Ad Code

Responsive Advertisement

Pingat Perkhidmatan Cemerlang PPM


Alhamdulillah.

Kerja di balik tabir saya ikhlas untuk pengakap Johor. Tiada bertujuan untuk dapatkan apa-apa dari sumbangan kecil saya. Jiwa pengakap itu ada.
1. Tugasan kad jemputan siap.
2. Tugasan buku program juga siap.
3. Menerima penghargaan dari PPM Negeri Johor pada 2016 atas pencalonan oleh Tn Hj Yaacob A Karim. Pencalinan diluluskan PPM HQ. Alhamdulillah. Terima kasih haji. Terima kasih beri peluang pada saya utk berbakti kpd pengakap johor. Anugerah ini menjadi pemangkin utk memperkemaskan lagi JD saya utk pengakap johor utk 2022.
4. Suami tercinta - Tn Hj Ramli Ibrahim. Terima kasih kerana memberi izin dan sentiasa menyokong minat isterimu. Dialah rujukan saya.
5. Raisah Safiah (Pia) - harap dapat menyokong ibu dan jom berpengakap dgn ayah ibu! Dia dah faham bila ayah dan ibunya byk kerja dgn pengakap. Dah pandai bawa diri.
6. Tuan bardin - terima kasih masih percaya dgn kerja saya. Cuba perbaiki mana kelemahan yg ada. In shaa Allah. Banyak ilmu yg diperolehi apabila terlibat dlm majlis besar ini. Itu pembelajaran
terbaik
.
7. Geng gegirls - bersama mereka..ceria sentiasa. Bagai adik beradik. Buat kerja sama-sama sambil gelak tawa. Hilang stress.
8. Dan juga semua senior,sahabat dan adik2 serta org sekeliling yg faham minat saya yg satu ini.
9. Tahniah buat jawatankuasa pengelola majlis penganugerahan ini yang diketuai oleh Tuan Basri dan rakan2 yg lain. Sangat lancar! Cemerlang!
Terbaik
!
Sekali berpengakap, terus berpengakap.
Pingat perkhidmatan Cemerlang.













Post a Comment

0 Comments