Ad Code

Responsive Advertisement

Modem Unifi rosak minggu kedua PKP

Rumah ini aku pasang internet streamyx sejak aku duduk rumah ni 2006. (Nikah 2004 tapi aku sambung belajar fulltime di UPSI 2003 hingga 2006 - hujung minggu atau sebulan sekali je balik).


Tahun 2015
Pada cuti sekolah 2015...ada promosi UNIFI di Square One. Aku ambik ijazah teknologi maklumat dekat UPSI. So..adalah ilmu sikit sebab memang ada belajar subjek rangkaian. dan bila study...unifi guna fiber optik. Fiber optik memang topik hangat kami belajar masa di upsi dulu (2003-2006). So aku tak lepaskan peluang. sangat beruntung ketika itu kerana taman perumahan aku ni merupakan taman pertama di Batu Pahat yang akan dijadikan tester.

8 Disember 2015
Maka hari ini pemasangan oleh staf Telekom malaysia datang ke rumah. aku ambik Unifi TV sekali pakej Jumbo. Line dengan Unifi TV sebulan RM232.38. Dengan kelajuan yang memang terbaik...aku rasa bila keluarkan duit lebih sikit pun ok lagi.

PKP 2020 - Perintah Kawalan Pergerakan
Nak di pendekkan cerita. lepas masak tengahari...suami dan anak dari pagi memang guna internet. lepas masak ingat nak tengok update PKP terkini...internet tak dapat. bukak tv pun tiada connection. check kotak pertama yang joined fiber optik. satu lampu pun tak menyala. try tukar cable power kotak sebelah...pun tak menyala. 3 April 2020 modem tak menyala.


5 April 2020...hari ahad...aku buat report di TM. lepas buat report terus ke dapur...masak. lepas siap masak lebih kurang jam 2 petang aku ambik tab check kot2 ada info baru. terperanjat ada 2 kali misscall dari TM. esoknya (5 April) aku call bali TM 100 bagitahu yang semalam aku tak terangkat phone sebab tak dengar sebab tengah masak. lepas bagitahu tu...tunggu telefon dari TM dari hari ke hari...susahnya...bila kita tak pernah miss internet laju tetiba takda...tengah PKP pulak tu. tv tak hidup...internet tak de...hadoi!


12 April 2020 ...call TM100 kali ke-2
aku beranikan diri buat report call TM100 sekali lagi. alhamdulillah...esoknya 13 April 2020...2 orang staf TM datang rumah. diri di pagar suruh ambik gambar. PKP kan. dia bagi modem baru...modem lama dia ambik. ganti modem color putih jenama HUAWEI.
Terus hidupkan tv...terus macam boleh buat kerja internet. bolehlah lepas ni teruskan google classroom yang tergendala.

tapi pengalaman tiada internet memberi pengajaran pada aku...
macam tulah murid-murid aku yang tiada akses internet laju hanya guna data phone utk buat himework berlambak yang cikgu beri. now...aku faham...sebab tu ramai parent dah mula bising tentang homework time PKP ni.

Sekian catatan aku.
Aku catat sebab dia macam sejarah gitu...bila ngko orang IT tapi tetiba internet takda...2 minggu tau...time PKP tau...macam mati kutu dibuatnya! HUHAIII...
Alhamdulillah. Terima kasih Allah swt kerana pinjamkan aku kesenangan ini.

Post a Comment

0 Comments