Ad Code

Responsive Advertisement

Hari Lahir Tuan CSC Ke-74 tahun 2019

Kenangan sepanjang saya berpengakap.
Semasa saya mengajar di SK Sri Amar, Johor Bahru, kerap juga saya membantu arwah ayah hj ismail sebagai urusetia penarafan pengakap raja. naik bas turun bas dari jb ke tanjung laboh. dari simpang tepi jalan utama tanjung Laboh tu kami bertiga berjalan kaki macam laksmana Do Re Mi. Roshita Jaffar dan Mardiah Cikgu Sepet . Ada satu hari tu, sedang kami jalan kaki keluar dari pagar kem menuju ke jalan besar, kami dipelawa oleh pemimpin atasan pengakap..."Jom naik van saya. saya nak ke bandar juga". Sempat singgah di rumah beliau dan menghantar kami ke bus stand untuk kami meneruskan perjalanan kami pulang ke JB.

Masa tu saya cuma budak kelana. hari ini, pemimpin yang menumpangkan kami naik van tu ialah Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap PPM Negeri Johor, Tuan Haji Yaacob A Karim .
Sejak saya posting di Batu Pahat selepas tamat PKPG, Tuan Haji Yaacob A Karim lah orang yang bertanggungjawab mempercayai kebolehan saya dengan pelantikan tugas ASC yang diamanahkan. Membantu seboleh mungkin menaikkan dan mewar-warkan aktiviti-aktiviti kepengakapan Negeri Johor di media massa. Saya suka kerja dibalik tabir. Biar orang tak tahu siapa saya tapi hasil kerja saya dapat membantu pengakap johor...tak lupa izin dansokongan suami yang tidak berbelah bahagi.
Tahun lepas tempah kek sepcial utk surprise birthday Tn Hj..tapi tak dpt join sebab tetiba kena jadi hakim pioneering. tapi hati lega, kek yang ditempah selamat dipotong. Tahun ni tempah pulut kuning dan suami tempah 2 kek birthday. alhamdulillah. dapat diraikan dan dirakam video.

Selamat Hari Lahir Tuan Haji Yaacob A Karim .
ke-74 pada 15 November 2019.
Semoga Tuan dikurniakan kesihatan, kebahagiaan di sisi insan-insan tersayang, dipermudahkan urusan dan terus memimpin Pengakap Johor. Tuan kesayangan Pengakap Johor. Tuan Inspirasi Pengakap Johor. Selamat Hari Lahir, Tuan!














 





 


 

 


































Post a Comment

0 Comments