Ad Code

Responsive Advertisement

Selamat Datang ke Panitia Perdagangan

Sekolah aku berlaku pertambahan guru yg ramai dan 2 orang guru akan pencen. Akan berlaku rombakan jadual waktu Jun nanti utk kali ke-5. Rombakan subjek mungkin melibatkan aku...

Disebabkan 5 kelas maths aku ajar... buku latihan tak lekang atas mejaku di bilik guru dan juga meja di rumah. Hari ni pulang pelajar, kelas lain pulak yang hantar.

Tiba-tiba GPK Kurikulum, Pn Hjh Jam'iyah bertanya...

"Rosmah, selain Maths, apa subjek lain awak boleh ajar?"

Aku masa mengajar sek rendah dulu ajar Maths dan Sains coz aku punya kelulusan maktab double major - maths/sains

Aku sambung belajar amik ijazah major IT dan minor Pengurusan Perniagaan. Aku memang cikgu IT. Tapi sekolah aku tak buka kelas IT. Dah banyak subjek tambahan katanya. Subjek suamiku; sains sukan berjaya dibuka disekolah aku nie. Masa amali praktikal pengurusan perniagaan, kami diminta mengajar subjek perdagangan... teringat kembali alam PKPG!!

Pn Jam'iyah menyambung lagi...

"Ajar perdagangan boleh tak Rosmah?" aku terus menjawab.. "Boleh puan. itu minor subjek saya masa kat U". Aku tersenyum gembira kerana alam pertapaan aku berkurangan. Syukur alhamdulillah. **Aku kalau tanda buku maths kena cari tempat tersembunyi coz kalau aku bercakap, nanti tangan tak jalan..buku tak siap tanda!!! kawan rapat jek yg tahu sifat aku nie..bukan sombong menyendiri!!!

Cuma... tetiba aku terfikir....alamak..aku akan ajar budak perdagangan la kalau camtu???? Takpa...cikgu itu versatile!! aku kena guna LCD n notebook utk tarik perhatian depa kot???

Jadual berkuat kuasa naik cuti. Tapi tak tahu 2 kelas maths mana yg akan digugurkan.

.....1RK1....1RK2......3P1.....3P2......3PE1...... tunggu dan lihat....

dan kelas mana yg akan aku ajar?

.......4PD1.....4PD2.......4PD3.........

Post a Comment

0 Comments