Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Tuesday, December 30, 2008

Tahniah di atas kejayaan anak-anak murid cikgu

Tahniah buat anak didik cikgu yang telah berjaya dalam PMR 2008.

Bagi yang tidak berjaya jangan putus asa. Cuba usaha lagi ok!!

Tahniah buat Syahmi, irsyad, afiqah dan fatin serta teo chee cien coz dpt 9A juga pada student SMKDSE lain yg dpt straight A's. sorry cikgu lupa nama, ramai lah...

Untuk anak angkat cikgu :
Solihin...
7A 1B tu kira oklah... tapi cikgu confuse... why Geog B????
Anyway..math you got A right. Congrats!

Nazmi...
7A 1B 1C pun apa kurangnya. kira ok tu!!

Jowie... cikgu terperanjat you bleh dpt 6A 2B. Selalu you dpt 3A jer kan?

Tahniah buat pelajar 3KE1 dan 3RK2 coz semua lulus maths. Tahniah!!
Yang dapat A... cikgu tak lupa janji cikgu pada you all. tungguuuuu.....

Buat anak murid cikgu yg lain...
tahniah!! teruskan perjuangan kamu yg belum selesai...

Friday, December 12, 2008

Key Chain Untuk ke Khemah Budaya Tanjung Pinang, Riau, Indonesia


Pada 15 Dec 2008 nie aku, suami & beberapa lagi pemimpin pengakap neg. johor akan menyertai Perkhemahan Budaya di Tanjung Pinang, Riau Indonesia. Aku ditugaskan utk menyiapkan keychain kontinjen. banyak tuuuu... 200 keping. mana aku larat jerlah...suami pun turut siapkan keychain. lukis gambar ikan puyu lagi...

Kucing Hitam




















Kucing Hitam...
Kau berjalan di depanku...
Ku tak hirau...
Hanya mainan duniaku...

itu antara petikan petikan lirik lagu Kucing Hitam nyanyian Bittersweet. Sejak cuti sekolah nie...hari2 dapur ku berasap. tapi setiap kali aku mula berada di dapur...datang lah seekor kucing hitam yg setia menantikan habuan... aku panggil Hitam Tonggek. Dulu sebelum hitam datang, ada gak kucing yg selalu teman aku kat dapur, Gemok nama dia. mana ntah... tak pernah datang lagi. Gemok nie Kucing Hero kat lorong belakang umah aku. semua kucing takut dgn dia... hitam..hitam.... tahu plak aku nak amik gambar... berposing sakan...

Thursday, December 11, 2008

LEMBU KORBAN ROSMAH




















Sempena bulan Qurban nie, suamiku telah melaksanakan ibadah Qurban utk ku.


Thanks Sayang!.
So...gambar di atas tu lembu yg telah di Qurbankan. Bila cerita bab Qorban nie... buka lah kitab agama semula. coz dulu belajar tapi tak dipraktikkan...itulah akibatnya... tapi dah terjawab persoalan.


Selamat Menyambut Hari Raya Qorban rakan-rakan...Mudah2an dilimpahkan rezeki utk menunaikan haji di usia muda. Amin...

Wednesday, December 03, 2008

LOGO PENGAKAP BERTUKAR SETELAH 100 TAHUN KEPENGAKAPAN

Logo pengakap Malaysia kini telah bertukar warna pada lingkarannya. Pertukaran warna melibatkan lilitan tali berwarna biru bertukar kepada kuning bersempena 100 tahun kepengakapan di Malaysia.


dipetik daripada ruang Forum di website http://www.malaysiascout.org/


LOGO LAMA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA




























LOGO BARU PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
Bersempena 100 tahun kepengakapan Malaysia.

Tuesday, December 02, 2008

Kursus Manikayu Modul berubah ke sistem lama...Betul ker??

Dengar...dengar...

Dengar-dengar.. sistem kursus manikayu yg ada A, B tu akan bertukar menjadi kepada sistem lama mcm manikayu I, II, III, IVA, IVB...Betul ker... sampai la nie belum dapat berita sohih. Kalau ada pihak yg ada black n white pasal kursus manikayu ni, sila hebah2kan.

Sebab Januari 2009 mungkin ada kursus manikayu kelana pgkt A dan B di Johor.

Apa pula berita pasal logo pengakap bertukar warna...maksud saya lilitan tali katanya telah bertukar warna daripada BIRU kepada KUNING... Apa sebab musababnya ia bertukar warna yek ??? siapa boleh jawab dgn fakta ??

Sunday, November 30, 2008

Ina, Intan dan Amirul


Kepada Amirul Suari, Norazlina dan Intan Zainatul Maria...
terima kasih kerana sudi memabntu cikgu sepanjang jambori berlangsung.
harap you all tak serik ok....

Tuesday, November 25, 2008

ROSMAH ROSHITA 2001 and 2008





CABARAAAANNNN..............
Bila mau kurus badan yek Pn Rosmah ????
Bagus gak ada gambar nie. sekurang2nya bleh buat perbandingan....

Gambar kiri 2008 gambar kanan 2001


roshita, rosmah and mardiah.
Geng aku masa mula2 join pengakap Johor selepas posting dari Maktab Batu Rakit (1997). Masa tu mengajar di JB. Kami nie 3 org pemimpin pompuan muda yg dok ke hulu ke hilir menjadi org suruhan. Mereka berdua ni brutal. Kami bertiga pernah ke Jambori Dumai bersama. selalu tolong jadi kelana pembantu bila arwah ayah (hj Ismail Hussien - Pontian) buat pentarafan pengakap raja.

La nie yg still aktif cuma aku n kak shita. Kat JAJ2008 baru nie aku berjumpa smula kak shita. cuma xdpt layan dengan baik coz mcm2 masalah di urusetia. Lain Jambori kita jadi peserta kita sembang lama2 ye kak shita.


Untuk adik2 kelana yg baru join dunia kelana... adatlah bila kita di arah buat itu dan ini. arahan yg keluar itu sebenarnya telah pun dilaksanakan org terdahulu....


Tahniah buat kelana petugas JAJ08 yg berhempas pulas melaksanakan tggjawab wpun first time terlibat dgn jambori yg diluar jangkaan bilangan pesertanya. Salam Pengakap.



Monday, November 10, 2008

Menara 9 Nov 2008


Sunday, November 09, 2008

MENARA TERKINI 6 NOV 08


Inilah menara terkini (6 nov 08) yang telah siap dibangunkan.
setakat ini, bentuknya masih tak nampak seperti model asal.
maybe bila dah 70% baru nampak bayangan bentuk sebenar menara ini.
Teruja aku dibuatnya. agak2 sanggup tak naik atas??? gayat you!!!

Saturday, November 01, 2008

Menara Jambori Dalam Proses

Menara dalam proses. Tahniah buat kelana yg turut sama mengerah keringat. Semoga kalian tabah untuk menyiapkan menara yg di impi2 kan ini.

Dewan Syed Esa bertukar warna


Dato' Syed Esa dlm Pengakap


Sekolah aku kini telah bertukar nama kepada SMK Dato' Syed Esa. Selain menjadi salah seorang pejuang melayu yg berjaya bersama-sama Dato' Onn, sbg majistret Mahkamah persekutuan, dan bermacam2 lagi.

Jasa beliau juga banyak dicurahkan di dalam kepengakapan. Antara yang paling diingati, Beliau adalah bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara tahun 1963 - 1968.

Di atas : Dato Syed Esa bersamaFrank C. Sands - orang yg mula2 membawa pergerakan pengakap ke Malaya tahun 1910. Beliau menjadi Ketua Psuruhjaya Agong hingga tahun 1948.

Kalau anda perasan, belakang mereka berdua ini adalah bangunan Syed Esa yg menjadi mercu tanda Kem Pengakap Jubli Intan Tajong Labuh Batu Pahat, Johor.

Wednesday, October 29, 2008

Mak Aku Masuk Wad - Chikungunya

Mak masuk wad 22/10/08 hingga 27/10/08
Yang sedihnya minggu lepas, bonda tersayang dimasukkan wad.Mulanya mak nak buang air kecil...terus terduduk...kemudian baring kat tilam tapi terus tak boleh gerak.Yang jadi semakin risau...
Mak tak ada selera makan tapi muntah2 jer...Terus abah call abg nuzi, kak silah n along.Angkat mak atas toto. pastu angkat ramai2 masuk dlm keta abg mus.katanya masa tu mak tak boleh gerak langsung. terus hantar klinik Hussin. tapi doktor suruh terus hantar ke hospital.
aku dpt berita lepas solat isya'. panggil suami aku kat surau dan kami balik kota tinggi mlm tu jugak.
sedihnya ... mak sakit apa ya? sebab kencing manis ker? sebab darah tinggi ker? tak keruan kepala otak ku.Sampai kota terus ke wad. mak dpt wad kelas dua - wad kenanga. memang terlantar n lemah. dah masuk air utk botol ke-2...sedih tegok mak.
lepastu aku xleh duduk lama sbb bukan waktu melawat. kak silah jaga mak mlm tu. manakala aku terus ke air tawar satu. Esok pagi-pagi aku n suami melawat mak. kami cuti emergency. aku jaga mak sampai jam 6 petang. lepas tu kak yot (kakak kat kluang) sambung.
aku balik batu pahat petang tu gak. tapi hati aku sentiasa memikirkan keaadaan mak. petang tu mak dah masuk air 3 botol. sampai kat hentian machap kami makan jap. coz lg pagi aku xselera nak makan. tiba2 rasa lapor giler. tapi lauk semua xsedap. mungkin asyik fikir pasal mak.
Esok aku ke sek mcm biasa. terpaksa cancel jamuan kelas sabtu nie. coz petang nie aku nak balik kota semula.Hari Isnin 27 oktober 08 akhirnya mak dpt kluar. masih panas tapi demam chikungnya dan komplikasi kencing manis dah tiada. cuma tinggal demam biasa ajer yg lum kebah.Alhamdulillah..mak dah sihat.
5 botol air dan 1 botol gula..coz hari jumaat mak kekurangan gula 3.5 ajer..Thanks to all adik beradik... giliran jaga mak semuanya ok. tak terputus pun.
Aku sayang suami aku.
aku juga sayang ibu bapaku,
aku juga sayang adik beradik ku.
Kasih sayang di hati ini hanya Allah yang tahu...
** Aku ada amik gambar mak masa kat wad.
tapi bila balik umah aku tengok kat hp aku tak da plak gambar tu...
sedey...sedey...

Anak buah aku - Aliya yang cute

Liya kalau balik kampung... abis ayam di kejar....cik omah...jom tengok itik??....bebas dia berlari ke sana ke mari. almaklumlah...halaman rumah felda kan besar. masalahnya ayam n itik kat belakang...nyamuk banyak.... cute tak anak buah aku??

Kakak Datang Beraya


Kak Silah, abang mus dan liya...
Harap tak serik datang rumah...

Anyam, isi dan rebus ketupat ya sayang ??




















Tahun nie kami beraya di kampung aku di Felda Air Tawar Satu, Kota Tinggi, Johor.
Suami aku n adik menganyam, merebus ketupat. dalam banyak2 masak ketupat raya, tahun nie pecah rekod coz abah aku anyam 60 biji, suami aku anyam 70 biji...hahahaaa .. banyak tu..biasanya kami anyam 80 biji jek.... rezeki org datang raya kot...

Bersambung kembali kisah diri






















Ruang tamu bagi raya tahun 2008. Ayat Quran ala-ala duit cina tu suami aku beli. dia punya tulisan ukiran jati. ianya unik. Tahun depan, tak tahu mood apa plak..

Tuesday, October 14, 2008

21 PELAJAR SMK DATO' SYED ESA DUDUKI PMR DI HOSPITAL

Takziah untuk anak murid cikgu (3RK1 & 3RK2) yang terpaksa menduduki peperiksaan PMR hari ini (13 Okt 2008) di Hospital Batu Pahat. Setakat pagi ini cuma 21 org sahaja. Mudah2an tak bertambah lagi. Mereka keracunan makanan di asrama. Makan roti jala katanya. Insyaallah cikgu doakan kalian selamat dan dapat menjawab dengan tenang. Semoga berjaya dan cepat sembuh.

14 Oktober 2008 Hari Ini Dalam Sejarah

Kan aku pernah upload berita 22 pelajar SMKDSE, Batu Pahat menduduki PMR di wad hospital Batu Pahat. Kesian aku tengok diaorg...jawab satu baris karangan...muntah....rehat....jawab lagi...muntah...
meleleh jugak air mata aku tengok dari pintu wad.

Guru boleh tengok dr luar her...coz pengawas jaga PMR masih bertugas.
Ada yang masuk 7 botol air, 8 botol air malahan 10 botol air pun ada...
sedey...sedey....


Ini Faiq, aku ajar dia Maths...kesian...dah hari ke 4 dalam wad dan hari kedua exam PMR..."Hai Faiq..hero bola baling pun boleh kalah dengan nyamuk !!"....senyum jek bila aku cakap camtu kat dia...
Haa.. ini pulak Ali Zaki, aku ajar Maths gak..."Hai Ali...jaguh bola sepak pun kalah dgn nyamuk!!"Masa aku dtg, depa baru abis jawab kertas 2 karangan BM.Ali nie siap peluk buku utk dibaca. tapi empunya badan dah tak larat...semua (22 org) tersadai..budak2 RK pulak tu...mcmna result sekolah nanti yek??By the way.....cikgu doakan kalian dapat result yg baik. tahniah sebab hari ke-3 ada yg dah boleh keluar wad. dah sihat...amin..

Ajar Maths Last Minute di Wad

Hari Rabu malam Khamis aku n suami (ramli) melawat depa skali lagi.Esok Maths paper aku... walaupun suntuk tapi sempat...Sempat lah aku tunjuk mana yg depa tak faham.Bagus depa nie..masing2 dok try buat soalan n latihan.Masa nie tinggal 4 org jek...bila aku kluar kamera.."cikgu kejap! kejap! siap repair rambut... tu yg berposing sakan.masa demam..hampeh muka masing-masing...
Amboi Amin....berposing sakan...
kalau nak tahu..
hari pertama yg aku lawat depa yg
dok tulis muntah tulis muntah tu AMIN lah...
Dia antara org paling teruk kena keracunan makanan.
mulanya arbaie....baie ok sambung amin...
Tengoklah...posing maut tu!!!

Monday, September 15, 2008

SOALAN PERCUBAAN PMR 2008 SELANGOR

Mathematics Paper 2 Negeri Selangor
http://www.scribd.com/doc/6037392/Trial-PMR-2008-Maths-Paper-2-Selangor

Thursday, September 11, 2008

SOALAN PERCUBAAN PMR JOHOR 2008

Maths Paper 1

http://www.4shared.com/file/62312149/d851ed9/MATH_1_PMR.html

Maths Paper 2

http://www.4shared.com/file/62312146/9d3a0348/MTH_2_PMR.html

Tuesday, September 09, 2008

SOALAN PERCUBAAN PMR KEDAH 2008

Soalan Percubaan PMR Maths 2008 Kedah
PMR Trial Exam Mathematics 2008 Kedah

Maths Paper 1

http://www.scribd.com/doc/5460933/2008-Kedah-PPMR-MM1-doc

Maths Paper 2

http://www.scribd.com/doc/5460991/2008-Kedah-PPMR-MM2-doc

SOALAN PERCUBAAN PMR TERENGGANU 2008

Soalan Percubaan PMR 2008 Terengganu
PMR Trial Exam Mathematics 2008 Terengganu

Maths Paper 2

http://www.scribd.com/doc/5667124/trial-Maths-PMR-terengganu-2008

Selamat mendownload.....

Monday, September 08, 2008

Soalan Percubaan PMR Melaka

Maths Paper 1
http://www.4shared.com/file/61693100/f9dcc4f3/Mth_K1_trial_Melaka.html

Maths Paper 2
http://www.4shared.com/file/61698094/f9b05695/Mth_K2_trial_Melaka.html

Sunday, September 07, 2008

Cutenya Upin dan Ipin



Semoga apa yg tersirat di sebalik kartun cute ni dijadikan iktibar. Ia mengembalikan memori kita sebagai anak kampung suatu waktu dahulu...

Tuesday, September 02, 2008

Selamat Berpuasa Kepada Kaum Muslimin dan Muslimat

Monday, August 25, 2008

Soalan Percubaan PMR 2008

Koleksi Soalan Percubaan PMR 2008
PMR TRIAL 2008

Trial PMR 2008 Sekolah Berasrama Penuh
Math Paper 1
http://www.4shared.com/file/60381424/ab9fdbbf/MTH_PMR_K_1_trial_sbp_2008.html
Math Paper2
http://www.4shared.com/file/60381423/35fb4e1c/MTH_PMR_K_2_trial_sbp_2008.html
Answer
http://www.4shared.com/file/60381425/dc98eb29/skema_mth_PMR__K1_DAN_K2__trial__SBP_2008.html


Trial PMR 2008 Negeri Perak
Math Paper 1
http://abiat07.files.wordpress.com/2008/08/trial_mmp1_pmr_2008_perak.pdf
Answer Paper 1
http://abiat07.files.wordpress.com/2008/08/answer_mmp1_trial_pmr_08_perak.pdf
Math Paper 2
http://abiat07.files.wordpress.com/2008/08/trial_mmp2_pmr_2008_perak.pdf
Answer Paper 2
http://abiat07.files.wordpress.com/2008/08/answer_mmp2_trial_pmr_08_perak.pdf


Thursday, August 21, 2008

Skema Jawapan Math Paper 2 PMR Trial JPN Johor 2008







Wednesday, August 20, 2008

Iklan Petronas Hari Kebangsaan 2008

Jom Layan video lawak yg ada maksud tersirat ni.....kita layannnnn.....



amacam?? ada kelass tak????

Tuesday, August 19, 2008

Hari ni Suami tersayang balik

Hari nie suami aku balik dari rombongan PPD Batu Pahat ke Sarawak. Rombongan jurulatih2 sukan daerah di atas penat lelah mereka dlm MSSJ baru2 nie kot. pegi malam sabtu mlm ahad. tadi sms katanya dah sampai senai.

La nie aku tengah tunggu tikar sarawak. kata abang dia pos semalam. maybe hantar hari nie kot. so... raya tahun nie maybe use tikar sarawak sbb sblm nie kami bcadang nak beli carpet tebal yg mahal tu utk ruang tamu. carpet lama tu gatal lah. konsep suami aku - alah membeli menang memakai. kami dah dpt kumpul perabot jati sedikit demi sedikit. mula-mula set kerusi ruang tamu, meja kopi kerawang, day bed, katil 4 tiang, cermin besar berdiri, kabinet dapur sblh atas...lepas nie maybe meja telefon kot???

Selamat pulang sayang...

Monday, August 18, 2008

Dah 3 thn Usia Blog .

Pejam celik pejam celik dah cukup 3 thn aku bangunkan blog nie bermula pada 31 Julai 2005. Sejak ada blog nie, aku dah tak tulis lg dairi sec manual. yg penting2 jek aku tulis...

Sunday, August 17, 2008

Cari Buku 'Johor Mengabdikan Baktimu'

JOHOR MENGABADIKAN BAKTIMU

Aku skrg tgh berusaha menjejak buku bertajuk 'Johor Mengabadikan Bakti Mu' sbb salah seorang tokoh negeri johor dlm buku tu ialah datuk suamiku (atuk cikgu ramli) - Hj Mohd Diah Hj Abd Rahman. beliau adalah Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1980 dan bergerak aktif sbg pengakap pd zamannya.

Senarai Tokoh Guru Malaysia
http://apps.emoe.gov.my/bs/hari_guru.htm
http://sklaloh.kelantan.edu.my/tokohguru.htm

Dato' Syed Esa bin Syed Alwee

Penglibatan Dato' Syed Esa dalam Pengakap
Pemimpin Pengakap yang terawal pula ialah Scout Master (SM) En. Abd Rahman bin Jaafar , Asst. S.M. Tn. Hj. Syed Esa bin Alwee , Asst. S.M. En. Abd Hamid binOmar , Asst. S.M. En. Said bin Mohd Tahir. Pada tahun 1928, tertubuhnya pula kumpulan Pengakap kedua iaitu bagi pelajar Melayu di Malay Training College Johor Bahru dan pada masa inilah bermulanya Pergerakan Pengakap Negeri Johor.

KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA

(1910 - 1948) FRANK C.SANDS (Pesuruhjaya Agong)
(1948 - 1957) E.M.F.PAYNE (Pesuruhjaya Agong)
(1957 - 1960) MOHAMAD YUSUF B.AHMAD
(1960 - 1963) ZAINAL ABIDIN B. ALI
(1963 - 1968) DATO' SYED ESA B. SYED ALWEE
(1969 - 1987) DATO' SYED HASHIM B. SYED ABDULLAH
(1987 - 1989) DATO' HJ.WAN PUTEH B. WAN MOHD.SAMAN
(1990 - ) DATO' SERI HJ.YANG RASHIDI B. MAASOM





Saturday, August 09, 2008

Menteri Pelajaran Datang Sekolah Aku 15 Ogos 2008

Macam-macam nak kena buat bila menteri yg nak dtg sekolah.
Katanya Dato, Hishamuddin Tun Husein Onn confirm dtg....
org PPD, org JPN turun sek aku..'masak' kami dibuatnya.
13 Ogos raptai. 15 Ogos dijangka datang.
Bayangkan dari jam 10 pagi sampai jam 3 petang aku membuat
backdrop pentas, kad jemputan dan buku program ni.
Lama aku tak mengadap komputer lama-lama.
last masa buat montaj pelancaran laman web sek.
Tetiba jerk bahu sakit sangat.
Sebenarnya Rosli dgn Fairdaus kena buat. tapi depa tak mahir photoshop.
tapi takpe lah...aku tolong member lagipun aku bhg buku program kena uat design latar gak. so, kad jemputan dgn backdrop pun dibuat sama design dgn buku program. seragam katanya.
tapi aku puashati coz hasilnya cantik dan dipersetujui oleh PPD n JPN.


Bawah ni Backdrop pentas.


Bawah nie kad jemputan bhg depan


Bawah nie kad jemputan bhg dalam


Bawah nie kulit Buku Program / Flyer


Bawah nie plak bhg dlm Buku Program/Flyer


Macam-macam nak kena buat bila menteri yg nak dtg sekolah. hari jumaat tu plak kena pakai baju purple. punyalah susah husband aku nak cari baju melayu warna purple. macamana pun dia nak jugak cari baju purple. mana kedai kat BP jual baju melayu yg dah siap!!!ish! ish!

Wednesday, July 30, 2008

Pythagorean Triples

Pythagorean Triples are three whole numbers that form the sides of a right-angled triangle. Some of the Pythagorean Triples are :

3, 4, 5

5, 12, 13

7, 24, 25

8, 15, 17

6, 8, 10

10, 24, 26

9, 40, 41

20, 21, 29

9, 12, 15

http://www.frontiernet.net/~imaging/pythagorean.html
http://mathworld.wolfram.com/PythagorassTheorem.html

Tuesday, July 29, 2008

Perbezaan Ketuk-ketuk dengan Beduk


Ketuk-ketuk atau juga dikenali sebagai Kertuk Kayu atau Kerantung adalah sejenis alat yang digunakan bagi menghasilkan muzik dan sebagai alat komunikasi.


Ketuk-ketuk biasanya diperbuat daripada batang kayu, biasanya kayu nangka, yang ditebuk lubang ditengahnya. Untuk membunyikannya, ia diketuk dengan kayu pemukul secara berulang-ulang.


Selepas kedatangan Islam, ia digunakan sebagai menandakan masuk waktu solat. Tetapi ia juga digunakan semasa berlaku kematian, atau peristiwa kecemasan seperti orang mengamuk, serangan musuh dan sebagainya.

Perbezaan Beduk dan Ketuk-ketuk


Pada masa lalu bilamana tidak ada alat siaraya, radio mahupun television maka bagi umat Islam "beduk" telah memainkan peranan penting. Beduk dipalu dengan rentak khas bagi menandakan waktu solat sudah tiba.

Di sepanjang bulan Ramadhan beduk terlalu penting bagi umat Islam pada zaman dahulu. Beduk juga dipalu bagi menandakan waktu berbuka puasa sudah tiba, malah beduk juga digunakan sebagai alat untuk memberi makluman kepada orang ramai tentang sesuatu hal yang sedang terjadi dalam satu-satu kampung seperti ada kematian ataupun kesusahan yang sedang dihadapi. Pendek kata beduk pada masa lalu adalah sebagai alat pengumuman.


Sunday, July 27, 2008

Pertandingan Silat Peringkat Negeri

Pada 18-20 Julai yg lalu sek aku jadi tuan rumah
pertandingan Silat peringkat negeri johor.
Meriah gak...satu team=satu kump muzik...
paling best tengok budak kecik bersilat. dengan riak muka dia berkerut geram!! best!!
guru-guru sek aku bergilir bertugas di bhg urusetia dan pendaftaran.
Tahniah kepada pemenang...
Tetiba aku terpandang member sekampung.
tak sempat ambik gambar coz dia jadi salah seorang hakim...
serius giler...Johari anak ustaz Shuhadak.
Ustaz sek agama aku di FELDA Air Tawar Satu.
abg Joe nie tua setahun jek dr aku.
maybe dia jadi cikgu juga kot!!
Syabas abg Joe. dulu jadi ketua silat kat sek men aku. la nie jadi hakim peringkat negeri plak tu..entah2 pgkt kebangsaan pun pernah jadi hakim gak!! marvelous!!

Cadar Baru

Puas hati sangat beli cadar nie..
ngam-ngam aje dgn katil aku...lama cari pattern nie...
beli kat Primamoda RM99.00 100% cotton.
ala-ala comforter gitu...cantik tak??

Wednesday, July 23, 2008

Lencana Baru SMKDSE

Lencana baru SMK Dato' Syed Esa yang baru.

Maksud Lencana Sekolah SMKDSE

BUTIRAN
Perisai
– kesejahteraan
Obor - semangat / tenaga
Batang obor – 5 prinsip rukun Negara
Buku – (kurikulum) ilmu / pendidikan Pengajaran dan pembelajaran
Trek – perpaduan dalam kaum
Gelung – Melambangkan perpaduan berbilang kaum berserta impian

WARNA
Jingga - Aspirasi
Biru tua- Impian
Putih- kebersihan/kesucian mental,fizikal & Rohani
Merah - semangat dan kegigihan
Biru muda - kesejahteraan

Monday, July 21, 2008

E-Tutor.com Gedung Soalan PMR


Kepada pelajar cikgu yang dikasihi...
Semoga usaha digandakan untuk kejayaan PMR 2008.
Latihan secara alternatif & insentif boleh diperolehi di alamat web berikut : http://www.e-tutor.com.my/

Semoga kalian berjaya.