Pokok yang menghasilkan bunga yang sangat harum pada
musim bunganya dikenali juga dengan nama Orange Jessamine. Jika bunganya
ditandang oleh banyak lebah, InsyaAllah akan menghasilkan buah apabila ranum
dari berwarna hijau bertukar ke warna oren menjadi kegemaran si Burung. Sungguh
pemurah Si Pokok Orange Jessamine memberikan makan ketika berbunga kepada sang
lebah, dan buahnya pula menjadi sumber makanan untuk Si Burung. Baunya pula
sangat harum dan pokoknya kian terkenal digunakan dalam landscape sebagai pokok
pagar (hedge/shrub) memberikan privacy kepada penghuni. Keharumannya adalah
bonus. Bunga yang akan menghasilkan buah berwarna oren tersebut rupabentuknya
juga menawan seperti gambar di bawah.
Dalam bahasa Melayu dipanggil 'Kemuning' dan kadangkala
digelar Bunga Sedap Malam. Cuma Bunga Sedap Malam kadangkala menjadi kekeliruan
kerana terdapat pokok bunga harum pada waktu malam yang lain juga dipanggil
nama yang sama. Pokok bunga Kemuning sangat bahagia menerima cahaya matahari
yang banyak.
Untuk mereka yang kreatif dan penyabar boleh buat bonsai
pokok ini. Kalau yang takut ada makhluk yang menyorok di bawah pokoknya mencari
perlindungan bolehlah trim pokoknya seperti gambar di bawah, kasi lapang dan
terdedah di bahagian bawah pokok. Pokok Orange Jessamine juga sesuai untuk
dijadikan pokok menumpang tumbuhan lain. Sebagai Contoh, pokok pigeon
orkid yang sedang kembang menjadi penumpang di pokok Orange Jessamine di
gambar bawah. Pokok Orange Jessamine adalah pokok yang Animal-Friendly dan
Plant Friendly untuk tumbuhan yang menumpang.
0 Comments