Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Sunday, May 31, 2009

TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI JOHOR




Tahniah untuk Pasukan Forum SMK Dato' Syed Esa yang telah berjaya.
Tahniah buat Intan Zainatul Maria, Nurul Raihan, Riza Atiq, Qutaibah dan Amirul Suari.


Berikut adalah keputusan rasmi Forum Remaja Peringkat Negeri Johor yang telah berlangsung pada 27 Mei 2009 di SM Teknik, Kota Tinggi, Johor.
Pertama : SM Sains, Muar
Kedua : SM Tinggi, Segamat
Ketiga : SMK Dato' Syed Esa, Batu Pahat
Keempat : Sekolah Tun Fatimah, JB

#Untuk pengetahuan, hanya SMK Dato Syed Esa sahaja yang merupakan sekolah harian. Manakala SM Sains, SM Tinggi dan STF adalah sekolah berasrama dan premier.


Monday, May 25, 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008


Tahniah buat penerima APC 2008. Terutama penerima APC dari SMK Dato' Syed Esa. Semoga anugerah ini menjadi pemangkin untuk kejayaan akan datang. Terima kasih juga utk pentadbir di atas kepercayaan kalian memberikan markah terbaik buat kami.
1. Norlida Nik Hassan
2. Zalifah Sidek
3. Norashikin Mustiman
4. Muhd Fairdaus Misnan
5. Gan Lee Hwa
6. Rosli Othman
7. Pak Samat
8. Mufidah Sadikin
9. Tee Kee Boon
10. En Khamis Siran
11. Rosmah Abdullah
Tahniah juga penerima PTK Cemerlang IV-IV
1. Norlida Nik Hassan - dia nie dah tk2, lepas nie tk3. sekali amik IV-IV pastu IV-IV. Otak memang power giler!!
2. Pn Kalsom Haron - Pn Kalsom nie first time amik PTK DG44 trus IV-IV..Power gak!!
3. Chiew How Hua
4. Hartika Hassan
5. Haslinda Hassan
Tahniah utk semua...

p/s: Aku n suami dpt Khusus IV tapi Umum III ...Kena usaha lagi!!

Tuesday, May 19, 2009

Lama Tak Camping masuk hutan

Tetiba sorg member bertanya...
"mah, cuti nanti tak jalan mana ke? aku nak pi camping lah. lama tak masuk hutan... macamana ek kalau nak bawa family aku??". Betullah...aku pun dah lama tak masuk hutan. masuk kem tu biasalah...

salam... berikut antara tips nak masuk hutan...best tau bila dengar bunyi cengkerik apatah lagi dpt mandi sungai..pergghhhh susah nak cakap!!!

Berikut saranan aku ;
1. Khemah yang kita boleh diri didalam. mudah untuk salin pakaian dan solat. Tapi guna khemah biasa pun ok. cuma kena bawa satu kembes yg bersih utk tempat solat. Kalau khemah tu; Pastikan ada dua layer; khemah murah pun tahan lama jika sanggup spray dengan water repellent dan juga mesti dua layer pastu lepas guna mesti jemur kasi kering2. Kenapa 2 layer... supaya masa hujan, khemah tak bocor.
2. Sleeping bag yang nipis... ikut budget, satu sebagai alas, satu lagi sebagai selimut bila tidur dengan famili... cam toto.
3. Lapik lantai. (tak le kesejukan bila tidor sebab tanah ni sejuk waktu malam) alas bawah lantai khemah dengan plastik nipis yang biasa di pakai masa kenduri dibuat alas meja, selain tahan dari sejuk juga meyelamatkan khemah dari kotor.
4. Set masak. dapur (pakai mini stove tu. murah dan gas nya pun murah)
5. Set periuk belanga.. pakai biasanya pun tak pe. kuali bertutup(boleh buat kukus) periuk, cerek.. cawan dan pinggan serta sudu. Tapi kalau bujang-bujang jek yg pegi, bawa mess tin. Kalau berhajat trekking.. minimakan barang tersebut.
6. Set baju hujan. (dispossible pun tak pe) tambahan beg plastik untuk baju dan seluar kering yang diseal, hanya dibuka bila mau salin pakaian utk balik, boleh jadi bantal masa tido. kadang-kadang beg masuk air hujan dsbnya..
7. Lampu (gas atau batteri) kalau biasa camping malam malam.tali temali. Takde lampu gas, bawal lampu karbaid.... jimat hehehehehe tapi awas... jauhkan dari khemah, kut terlanggar binatang atau sendiri ada tersepak. Lampu gas, lampu karbaid dan gasolin adalah merbahaya dan jgn bawak masuk dalam khemah yang tertutup, banyak kes kematian adalah disebabkan perkara begitu. Bawak lampu picit jer jika perlu guna dalam khemah
8. Ubat nyamuk, tuas untuk bersihkan air.. (tak pun bawa le tong air 20 liter ke.) Pastikan net khemah sentiasa ditutup untuk halang segala serangga terbang dan masuk dalam khemah.
9. Ubat halang binatang (belerang le tu)
10. Wisel (untuk keselamatan).. cangkul, parang.
11. Kalau biasa kat laut sungai. life jacket.
12. Beg. untuk simpan makanan keringape lagi ye.
13. Tikar getah ke pelastik ke... (best o tidor malam berbumbungkan langit)
14. Pastikan anda memberitahu seseorang berapa lama anda pergi, dan jika anda tak kembali dlm jangka waktu ditetapkan, berikan masa kecemasan selepas masa kecemasan... teleponlah sepatutnya....

Sunday, May 17, 2009

Kami Guru Malaysia



Download Lagu Kami Guru Malaysia
http://www.ziddu.com/download/4775232/gurumalaysia.mp3.html

Download Lagu Guru Pembina Negara Bangsa
http://aimini.net/view/?fid=DwVkL25IA5Hb697HbdMu

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU!!

Selamat hari guru, cikgu, rakan-rakan guru, rakan-rakan pengakap dan murid-murid.


Monday, May 11, 2009

Untuk Pelajar SMK Dato Syed Esa

Selamat menduduki Peperiksaan Setengah Tahun. Semoga kalian berjaya!

Selamat Hari ibu...mak!!

Khas untuk mak di Felda Air Tawar 1 dan mak mertua di Pasir Gudang


Wednesday, May 06, 2009

Selamat Datang ke Panitia Perdagangan

Sekolah aku berlaku pertambahan guru yg ramai dan 2 orang guru akan pencen. Akan berlaku rombakan jadual waktu Jun nanti utk kali ke-5. Rombakan subjek mungkin melibatkan aku...

Disebabkan 5 kelas maths aku ajar... buku latihan tak lekang atas mejaku di bilik guru dan juga meja di rumah. Hari ni pulang pelajar, kelas lain pulak yang hantar.

Tiba-tiba GPK Kurikulum, Pn Hjh Jam'iyah bertanya...

"Rosmah, selain Maths, apa subjek lain awak boleh ajar?"

Aku masa mengajar sek rendah dulu ajar Maths dan Sains coz aku punya kelulusan maktab double major - maths/sains

Aku sambung belajar amik ijazah major IT dan minor Pengurusan Perniagaan. Aku memang cikgu IT. Tapi sekolah aku tak buka kelas IT. Dah banyak subjek tambahan katanya. Subjek suamiku; sains sukan berjaya dibuka disekolah aku nie. Masa amali praktikal pengurusan perniagaan, kami diminta mengajar subjek perdagangan... teringat kembali alam PKPG!!

Pn Jam'iyah menyambung lagi...

"Ajar perdagangan boleh tak Rosmah?" aku terus menjawab.. "Boleh puan. itu minor subjek saya masa kat U". Aku tersenyum gembira kerana alam pertapaan aku berkurangan. Syukur alhamdulillah. **Aku kalau tanda buku maths kena cari tempat tersembunyi coz kalau aku bercakap, nanti tangan tak jalan..buku tak siap tanda!!! kawan rapat jek yg tahu sifat aku nie..bukan sombong menyendiri!!!

Cuma... tetiba aku terfikir....alamak..aku akan ajar budak perdagangan la kalau camtu???? Takpa...cikgu itu versatile!! aku kena guna LCD n notebook utk tarik perhatian depa kot???

Jadual berkuat kuasa naik cuti. Tapi tak tahu 2 kelas maths mana yg akan digugurkan.

.....1RK1....1RK2......3P1.....3P2......3PE1...... tunggu dan lihat....

dan kelas mana yg akan aku ajar?

.......4PD1.....4PD2.......4PD3.........