Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Anak kecil main api,

Terbakar hatinya yang sepi,

Air mata darah bercampur keringat,

Bumi dipijak milik orang.


Nenek moyang kaya raya,

Tergadai seluruh harta benda,

Akibat sengketa sesamalah kita,

Cinta lenyap di arus zaman.


Indahnya bumi kita ini,

Warisan berkurun lamanya,

Hasil mengalir ke tangan yang lain,

Peribumi merintih sendiri.


Kita rumpun bangsa Melayu,

Menganut agama yang suci,

Semangat bangsa berlandaskan Islam,

Teras capai kemerdekaan.


Masa depan sungguh kelam,

Kan lenyap peristiwa semalam,

Tertutuplah hati terkunci mati,

Maruah peribadi dah hilang.


Kini kita cuma tinggal kuasa,

Yang akan menentukan bangsa,

Bersatulah hati, bersama berbakti,

Pulih kembali harga diri.


Kita sudah tiada masa,

Bangunlah dengan maha perkasa,

Janganlah terlalai teruskan usaha,

Melayu kan gagah di nusantara.

Thursday, May 09, 2013

JUS KOKTAIL PEMBERSIH USUS


JUS KOKTAIL PEMBERSIH USUS

Resepi yang sesuai untuk berfungsi sebagai 'Indah Water Consortium' pada usus kita.. hihi

Bahan-Bahan : 

1 Biji Timun (buang kulit - jika bukan organik)
1 Genggam Bayam
1 Genggam Daun Parsley (Daun Pasli)
1 Tangkai Celery
1/2 Biji Lemon - buang kulit

Methodology :

Masukkan dalam Blender & Kisar kesemuanya.

= Siap Untuk di minum!

# Sesuai untuk di ambil pada waktu petang - menggantikan makan malam - Enhance Detoxification + Weight Loss #

Selamat Mencuba!

- Dr. Malinda

Monday, May 06, 2013

TANAH TERGADAI JANGAN PULA HILANG KUASA



Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara.

Semua bermula dengan tangan kita, jangan tunggu orang lain yang menegakkannya!

Friday, April 19, 2013

LOGO FELDA

Untuk Kenang-kenangan


Monday, December 17, 2012

Dikurniakan Zuriat selepas 8 Tahun Berumahtangga



Pagi nie tengok semanis kurma sambil mengenjut buai safiah. topik perempuan tanpa rahim...rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman. 8thaun berumahtangga, 2 kali keguguran dan akhirnya diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk aku menikmati rasa indah menjadi seorang ibu. alhamdulillah...

Setiap hari baca surah al-Waqiah, ada rezeki lebih, bagi makan pada anak2 yatim di rumah anak yatim, senangkan hati ibu kita, buat sesuatu sampai dia boleh tersenyum walaupun hanya bawa dia ke nurseri jual bunga dan beli 4-5 bunga yg dia berkenan...suami sedekahkan duit di tabung masjid setiap kali sembahyang jumaat atau waktu solat yang lain. suami rajin solat di surau...suami isteri selalu atau setiap hari solat dhuha...baca doa nabi zakaria...

Tapi kalau dah buat semua tak dikurniakan rezeki juga, akhirnya perlu redha ujian Allah kerana sebenarnya Allah dah kurniakan rezeki lain buat kita.

PENENANG JIWA

Diamond Knot

Ocean Plait Knots

Ocean Plait Knots
There was an error in this gadget

PERKEMBANGAN BAYI

pregnancy week by week