Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Wednesday, March 12, 2014

Di Mana Sains Berakhir, Di Situlah Kuasa Allah Bermula

"Di Mana Sains Berakhir, Di Situlah Kuasa Allah Bermula"

Kehilangan pesawat MH370 jadi tajuk utama akhbar luar negara.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal dilapor hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam ( 8 Mac 2014), kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China. – Bernama, 9 Mac, 2014.


.


Tuesday, March 11, 2014

Amalan Untuk Arwah


Apabila seorang muslim kematian orang yang dikasihinya, disunatkan ia membaca doa;


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَلَهُ، وَأَعْقِبْنِي مِنْهُ عُقْبَى حَسَنَةً

“Ya Allah! Kurniakanlah keampunan untukku dan untuknya dan gantikanlah untukku selepas ketiadaannya dengan gantian yang baik”.

Ini berdasarkan hadis dari Ummu Salamah –radhiyallahu ‘anha- yang menceritakan; 

Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah bersabda; 
“Apabila kamu menziarahi orang sakit atau orang mati, maka ucapkanlah yang baik-baik kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan”. 

Ummu Salamah menceritakan lagi; Tatkala suamiku (Abu Salamah) meninggal, Rasulullah datang menziarahi, lalu aku berkata kepada baginda; 
‘Ya Rasulullah! Sesungguhnya Abu Salamah telah mati’. Maka Rasulullah berkata kepadaku; “Kamu ucapkanlah; …..(doa di atas)…”. 

Maka akupun mengucapkan doa tersebut, maka ternyata Allah telah menggantikan untukku dengan seorang yang lebih baik dari Abu Salamah iaitu Nabi Muhammad[1] –sallallahu ‘alaihi wasallam-.[2]

Klik di bawah untuk sambungan...