Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Monday, November 30, 2009

PERNIKAHAN DAN PERSANDINGAN ZAINI DENGAN AMY



29.11.2009
Majlis pernikahan dan persandingan
Johaini(Zaini) Ibrahim dengan Emy Zulyiana
(Adik Ipar dan Biras)
Tahniah untuk kalian berdua.
Emy... selamat datang ke family Hj Ibrahim.
ikhlas dari abang n kakak iparmu,
Ramli&Rosmah.

Sunday, November 22, 2009

Istilah 'Soft Landing' dalam isu PPSMI


Candid Dinner SMKDSE

Kak Faridah, Kak Siti Asnida dan Kak Fadzlon

Saturday, November 21, 2009

Selamat Berpindah Ke Sekolah Baru

Kak Azurai ~ Semoga tempat baru dpt mulakan hidup baru..lupakan segala kesedihan. Akak cikgu yg rajin...moga2 di tempat baru tidak ada sikap pilih kasih lagi. Selamat maju jaya.

Bayah ~ Tahniah dpt gak akhirnya berada di sisi suami tercinta di Sabah nun jauh di sana.
jaga kandungan, nanti dpt baby FB kat akak tau...jgn amik hati kalau akak termarah sepanjang berkerja dgn akak... biasalah...time keje banyak kekadang lupa kewarasan diri..hehe..

Linda ~Akhirnya hang buat gak kek buah utk aka sblm pindah ke Penang. Yelah...sapa tak nak cuba kek buah yg menjadi tempat Dr Fadzillah Kamsah(Penceramah fofular tu) menempah 1000 kek setiap tahun kat Linda bila time raya..akak baru tau...agaknya ramai rakan rapat Dr Fadzilah Kamsah dah merasa air tangan Linda. Akak tumpang bangga atas keglamouran kek buah hang!!
semoga tempat baru, azam baru...dah setahun berjauhan dgn suami... doakan akak cepat dpt baby..
Nora~ nanti dah bersalin, jgn lupa FB akak(kalau ada FB-hopefully ler).
jaga diri baik2..ingat..bila peknen lg..jgn pakai highheel tau..
degil adik akak sorang nie..kim salam kat husbd.

Kak Fadilah~tahiah dah jadi CC. walaupun kak dillah tak pandai FB, tapi rosmah nak tulis gak...terima kasih di atas kerjasama akak dlm mguruskn gaji rosmah.rosmah sangkut sebulan jek gaji selepas posting tempohari...
akak memang cekap bab akaun sek kita sampai kita dpt PTG. Tahniah!!






Monday, November 16, 2009

Panggilan Pertama dari Tanah Suci Mekah

Terharu tetiba dalam jam 11.50 handphone berdering tatkala di bilik guru. Nombor phone sapa nie??? banyaknya angka?? sementara tu terfikir...abang agaknya...guna no phone arab saudi.

lantas ku jawab..BETUL abang call. terharu seketika..terasa abang berada di sebelah. Baru sehari berjauhan..rasa lain pulak. yelah..kami nie selalu bersama...satu sekolah, minat sama=pengakap...selalu ke mana2 aku pergi mesti dengan abang... sunyilah pulak.

berbalik dengan panggilan dari insan tersayang...
Abang naik kapal terbang jam 12.00 tengahari di senai. sampai Jedah jam 4 petang(masa nie dah guna waktu arab saudi- beza masa 5 jam dgn m'sia)...dalam pukul 11 malam sini. sampai hotel kul 1pagi.

Semoga abang sihat tubuh badan sepanjang menunaikan ibadah haji. semoga segala amalan diterima Allah S.W.T. Amin...

Sunday, November 15, 2009

Selamat Berangkat ke Kota Suci Mekah Sayang...




Menghantar suami tersayang untuk menunaikan ibadah haji di lapangan terbang Senai, Johor.
Semoga abang dapat haji yang mabrur.
Terima kasih jua buat adik beradik dan saudara mara yg turut menghantar suami tercinta.


Sunday, November 08, 2009

Ucapan Tahniah dan Selamat Menunaikan Ibadah Haji buat Suami tercinta


Ucapan Tahniah untuk suami tercinta.

Selamat menunaikan ibadah Haji bagi tahun 1430 hijrah. Ros doakan abang selamat pergi dan balik serta mendapat haji yang mabrur. Insyaallah, doakan agar kita akan ke rumah Allah bersama kelak...

Tarikh penerbangan pergi : 15/11/09
Tarikh penerbangan balik : 29/12/09

Doakan apa yang kita hajati bersama selama ini.
mudah2an doa itu termakbul. amin.

Wednesday, November 04, 2009

PELAJAR HARAPAN BANGSA KU

Pelajar 5 Sains tahun 2009 SMK Dato' Syed Esa.
Kepada anak bangsaku...
Selamat menduduki SPM 2009 dan salam maju jaya.
Semoga kalian menjadi generasi yang dapat memperjuang kedudukan bangsa di mata dunia. Insyaallah. Amin.

Monday, November 02, 2009

Video Cikgu Lelaki SMKDSE LDP Ke-7/2009

Video Cikgu Pompuan SMKDSE LDP Ke-7/2009

LDP Siri ke-7/2009

BUDAYA KERJA CEMERLANG
Penceramah Jemputan : En Mohd Daud Bin Salleh
Kaunselor SMK Dato' Onn, Batu Pahat, Johor

Mula-mula kami mendengar ceramah. pastu penceramah nie tau jerk cikgu-cikgu ni boring...kami menyanyi sambil membuat pergerakan tangan... kelakar..

Selepas itu, kami dibahagi kepada beberapa kumpulan. Kami diminta membuat 'Straw Castle'. Masing-masing menunjukkan kebolehan...tak nak kalah tuu...
Penghujung slot bersama En Daud, kami menyanyi lagi sekali. Seronok gak...ak ler boring.


Pastu dengar perkongsian sarjana oleh cikgu sek aku juga iaitu Tn Hj Taat (GPK Koku), Faidaus Misnan dan kak Shamsiah Mohd Amin.