Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Saturday, February 27, 2010

Simboliknya PIRAMID

Kuatkan azam dan teguhkan semangat.
umpama PIRAMID,
Semakin ke puncak, semakin kurang orang di kiri kanan kita,
Namun jangan gundah,
kerana orang-orang di bawah yang menyokong kita berada di atas.
Jenguk-jenguklah mereka,
Kepuasan pasti ada!
Petikan kata-kata semangat PPM38HL - 27 Febrauri 2010
Buat terbaik dan dapatkan 3bead,
Majukan program Johor, Daerah dan Kumpulan di sekolah.
Petikan kata-kata semangat Tn Hj Ibrahim - 27 Februari 2010

Friday, February 26, 2010

Salah Kah Aku Terpilih ???

Aku mula minat pengakap sejak di sekolah rendah. Tapi prinsip ibuku tidak membenarkan anak perempuannya aktif, nanti tak ada orang yang nak kemas rumah, masak, basuh kain, sapu daun kering dan bermacam lagi. Sejak darjah 5 aku mula memasak untuk keluarga.

Masuk sekolah menengah...SM Air Tawar aktif pengakapnya. Diketuai oleh cikgu Halim Sulong(sekarang ADC Kota Tinggi). Kawan baik ku juga ahli pengakap. namun minat di hati dipendamkan jua...mak tak benarkan!!

1994 - Lepas SPM, aku dapat masuk maktab, Maktab Perguruan Batu Rakit. Di sinilah bermulanya dunia aku melepaskannya...seolah-olah seekor burung terbang.....aku bebas untuk masuk dan aktif pengakap...AKHIRNYA!!!!!

Disebabkn keluarga susah, aku balik kampung bila cuti semester panjang sahaja. Jadinya, setiap hujung minggu, aku habiskan masa ku di Kem Seri Gelam, betul2 sebelah maktab ku... di sini aku menjadi urusetia, helper dan tenaga pengajar. Orang yang mengheret aku ke kem tu ialah Pak Long atau org terengganu panggil Ayah Zit. Pak Long selalu jadi ketua kursus...so, setiap kali itu jualah kami menjadi pembantu... antara rakan aku yg juga sama macam aku waktu tu dan sampai sekarang kami tak putus hubungan ialah Esham Busu-Aqela Quber Scout tuu... Kat kem ni gak aku kenal cikgu Mohamad sulaiman, en hamdan, en zakaria, mr teh, mr khoo hock hoi dan ramailah lagi....sekarang,, esham kata kem seri gelam dah diganti dengan bangunan pusat pembelajaran guru...

1997 - Aku turut serta menjadi petugas di Jambori Asia Pasifik di Kem Seri Kluang, Terengganu..seronok jumpa kawan...dan aku rasa, banyak aktiviti di jambori kali ini...minat aku pada pengakap terus mendalam...

1997 - Aku posting di SK Sri Amar, Johor Bahru - sek ini menjadi dunia pengakapku.... seronok dgn anak murid...tiap minggu kami buat aktiviti. sampai satu masa....bila pendaftaran awal tahun, terlalu ramai nak masuk pengakap, sampai GPK Kokurikulum terpaksa cantas separuh dan paksa yg macam tak layak ke unit beruniform yg lain... terasa bangga juga ketika itu...

1998 - aku dilantik menjadi setiausaha pasukan latihan daerah. masa tu pengerusinya en Azhar Noor Rahman...so..aku dah kenal sangat Azhar nie..komited dgn kerja. turun naik aku ke PPD JB untuk uruskan surat kursus manikayu n kursus kemahiran. Masa nie, Azhar menjadi tenaga pengajar di UTM bersama arwah Pak Unggal(Hamzah Maslan Ronomejo) dan Ayah(Tn Hj Ismail Hussien-Pontian). Masa nie Azlan Abd Jalil(DC Johor Bahru) masih menjadi student UTM dan kelana siswa UTM selalu menjadi helper bila ada program daerah di JB.

Setiap kali Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor yang diketuai oleh Ayah - mesti menjemput aku n the gang(aku, roshita jaffar-sk Tmn Skudai Baru dan mardiah baian-SKPK Cacat Pendengaran JB) untuk bantu ayah....di sini aku mula kenal en Mukim, pak samad, ibrahim junid, hj yaacob - kami selalu tumpang van haji yaacob untuk ke stesen bas utk balik ke JB...dulu kami agak nakal..hehe...minat pengakap semakin mendalam bila selalu ikut serta aktiviti pengakap di daerah mahupun di negeri.

2001 - Manikayu aku yang tergantung 4B dari zaman maktab (1996) aku bawa tunjuk pada arwah Pak Unggal. Pak Unggal baca masa pentarafan pengakap raja. Arwah Ayah(Hj Ismail Hussien) usahakan hujung minggu tu jua untuk hantar ke ibu pejabat. terharu aku dibuatnya. tahun itu juga aku dapat manikayu. yang kelakarnya..Arwah Pak Unggal (kami panggil Abah) kata....Abah dan Ayah berebut nak bawa balik ke Johor aku punya sijil manikayu...aku rapat dengan mereka berdua...Arwah Pak Unggal meninggal masa suami aku pi CALT-aku tak dapat melawat...tapi masa suami aku melawat, abah sempat berpesan supaya jaga Rosmah baik2...sedih...Arwah Ayah, aku sempat jumpa seminggu sebelum dia meninggal...aku n suami rapat dengan ayah...ayah yg betul2 menyokong bila aku pilih Ramli jadi teman hidup. Untuk pengetahuan semua Ayah(Tn Hj Ismail Hussien-Pontian) menjadi saksi pertama masa aku nikah. ayah sanggup ke kota tinggi utk jadi saksi pernikahan kami...Al-Fatihah untuk arwah Ayah n Abah. Aku dikalungkan manikayu di rumah Ayah-jalan mohd salleh, pontian bersama Mazlan Abd Karim(Sekarang pensyarah Maktab Kuala Terengganu - dulu cikgu SM Sains Kota Tinggi).

2003 - 2006 - Aku stop pengakap coz sambung belajar sepenuh masa amik ijazah. badan mula di pam-pam tahun demi tahun coz pegi balik kuliah naik keta..hahaha...

2004 - aku nikah dgn cikgu ramli. mula minta izin jika nak aktif pengakap. diri dah jadi isteri orang.

2006 - aku posting baru. satu sekolah dengan suami aku dan satu sekolah juga dengan Nasreen Hj Yaacob. walaupun Reen anak pesuruhjaya negeri, dia nie low profile orangnya...dia bertanggungjawab mengembalikan aku ke dunia pengakap dengan sokongan suami tercinta. first comeback aku masa extreme challenge 2006...semua yang jumpa aku tak percaya..kenapa tak percaya???? badan aku dah dua kali ganda dengan saiz sebelum samb belajar...Malunya aku..nak sorok tak boleh coz badan dah besar... Azlan Jalil menegur ..."Betul ke kak Rosmah nie???" malunya aku...tapi memang betul pun...aku dah gemok!!

2010 - Aku dilantik sebagai ASC ICT - Mulanya rasa nak menolak, tapi mungkin itu tanggungjawab baru aku untuk bantu negeri. Insyaallah, aku akan cuba terbit majalah 2 siri setahun utk dokumentasikan aktiviti pengakap negeri sepanjang tahun. walaupun aku bakal berdepan dengan pertikaoan orang perseorangan yang mengatakan...."Rosmah jadi ASC???? macam tak ada orang lain jer... muda sangat, lagipun..dia tu kan perempuan!!!" - cabaran buat aku.



2010 - Lebih besar isunya bila aku terpilih ikuti kursus CALT... ramai mempeertikaikan...aku dah agak... mungkin rezeki aku, tapi..siapa yang tak mau pegi bila terpilihkan??? ada suara-suara mempertikaikan kelayakkan aku... lantas aku menyoal kembali diri sendiri....


"Salahkah Aku Terpilih?"







Salam Maulidur Rasul 1431 Hijrah


Tercipta satu lembaran sejarah, di tanah suci Kota Mekah,
Hari yang mulia penuh syahadah, bermulalah sebuah kisah,
Malam Isnin subuh yang indah, dua belas Rabiul'awal yang cerah,
Dua puluh April tahun gajah, lahirlah zuriat dan syahadah,
Abdullah nama bapanya, Siti Aminah ibunya,
Riang gembira menyambutnya, Lahirnya putra yang utama,
Muhammad nama diberi, Gelaran yang terpuji,
Nikmat Illahi sama disyukuri, terima putra yang berbakti,
Keadaan yatim anak mulia, lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira, terima junjungan mulia.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallambersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku, nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat, dan barang siapa membelanjakan untuk majlisku, seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”

Sayyidina Abu Bakar As-SiddiqRadiallahuanhu berkata:
“Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”

As-Sirri As Saqati berkata:
“Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”

Tuesday, February 16, 2010

TUDUNG PENGAKAP BERWARNA KELABU

Pakaian Seragam Pengakap Muda & Pengakap Remaja
Memakai pakaian seragam dengan betul dan kemas merupakan satu perkara yang amat penting bagi seseorang Pengakap. Cara memakai pakaian boleh mencerminkan imej seseorang.

Ingat perkataan ini “Respect yourself , respect your uniform"


Budak Lelaki
Baju kemeja berlengan pendek warna kelabu asap , leher cekak musang. Baju kemeja-T mesti masuk ke dalam seluar. Seluar panjang warna biru tua . Pengakap kanak-kanak dan pengakap muda boleh memakai seluar pendek dengan stoking panjang warna biru tua dan garter warna hijau


Budak Perempuan
Budak kemeja/kebaya berlengan panjang warna kelabu asap , leher cekak musang. Di hujung baju tidak boleh berbutang. Baju tidak dibenarkan masuk dalam seluar. Kemeja-T mesti masuk ke dalam seluar.
Bagi Pengakap beragama Islam , tudung kelabu asap mesti dipakai . Bukan tudung biru tua atau hitam!!
Forege Cap
Forage cap warna biru tua jenis kain 100% polyester dengan lilitan kain merah 1/4 “dan berlambang Pengakap (lencana kain)


Skaf dan Wogel
Skaf rasmi kebangsaan berbentuk tiga segi , warna biru tua dan terdapat jalur putih dan merah di bahagian tepinya. Skaf jambori/aktiviti hanya boleh dipakai semasa menyertai jambori atau aktiviti-aktiviti tertentu SAHAJA. Pengakap tidak dibenarkan memakai skaf jambori / aktiviti terutama menghadiri upacara rasmi , istiadat-istiadat tertentu KECUALI di jambori atau aktiviti-aktiviti tertentu.


Tanda Pangkat
Lencana yang dijahit diatas poket sebelah kiri yang menunjukkan pangkat-pangkat dalam sesuatu kumpulan . Warna-warna dan jalur-jalur tertentu menunjukkan unit-unit yang berlainan


Pengakap Kanak-kanak – warna kuning
Pengakap Muda – warna hijau
Pengakap Remaja – warna merah
Pengakap Laut – warna biru


Tiga jalur = Ketua Kumpulan (Group Leader)
Dua jalur = Ketua Patrol (Patrol Leader)
Satu jalur = Penolong Ketua Patrol (Patrol Second)


Lencana-lencana
Lencana negeri , daerah dan nombor kumpulan dipakai di lengan sebelah kanan (mengikut susunan) = = > Selang 1cm setiap lencana.


~Lencana kemajuan (usaha , maju , jaya) di sebelah kanan
~Lencana nama patrol dipakai di sebelah kiri
~Lencana kepandaian di sebelah kiri
~Lencana keahlian dipakai di saku baju sebelah kiri

~Lencana bendera Malaysia di saku baju sebelah kanan

Tali pinggang
Memakai tali pinggang berkepala gangsa yang mengandungi logo Pengakap Malaysia.


Kasut
Memakai kasut kanvas hitam bertali


Baju-T
Memakai tali baju-T Pengakap berwarna kelabu asap dengan logo Pengakap Malaysia di atas saku


Wisel
Wisel dengan tali wisel (lanyard) warna biru tua hanya boleh dipakai oleh :

Ketua Kumpulan , Ketua Patrol dan Penolong Ketua Patrol

Friday, February 12, 2010

Taman Impian SMK Dato Syed Esa

Taman Impian merupakan idea Tn pengetua SMKDSE, Tn Hj Fauzan Sukimi.
Dengan bantuan Majlis Daerah Batu Pahat (YDP Majlis Daerah Batu Pahat merupakan suami kepada cikgu Halinah Hassan-cikgu Geografi SMKDSE).
Telah dirasmikan oleh Tn Pengarah Pelajaran Johor, Tn Hj Sufaat Tumin pada 11 Februari 2010.

Taman Impian ini memuatkan 3 ekor arnab, 3 ekor angsa, sepasang burung spesies besar, burung bayan dan ikan. Untuk makluman, sejak angsa di tempatkan ke dlm taman tersebut, bunyinya tidak henti2..mengganggu sedikit kesunyiaan tatkala peperiksaan dijalankan


Yang sedihnya.... pada 12 Februari 2010, keesokkannya...
semua arnab mati. mati dalam keadaan tragik. Seekor mati terlentang, kedua - kepala dengan badan terpisah, ketiga - diseret sampai keluar pagar dan bahagian belakangnya dimakan. kakinya putus serta bulu bertaburan berhampiran arnab ke-3 itu.
Pembunuhan bersiri yang sungguh kejam.
Sampai sekarang semua org tertanya2...siap punya pekerja ya???

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Selamat Tahun Baru Cina
khas untuk rakan-rakan :
SMK Dato' Syed Esa, Pengakap dan sahabat handai.

Penilaian Kurikulum I Tamat

Penilaian Kurikulum 1 telah pun tamat pada 11 Feb 2010. Kertas Maths, PD dan Sivik telah siap ditanda. Tahniah untuk pelajar-pelajar cikgu yang dapat cemerlang!Untuk pelajar yang kurang cemerlang, tingkatkan usaha..perjalanan masih jauh, peluang dihadapan masih ada menanti.
Gunakan cuti panjang ini untuk mengulangkaji pelajaran.
Untuk pelajar 3RK1, 3RK2 dan 3RK3, Ingat!!!...latihan maths cikgu 3 helai tuu... Hantar 22 Feb 2010. Tiada kompromi!!!

MERENTAS DESA SMKDSE 2010


Merentas Desa 2010. Penyertaan wajib bagi tingkatan 1, 2 dan 3 serta diiringi pasukan atlit SMKDSE
Barisan atlelt SMKDSE 2010
Unit Beruniform yang bertugas untuk pertolongan cemas merentas desa 2010.
Turut serta, pasukan pertolongan cemas pasukan pengakap 15BP yang baru ditubuhkan dibawah bimbingan Tn Hj Ramli Ibrahim. Tahniah buat kalian.

Pelajar 4 Sains Agama bertugas membersihkan kolam ikan pada hari merentas desa ini.

Pembersihan hampir siap. Tahniah untuk kalian.

SMK Dato Syed Esa 2010

Dah lama tak post berita sekolah...

Untuk tahun 2010, SMK Dato Syed Esa ada banyak juga perubahannya...

Kekuatan Guru
Guru pagi = 83 orang
Guru petang = 62 orang

Guru Berpindah Keluar
1. Pn Hairul Barriah - Sabah
2. Pn Haslinda Hassan - Penang
3. Pn Azurai Abdul Fatah - Sungai Besi, KL
4. Pn Noraini Mat Isa - Perlis
5. Pn Nadzalinda Kamsur - SMK Sri Gading

Guru Baru(Berpindah masuk)
1. Pn Nursidah Abd Hamid - Dari TIGS
2. Cik Aziati Mohamed - SMK Yong Peng
3. En Norman Ibrahim - SMK Penghulu Saad
4. En Lokman Abd Rahman - Dari SMK Penghulu Saad
5. Cik Luvrina Jamaludin - SMK Lutong, Sarawak
6. Pn Rose Emilia Muzmi - SMK Cameron Highland
7. Cik Joanna Ho - SMK Tun Sardon
8. En Onn Hisham

9. Cik Nurhimmah A. Rahman
10. Pn Siti Noor Asiah Osman

Guru Baru (Posting)
1. Cik Nurul Hidayah Kamaluzaman
2. Cik Nurul Adilah Othman
3. Cik Hairun Nisa Melan
4. Pn Zuliana Maslinda Kosnan
5. Cik Noradila Zahari
6. Cik Hasfaiza Hanafi

Guru Petang ke Pagi
1. Pn Halita Ahmad
2. Pn Mayzura Mohamad
3. Cik Syazwani Sharip
4. Cik Norjanah Ghazali
5. Pn Rodziah Bun

** Semua Tingkatan 3 di sesi pagi
** Kelas baru tingkatan 4 - 4 Sains Agama (Bekas pelajar 3RK)
** Blok Tambahan di sebelah padang (Blog Najib)
Boleh memuatkan 3 buah kelas. ( 4 Sains Agama, 4 Sains Tulen, 4 Sains Sukan)



Saturday, February 06, 2010

BAHASA HUKUMAN KAWAD


PELAJARAN 1 : SEDIA
Kedudukan sedia (Pertunjukan dan penerangan )
Kedudukan Sedia ……..tumit rapat sebaris, buka hujung kaki 70cm; lutut tegang, badan tegak dengan berat seimbang di antara kedua-dua tapak kaki dan tumit, bahu-bahu bawa kebelakang supaya dapat berada dalam keadaan biasa dengan tiada menyusah atau mengeraskan badan. Tangan lurus ke bawah, siku-siku rapat ke rusuk badan, pergelangan tangan lurus, tapak tangan tutup (bukan genggam) belakang jari-jari dekat kepada peha, ibu jari tegak lurus dan hadapan dekat jari telunjuk dan kebelakang sedikit dari garisan jahitan seluar, kepala tegak, tengkok kena kolar baju dan memandang terus kehadapan.

PELAJARAN 2 : SENANG DIRI
(Pertunjukan dan penerangan)
Biarkan kaki kanan tinggal diam dan tapak kaki tegang ke belakang “angkat kaki kiri” ke hadapan, bengkok lutut, peha paras bawa kaki kiri ke sebelah kiri hentak ke bumi. Jarak kedua-dua kaki adalah lebih kurang 32cm, pada ketika yang sama bawa tangan kanan ke dalam tapak tangan kiri, ibu-ibu jari bersilang, jari-jari dan tangan lurus menunjukkan arah ke tanah, pada masa yang sama mengalihkan berat badan sedikit ke kiri supaya berat seimbang.

SEDIA DARI SENANG DIRI (Pertunjukan dan penerangan)
Angkat kaki kiri ke hadapan bengkok lutut peha paras, hujung kaki junam ke bumi dan hentakkan di sebelah tumit kaki kanan sampai dalam kedudukan sedia, pada masa yang samabawa kedua-dua tangan dengan pantas dalam kedudukan sedia. Dengan teriakan "UP!".

PELAJARAN 3 : REHATKAN DIRI
(Pertunjukkan dan Penerangan)
Di atas hukuman rehatkan diri, kira masa ( 1 - 2 - 3 rehat ) Kendurkan anggota-anggota badan, bahagian pinggang ke atas perlahan-lahan tanpa menggerakkan kaki.

Peringatan:
a. kecuali dalam perbarisan-perbarisan tertentu , satu tangan bolehlah digunakan untuk membetulkan pakaian dan lain-lain.
b. Dengan hukuman “Skuad” kedudukan senang diri hendaklah dilakukan semula. Ini adalah hukman yang tak ada amaran sebelumnya.

PELAJARAN 4 : BERBARIS DALAM TIGA BARISAN
(Pertunjukkan dan Penerangan)

TIGA BARISAN - DI HADAPAN SAYA - GERAK.
Peserta berbaris dalam tiga barisan ( hadapan , tengah dan belakang) 70 cm. jarak di antara baris dan jarak jauh satu tangan ( dengan jari digenggam) di antara seorang. Peserta itu berdiri rehat. (rehatkan diri)

Peringatan:
a. Perkataan hukuman di atas adalah mencukupi buat latihan permulaan.

b. Semasa berbaris dalam tiga barisan kadang kala ada kekosongan barisan. Kalau kekosongan 2 orang duduknya difail no.2 dari kiri barisan tenganh dan belakang, kalau kosong seorang duduknya di fail no.2 dari kiri barisan tengah.

PELAJARAN 5 :
MELURUSKAN BARISAN ( 2 PERGERAKAN )

LURUS BARISAN DENGAN NOMBOR.
1. Ke kanan lurus - Satu. Angkat tangan kanan paras bahu orang di sebelah kanan jari-jari digenggam, bahagian belakang tangan ke atas, penggengam tangan kena bahu orang di sebelah kanan/kiri

2. Skuad - dua. Hentak kaki berturut-turut, pendek-pendek serta meluruskan barisan, tentukan tiap-tiap orang nampak bahagian bawah muka dua orang selang darinya. Dengan pantas, orang di sebelah kanan barisan tengah dan belakang tentukan jaraknya kebarisan hadapan 70cm.

3. Pandang hadapan. Pusingkan kepala dan muka dengan pantas ke hadapan dan jatuhkan tangan ke tepi badan lengan lurus.