Lencana Pengakap Raja dan Sijil Pengakap Raja.

Sijil Pengakap Raja
Sijil Pengakap Raja adalah satu-satunya sijil yang paling bernilai bagi pengakap. Untuk mendapatkannya, Pengakap Remaja dimestikan menjalani berbagai ujian yang penuh dengan cabaran. Nilai yang lebih Istimewa bagi sijil ini ialah limpah kemurahan hati DYMM Ser Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Sulatan-sultan dalam negara Malaysia memperkenankan menandatangani sijil tersebut.

Cara Memakai Lencana Pengakap Raja
Apabila Pengakap Remaja telah dianugerahkan Lencana Pengakap Raja, dia tidak dikehendaki lagi memakai Lencana Tertinggi dan sebarang lencana yang telah diperolehi sebelumnya. Dia hanya boleh memakai Lencana Pengakap Raja dan Rambu Pengakap Remaja.

Filem Ekspedisi Pengakap Raja
Berikut adalah sedutan filem goodbye boys yang mengisahkan Ekspedisi sekumpulan Pengakap Remaja bagi memelengkapkan Ujian Sikap Pengakap Raja. Filem ini anda boleh dapatkan di kedai-kedai menjual cd original yang dikeluarkan oleh REDFILMS SDN. BHD. Klik di sini



Sinopsis
What happens when a gang of Form Five boys embark on a 100km hike to fulfill a King Scouts requirement but come back on the road to becoming men?

Goodbye Boys is a simple journey with complicated realizations. Set in 1990, Malaysia, it is about a gang of pimply guys with raging hormones, undecided ambitions and formative identities. They set out on a grueling 5-day journey through the Kinta Valley – once the richest tin deposit in the world, now an abandoned plain - that changes friendships and selves.

It’s a group expedition with individual goals. The harsh realization is that although the boys are a troop/patrol, they’re not necessarily a ‘brotherhood’. Friends are important but eventually, it’s not always about togetherness. Some will return mini-heroes, content with being welcomed by their dream dates at the 5th Form Farewell Prom dates. Others will realize that the expedition is the beginning of other things in life… the need to escape a small town to realize… one’s dreams…

When you grow up in any small town, you know that you have to breakaway in order to discover your fullest potential. This is a story that will capture the psyche of a group of young boys on the brink of leaving their comfort zones, in transition… It is a confusing yet exciting time where you wish the possibilities were endless but in reality, you know your escape routes are limited. It’s a time when your identity, ambition, sexuality is evolving. It is about looking back at a crucial formative period, much of which is reflected within a microjourney of an expedition. Youth is a time when everything seems exaggerated. A slow dance with your girl means everything. People’s actions and deeds affect you in a big way. Negative emotions in particular seem amplified.

What you were then, what you have become. What you continue to be… Yet we constantly look back. The personal journey of a few that can be understood universally. It is a timeless journey that affirms growing up as being a beautiful tragicomedy..


Salah Satu Ujian Semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja



Info dipetik daripada buku Panduan Lencana Tertinggi Pengakap Remaja dan Anugerah Pengakap Raja tulisan Gordon Koh Hong Kian.

Sebahagian Aktiviti Pengakap Raja Johor 2009









Balik Kampung Melawat Jenazah Allahyarhamah Mak cik

Assalamulaikum dan Salam sejahtera

19 April 2009 (Ahad) disubuh hari dalam jam 5.00 pagi aku n suami berangkat pulang ke kota tinggi apabila mendpt tahu mlm tadi yg mak cik aku yg berada di Felda Air Tawar Dua meninggal dunia jam 7.00 malam (sabtu mlm ahad).

Buat pertama kali jua aku melihat mayat dimandikan. selalunya aku tengok mayat di kapankan jek. kali nie depan mata mayat dimandikan. Pengalaman itu amat berharga bagi diriku. Mak cik aku nie merupakan saudara yg paling rapat dgn keluarga kami.

Masa kecil dulu, kalau malas-malas buat kerja, mak mesti hantar ke rumah mak cik ku. mak cik garang dan pandai mendisiplinkan anak. hehehee.. yelah..kecik2 duduk kat felda, kerjanya main aje. sungai ada, pokok ada utk dipanjat, main baling tanah dan macam2 lagilah...seronok membesar di FELDA walaupun kami membesar dalam keadaan miskin.

Setelah selesai semua termasuk dikebumikan. dalam jam 1.00 petang aku ke rumah mak ayah aku di Felda Air Tawar Satu, sebelah felda jek tapi disebabkan antara kedua felda ini dipisahkan dengan ladang kelapa sawit, dalam 15-20 minit juga nak sampai ke felda aku.

Sampai rumah, aku masak, kami makan bertiga aje. aku, suami dan abah. mak tinggal rumah arwah sebagai wakil org tua. lepas makan dan setelah selesai mengemas dan membasuh pinggan, aku pegi belakang rumah...

amboi...seronoknya..bermacam2 tanaman yg mak aku tanam..semua subur...
alamak!!!!...tak bawa kamera lah..aku pinjam handphone suami utk ambil gambar. hphone aku pixel tak berapa bagus.

Permandangan waktu matahari naik di Felda Bukit Ramun, Kota Tinggi


Buah Terung Bulat



Manggis, lebat buahnya tapi belum masak.


Rambutan nie nampak jarang-jarang buahnya sebab baru lepas kena hujan panas.


Pokok Keledek. Suburnya....


Eee... pedasnya!! pokok cili padi yg sarat dgn buahnya!!!


Pokok Cili yg tumbuh sendiri di tepi dapur rumah.

Tuesday, April 14, 2009

KELIRU ??


Adakah arahan kawad kaki bagi persatuan seperti Pengakap, Puteri Islam, St John, PBSM dan Pandu Puteri berbeza ???

Jika mereka digabungkan di bawah label NGO, Semasa pertandingan kawad kaki, bagaimanakah hakim ingin menentukan keseragaman ??

Jika hakim itu merupakan seorang anggota KRS atau Kadet Polis atau persatuan GO, kemudian menghakimi kawad kaki NGO, adakah mereka akan mengikut kefahaman persatuan mereka ???

Confuse!! confuse!!

Apakah faktor kejayaan sesebuah pasukan kawad kaki ??
1. Ahli platun ??
2. Komandan ??
3. 'Mood hakim' ??
4. Kecenderungan hakim ??
Jika begitu... adakah Johan Kawad Kaki kelak merupakan pasukan yang memenuhi kesemua syarat ?? atau terdapat kesan 'hello' di antara hakim ??
Mohon jawapan rakan-rakan agar terjawab kekeliruan....