Ad Code

Responsive Advertisement

Transient Synovitis : Radang Sendi

Transient Synovitis: Radang Sendi


9 Jun 2021 Rabu
Hari ni Pia bangun kaki terhinjut-hinjut. Lain macam gayanya.

10 Jun 2021 Khamis
Hari ke-2. Pia jalan macam semalam tapi nampak teruk sikit. Suami suruh ke klinik untuk dapatkan rawatan. So, kami ke klinik L'Medina sebab dekat dengan rumah. Lagi pun dah biasa dengan klinik ni.
Jam 11.00 doktor yang merawat kata sakit dipangkal peha. Doktor Sharif bagi ubat tahan sakit je. lepastu suruh datang jam 2.00 petang untuk buat fisioterapi. Jam 2.00 petang Pia buat fisoterapi urut elektrik di panggkal peha. sakit dari 50 kini turun jadi 20. alhamdulillah. adik fisio tu cakap, tak boleh buat fisio hari-hari. Kena selang sehari atau dua hari. So, next appoinment hari sabtu jam 10 pagi. Sekali fisio bayarannya RM100.00

12 Jun 2021 Sabtu
Kami datang ke klinik, masa Pia turun kereta dengan keadaan terdengkut-dengkut, Dr syarif pun turun kerena baru nak masuk klinik. Dr rasa nampak takda perubahan. Dr kata...hari ni saya bussy sikit. Nanti malam datang jam 8.00 ye...saya nak tengok semula. So, kami teruskan rawatan fisio pia. Pia kata sakit dah jadi 10. alhamdulillah.
8.00 malam - Dr Syarif check dan tengok Pia jalan. Dia hubungi kawan dia Doktor Pakar Tulang. Lepas call tu Dr syarif bagi surat dan suruh jumpa Dr Ezrat di Hospital KPJ Batu Pahat. Doktor Pakar Tulang. Jumpa esok (Ahad) dalam lebih kurang jam 10 pagi.

13 Jun 2021 Ahad
Hospital KPJ Batu Pahat - Dr Ezrat bin Samadi, Dr Pakar Tulang.
Sembang punya sembang, isteri Dr Ezrat ni rupanya Cikgu Suri yang baru pindah masuk SMKDSE awal januari 2021. sebelum cuti sbb PKP hari tu, aku sempat sembang dengan Cikgu Suri. Kecik je dunia. Alhamdulillah, sahabat rupanya.

Doktor memberitahu kemungkinan berlaku radang pada pangkal peha Pia sebab Pia tak jatuh pun. Untuk confirmation, Pia kena di xray. pergh...banyak kali Pia xray. pinggul, betis, peha, tulang belakang, kaki rapat, mengiring - demi mendapatkan keputusan yang tepat. So, bila masuk semula bilik doktor - doktor sahkan pia kena transient synovitis. 1 dalam 1000 kanak-kanak akan kena secara spontan.

Rawatan - ada 2 cara. ubat minum or makan di rumah tapi kesannya atau pulihnya takut lambat. Doktor cadang warded 3-4 hari untuk bagi ubat yang lebih sesuai dgn dos yang lebih sesuai serta masa yang dikawal untuk rawatan radang tu. aku terpaksa call suami, suruh naik ke bilik doktor untuk buat keputusan bersama. Suami mendengar penerangan Doktor dan bersetuju untuk Pia warded. suami cikgu sains sukan. sekejap je doktor tu terangkan lokasi dan jenis sakit tu. dia faham sbb ada ajar.

Urusan Pendaftaran Masuk Wad
Rupanya hospital KPJ belum ada syarikat insurans peribadi yang masuk. yang ada insurans dari syarikat atau panel tempat kerja. Jadinya, perlu bayar 90% dari anggaran kos keseluruhan. Kami diminta bayar RM4000 masa tu. terkedu jugak aku dibuatnya. Call suami untuk sama-sama buat keputusan. aku ada kad kredit. tapi dah lama tak guna. jadi password pun lupa. suami guna kad kredit dia. Nanti boleh claim semula pihak insurans - doktor kata.

Wad 618
13 Jun 2021 hingga 16 Jun 2021
Wad double. selesa. macam hosplital pantai. permandangan kawasan Maktab Perguruan Batu Pahat dan sekitar taman baharu di belakang hospital KPJ. Belakangnya gunung Banang. cantik permandangannya. semua ok cuma aircondnya...sejuuukkknya!
Hari kedua - nurse ada terbahagi ubat silap sikit dosnya. risau aku. pagi jam 4 pagi patutnya masuk 50ml. nanti tengahari lagi 50ml. tapi nurse subuh tu lupa ke apa...masa nurse next shift datang check...eh...dah abes. satu botol tu 100ml. so, masa doktor datang aku tanya..takpa ke ? doktor kata, sehari boleh masuk 4 botol. doktor kata tak kan overdose. cuma, tenghari nanti tak masuk ubat sebab pagi tadi dah masuk terus 100ml. lega rasanya dengar penerangan doktor. ada juga mesej kakak kandung. dia farmasi di hospital kluang. tapi sejak kes covid19 ni, dia sibuuk sangat. kesian dia. faham. dah dengar penerangan doktor tu pun dah rasa ok.

16 Jun 2021
1.00 petang Pia keluar wad. alhamdulillah. doktor bekalkan ubat 2 jenis. utk merawat dan tahan sakit. semoga dapat sembuh sepenuhnya. next appointment 22 Jun 2021.

Transient Synovitis: Radang Sendi














Post a Comment

0 Comments