Ad Code

Responsive Advertisement

TESIS MAHASISWA BUTA


cemekom... setelah memerah otak dan keringat maka siap tesis aku bertajuk " Tahap Penggunaan Laman Web Dikalangan Mahasiswa Yang Cacat Penglihatan di UPSI, UM dan UKM ". tesis ni aku pi site sendiri, ke hulu hilir naik LRT. pada mulanya, hasrat aku membuat tesis ini utk memenuhi syarat pengajian. aku kagum dengan tesis en Samudin Kasan dari Institut Perguruan Darul Aman, Jitra Kedah tentang kajiannya tentang pembangunan laman web untuk pelajar SMK Tunku Abdul Malik. Aku terus terpikir utk meneruskan kajiannya tapi melibatkan pelajar di ipt. semakin aku kaji, minat ku kian mendalam. bukan mudah pelajar buta nak belajar di IPT. semangat mereka memang tinggi. terima kasih untuk adik ahmad samsuri, kok soon, shamuni dari UM, abg razali dan laila dari UPSI, kitti dan masnani dari UKM di atas kerjasama kalian. Penyelia aku berminat utk mendaftarkan paper ni pada seminar anjuran UKM. Jadi apad 6 hingga 7 disember 2005 bertempat di Palm Garden Hotel IOI Resort, Putrajaya aku menjadi pembentang bersama lecturer aku. kecut gak perut coz semua yg bentang tu lect2 belaka..bertaraf dr dan prof... untuk diri sendiri, aku berbangga aku boleh duk kat depan ketika itu, di hadapan para cerdik pandai. nasib baik aku dpt menjawab semua persoalan. ramai yg berminat dgn tesis aku. maybe ramai terlepas pandang tentang pelajar-pelajar buta ini. Aku dapat A bagi tesis ini. Terima kasih pn nor zuhaidah mohd zin UPSI kerana membimbing aku hingga berjaya.

Post a Comment

0 Comments