Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Sunday, December 20, 2009

Logo Pengakap Batu Pahat


Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 1431 Hijrah


Tuesday, December 15, 2009

Penolong Pesuruhaya Pengakap Negeri Johor -Tugas Khas (ICT & Buletin) sesi 2010-2011


Lantikan sebagai PPNJ Tugas-tugas Khas untuk sesi 2010-2011
Pada 22 November 2009, telah menerima surat panggilan mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor dengan menyatakan telah melantik saya Rosmah bt. Abdullah sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor (Tugas Khas - ICT&Buletin).

Tugas yang dipertanggungjawabkan :
1. Menyediakan laman web rasmi Pengakap Johor
2. Membantu dalam penyediaan buku program dan kad jemputan
(apa jua berkaitan dengan ICT)
3. Menyediakan Buletin Pengakap Johor - Cadangan 2 siri setahun.

Cadangan :
- Melantik ajk setiap daerah untuk mendapatkan maklumat terkini.
- Buletin diterbitkan 2 kali setahun - Siri pertama diedar pada mesy. MPNJ kali pertama 2010.
- Menyediakan ruang iklan dalam buletin untuk menampung kos penerbitan.
- Mencari ikhtiar untuk menampung kos penerbitan - 20 unit setiap daerah+semua PPNJ/PD
- Mem'promote' 1 daerah, 1 blog/portal/website - pusat rujukan maya.

Semoga perancangan berjalan dengan lancar...

BUAT DUIT DENGAN EMAS

Kali ini saya ingin membicarakan tentang emas dan cara termudah (mungkin juga terbaik) untuk menjadikan emas sebagai pelaburan yang menguntungkan.
Soalan 1: Apa yang dapat anda fahami tentang pergerakan harga emas sejak 5 tahun yang lalu?
Jawapan ringkasnya adalah harga emas sentiasa naik! Ya, memang benar. Harga emas sentiasa naik sejak 5 atau 10 atau 15 atau setahun yang lalu.
Soalan 2: Berapakah keuntungan yang telah anda perolehi jika anda menyimpan 10 gram emas sejak bulan November 2008?
Harga 1 gram emas pada November 2008 adalah RM 87.60 dan nilai simpanan emas anda pada waktu itu adalah RM 876.00Harga 1 gram emas pada hari ini (25/11/2009) adalah RM 128.40 dan nilai simpanan emas anda pada hari ini adalah RM 1,284.00. Jawapannya, sejak setahun yang lalu, keuntungan yang telah anda perolehi dengan menyimpan 10 gram emas adalah RM 408.00
Soalan 5: Bagaimanakah caranya untuk saya memulakan pelaburan emas?
Ada banyak cara. Yang paling mudah adalah anda pergi sahaja ke mana-mana kedai emas dan beli emas. Tak kisahlah cincin ke, rantai ke, loket ke atau gelang kaki. Tapi saya tak suka dengan cara ini jika emas itu ingin dijadikan pelaburan.Untuk menjadikan emas sebagai pelaburan,
saya sarankan anda gunakan kaedah di bawah kerana ianya selamat dan tiada risiko penipuan:
1) Buka akaun emas di Maybank. Untuk membuka akaun ini, anda kena beli sekurang-kurangnya 5 gram emas. Kalau ikut harga emas Maybank hari ini (25/11/2009), anda kena keluarkan modal sebanyak RM 651.95. Untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang akaun ini, [sila klik di sini].
Memanglah bank lain ada tawarkan produk yang sama dan spreadnya (beza harga belian dan jualan) lebih kecil. Tapi, saya lebih prefer kepada Maybank kerana produknya HALAL [sila rujuk di sini].Jika anda berhasrat untuk membuat keuntungan segera dengan cara ini, baik anda lupakan kerana akaun ini hanya sesuai untuk pelaburan jangka panjang (1 tahun ke atas).
2) Beli emas ketulKaedah ini adalah yang terbaik jika anda mahu memulakan pelaburan emas. Di negara ini, ada banyak syarikat yang menjual emas ketul @ jongkong (999) kepada pelanggan mereka.

Anda boleh membeli emas ketul (999-Fine Gold) yang beratnya 20 gram, 50 gram, 100 gram atau 1 kilogram. Antara syarikat yang saya lebih prefer untuk urusan jual-beli emas ketul@jongkong ini adalah PUBLIC GOLD.
Selain spreadnya yang rendah, ketulenan emas yang dijual mereka juga sudah teruji (siap ada sijil ketulenan yang dikeluarkan).
Emas ketul yang dijual mereka juga boleh digadaikan di Ar-Rahnu. Tiada masalah!Jika anda mahu menjual emas ini bagi mendapatkan keuntungan, jangan jual di kedai emas atau kedai pajak. Jualkan sahaja emas itu kepada mereka. Untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang produk ini, [sila klik di sini].
3) Beli dinar emasKijang emas dan Dinar Kelantan adalah dinar emas yang cukup popular di Malaysia. Namun begitu, untuk mendapatkan dinar ini agak sukar kerana kuantitinya terhad. Misalnya, jika anda mahu membeli syiling kijang emas di Maybank, anda mungkin terpaksa duduk dalam ‘waiting list’ sebelum dipanggil oleh pihak bank. Jika dipanggil pun, kadang-kadang ‘jenis’ kijang emas yang kita mahu beli itu tiada dalam simpanan mereka.
Lagi satu, Maybank takkan beli semula Kijang Emas yang sudah tercalar. Jadi berhati-hatilah.KesimpulanMenjadikan emas sebagai salah satu bentuk pelaburan utama adalah sangat bijak kerana emas adalah aset yang mudah tunai dan kalis inflasi.
Jika pada zaman Nabi Muhammad SAW, harga seekor kambing = 1 dinar emas, harga kambing pada zaman ini juga masih lagi = 1 dinar emas (RM5++).
Jika anda sedang merancang untuk membuat pelaburan, mungkin emas adalah pilihan yang tepat buat anda!Selamat melabur!
Nota: 1) Saya bukanlah agen bagi mana-mana bank atau syarikat yang menjual emas!
2) Untuk menyemak harga semasa emas di Malaysia, sila klik di sini.
3) Zakat emas hanya dikenakan untuk 85 gram ke atas. Untuk membuat pengiraan zakat, sila klik di sini.
4) I ounce emas = 31.1034768 gram emas.





MENGIRA KEUNTUNGAN SIMPAN DI ASB

Keuntungan ASB

Soalan 3: Berapakah keuntungan yang akan anda perolehi jika anda menyimpan RM 876 itu ke dalam ASB sejak setahun yang lalu?


Saya membuat kiraan berdasarkan:

Dividen: 7 sen / unit
Bonus: 1.75 sen / unit

Formula untuk mengira dividen ASB adalah :
Pendapatan Dividen = dividen x baki minimum akaun
= 0.07 x 876.00
= RM 61.32

Formula untuk mengira bonus ASB adalah :
Pendapatan Bonus = bonus x [(baki minimum akaun * 12) / 120]
= 1.75% x [(10,512) / 120]
= 1.75% x [87.60]= RM 1.53

Jawapannya, anda akan memperolehi RM 62.85 jika menyimpan RM 876 itu ke dalam ASB.

Petikan dari laman blog http://nuraflah.blogspot.com/2009/11/buat-duit-dengan-emas.html

Wednesday, December 09, 2009

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor sesi 2/2009

Pada 5 Dis 2009
bertempat di Hotel Tropical Inn Johor Bahru.

Aku telah dilantik menganggotai ASC ICT&Buletin...
Tengah mencari idea utk uat buletin pengakap negeri Johor.

Terima kasih kpd Tn Pesuruhjaya negeri Johor kerana memberi kepercayaan kpd saya utk mewakili barisan ASC!!
Masa pegi naik avanza Raja bersama Hj Yaacob, kak Bib dan Hj Noh.

Pelebaran Jalan Tiram-Kota Tinggi dalam pembinaan


Jalan Tiram-Kota Tinggi dalam pembinaan...

Panjang betul jarak pembinaannya. sekurang2nya kesesakan lalu lintas di sini tidak berlaku lagi terutamanya bila dah ada persimpangan bertingkat.

menuju ke Kota Tinggi, jalan dilebarkan menjadi 3 lane pergi, 3 lane balik... laju ler keta lepas nie..

maybe skali lagi bila aku balik kampung, jalan nie dah siap kot...

Monday, November 30, 2009

PERNIKAHAN DAN PERSANDINGAN ZAINI DENGAN AMY



29.11.2009
Majlis pernikahan dan persandingan
Johaini(Zaini) Ibrahim dengan Emy Zulyiana
(Adik Ipar dan Biras)
Tahniah untuk kalian berdua.
Emy... selamat datang ke family Hj Ibrahim.
ikhlas dari abang n kakak iparmu,
Ramli&Rosmah.

Sunday, November 22, 2009

Istilah 'Soft Landing' dalam isu PPSMI


Candid Dinner SMKDSE

Kak Faridah, Kak Siti Asnida dan Kak Fadzlon

Saturday, November 21, 2009

Selamat Berpindah Ke Sekolah Baru

Kak Azurai ~ Semoga tempat baru dpt mulakan hidup baru..lupakan segala kesedihan. Akak cikgu yg rajin...moga2 di tempat baru tidak ada sikap pilih kasih lagi. Selamat maju jaya.

Bayah ~ Tahniah dpt gak akhirnya berada di sisi suami tercinta di Sabah nun jauh di sana.
jaga kandungan, nanti dpt baby FB kat akak tau...jgn amik hati kalau akak termarah sepanjang berkerja dgn akak... biasalah...time keje banyak kekadang lupa kewarasan diri..hehe..

Linda ~Akhirnya hang buat gak kek buah utk aka sblm pindah ke Penang. Yelah...sapa tak nak cuba kek buah yg menjadi tempat Dr Fadzillah Kamsah(Penceramah fofular tu) menempah 1000 kek setiap tahun kat Linda bila time raya..akak baru tau...agaknya ramai rakan rapat Dr Fadzilah Kamsah dah merasa air tangan Linda. Akak tumpang bangga atas keglamouran kek buah hang!!
semoga tempat baru, azam baru...dah setahun berjauhan dgn suami... doakan akak cepat dpt baby..
Nora~ nanti dah bersalin, jgn lupa FB akak(kalau ada FB-hopefully ler).
jaga diri baik2..ingat..bila peknen lg..jgn pakai highheel tau..
degil adik akak sorang nie..kim salam kat husbd.

Kak Fadilah~tahiah dah jadi CC. walaupun kak dillah tak pandai FB, tapi rosmah nak tulis gak...terima kasih di atas kerjasama akak dlm mguruskn gaji rosmah.rosmah sangkut sebulan jek gaji selepas posting tempohari...
akak memang cekap bab akaun sek kita sampai kita dpt PTG. Tahniah!!






Monday, November 16, 2009

Panggilan Pertama dari Tanah Suci Mekah

Terharu tetiba dalam jam 11.50 handphone berdering tatkala di bilik guru. Nombor phone sapa nie??? banyaknya angka?? sementara tu terfikir...abang agaknya...guna no phone arab saudi.

lantas ku jawab..BETUL abang call. terharu seketika..terasa abang berada di sebelah. Baru sehari berjauhan..rasa lain pulak. yelah..kami nie selalu bersama...satu sekolah, minat sama=pengakap...selalu ke mana2 aku pergi mesti dengan abang... sunyilah pulak.

berbalik dengan panggilan dari insan tersayang...
Abang naik kapal terbang jam 12.00 tengahari di senai. sampai Jedah jam 4 petang(masa nie dah guna waktu arab saudi- beza masa 5 jam dgn m'sia)...dalam pukul 11 malam sini. sampai hotel kul 1pagi.

Semoga abang sihat tubuh badan sepanjang menunaikan ibadah haji. semoga segala amalan diterima Allah S.W.T. Amin...

Sunday, November 15, 2009

Selamat Berangkat ke Kota Suci Mekah Sayang...




Menghantar suami tersayang untuk menunaikan ibadah haji di lapangan terbang Senai, Johor.
Semoga abang dapat haji yang mabrur.
Terima kasih jua buat adik beradik dan saudara mara yg turut menghantar suami tercinta.


Sunday, November 08, 2009

Ucapan Tahniah dan Selamat Menunaikan Ibadah Haji buat Suami tercinta


Ucapan Tahniah untuk suami tercinta.

Selamat menunaikan ibadah Haji bagi tahun 1430 hijrah. Ros doakan abang selamat pergi dan balik serta mendapat haji yang mabrur. Insyaallah, doakan agar kita akan ke rumah Allah bersama kelak...

Tarikh penerbangan pergi : 15/11/09
Tarikh penerbangan balik : 29/12/09

Doakan apa yang kita hajati bersama selama ini.
mudah2an doa itu termakbul. amin.

Wednesday, November 04, 2009

PELAJAR HARAPAN BANGSA KU

Pelajar 5 Sains tahun 2009 SMK Dato' Syed Esa.
Kepada anak bangsaku...
Selamat menduduki SPM 2009 dan salam maju jaya.
Semoga kalian menjadi generasi yang dapat memperjuang kedudukan bangsa di mata dunia. Insyaallah. Amin.

Monday, November 02, 2009

Video Cikgu Lelaki SMKDSE LDP Ke-7/2009

Video Cikgu Pompuan SMKDSE LDP Ke-7/2009

LDP Siri ke-7/2009

BUDAYA KERJA CEMERLANG
Penceramah Jemputan : En Mohd Daud Bin Salleh
Kaunselor SMK Dato' Onn, Batu Pahat, Johor

Mula-mula kami mendengar ceramah. pastu penceramah nie tau jerk cikgu-cikgu ni boring...kami menyanyi sambil membuat pergerakan tangan... kelakar..

Selepas itu, kami dibahagi kepada beberapa kumpulan. Kami diminta membuat 'Straw Castle'. Masing-masing menunjukkan kebolehan...tak nak kalah tuu...
Penghujung slot bersama En Daud, kami menyanyi lagi sekali. Seronok gak...ak ler boring.


Pastu dengar perkongsian sarjana oleh cikgu sek aku juga iaitu Tn Hj Taat (GPK Koku), Faidaus Misnan dan kak Shamsiah Mohd Amin.

Thursday, October 29, 2009

Motivasi dari Pengetua Cemerlang

Aku dapat siri motivasi selepas membaca satu blog. Kredit utk Khairiza kerana menguploadkan cerita-cerita motivasi tersebut. Terasa ingin dikongsi bersama lantas aku letakkan dalam blog aku utk peringatan diri dan rakan-rakan.

Cerita 1

Berdasarkan sifat saya yang tegas saya kerap diberikan mengajar kelas belakang-belakang. Walaupun saya sudah berusaha demi kecemerlangan, keputusan yang dicapai masih di tahap sederhana. Hanya seorang dua yang mampu dapat 'A'.


Saya berjumpa pengetua secara perseorangan untuk menerangkan usaha saya dan kehampaan saya dengan keputusan yang dicapai.
"Saya minta maaf cikgu, saya tidak dapat menghasilkan keputusan yang diharap-harapkan. Saya sudah cuba yang terbaik, tapi..."
"Cikgu Ong, secara jujur saya bertanya. Berdasarkan target individu pelajar adakah ia mencapai sasaran."
"Hampir tepat cikgu. Untuk 'A' target 2, dapat 2; untuk 'B' target 23, dapat 21; untuk 'C' target 48, dapat 50; selebihnya 'D' ".
"Cikgu Ong puas hati dengan keputusan itu?"
"Puas"
"Habis tu apa lagi?"
"Saya bimbang cikgu yang tak puas hati..."

"Cikgu Ong, saya hampir mencecah usia emas, sudah banyak rambut uban, kata orang tanda kebijaksanaan. Saya tidak mudah melenting dan melatah. Bagi saya proses mendidik seperti proses mencuci pakaian. Kalau daripada jenis sutera: celup, bilas dan sidai. Jika jenis rayon, kena basuh dengan tangan perlahan-lahan. Kalau kain kapas pula, kena berus dan kalau belacu kenalah sental kuat. Janji bersih dan yang dibersihkan belacu tetap belacu, tidak mungkin jadi sutera tetapi belacu yang bersih"


Cerita 2


Oleh kerana sudah tiga tahun saya mengajar kelas-kelas peperiksaan, saya terus diamanahkan bagi mengajar kelas peperiksaan pada tahun berikutnya. Sudah berpengalaman alasan yang biasa diberi.

Memang tension mengajar semua kelas peperiksaan. Terasa juga jaki melihat rakan seperjuangan yang tidak mengajar kelas peperiksaan.

Saya beranikan diri berjumpa Guru Penolong Kanan (GPK) supaya memberi saya peluang mengajar tingkatan empat atau enam rendah. GPK saya ketika itu, Cikgu Jaafar memang bagus Public Relationsnya (PR) lalu menjawab, "Sis, mengajar kelas peperiksaan ni seronok. Nantilah saya buktikan."

Selang beberapa minggu, keputusan peperiksaan keluar. Saya menjerit kegembiraan, usaha saya bersama pelajar membuahkan hasil, malah melebihi target. Tiba-tiba saya terdengar suara Cikgu Jaafar, "Kan saya sudah beritahu, mengajar kelas peperiksaan ni seronok!"


Cerita 3

Salah satu pantang besar pengetua saya adalah apabila guru menyerah kalah dan melabel pelajar bodoh. Beliau sentiasa menekankan pelajar mesti dididik dan diasuh sehinggalah ke saat akhir. Dalam unjuran, beliau hendak seratus peratus tidak boleh tidak. Jenuh juga berdebat dengan beliau.

"Jangan sekali-kali cop pelajar hopeless. Mesti berikan mereka harapan dan mesti mempunyai keyakinan pada diri sendiri. Kita boleh menjadi guru terbaik," katanya.


"Saya tidak mahu kita lebih teruk daripada ayam. Ayam tidak pernah menolak telurnya untuk dieram. Malah kalau diletakkan telur itik pun dieramkan juga. Kalau ada telur yang terkeluar, dikuak kembali ke bawah kepaknya. Eram semua." "Apabila menetas baru tahu tembelang atau tidaknya."


Banyak lagi cerita-cerita motivasi yang ada. Jika berminat untuk meningkatkan lagi kualiti diri anda belilah buku ini.

di petik dari blog http://cikgukhairiza.blogspot.com/













Sunday, October 25, 2009

Cucur Udang vs Cucur Badak

Aku amik dari facebook ex-classmate masa aku 4&5 science 92/93 - shahrizan burhanudin
Di suatu pagi,sorang mamat ni pegi la beli kuih kat sorang makcik ni. Dia tengok semua cucur udang makcik ni jual takde pun udang ditengah-tengah cucur tersebut...lalu si mamat ni pun tanye....


Mamat : Makcik,apasal semua cucur udang makcik takde udang? Bukan ke selalunyer orang jual ada udang kat tengah cucur tu.

cucur udang orang lain... bukan makcik ni punya...

Dengan muke selambernyer. ..makcik tersebut menjawab...

Makcik : Eh,makcik tengok orang jual cucur badak takde pun diorang letak badak..so,makcik pun takde la nak letak udang...

Mamat : *&^^%&*&^%$#%&%







cucur badak... Ada nampak badak????

Monday, October 05, 2009

Reunion Raya 2009 Tingkatan 4dan5 Science 94/93 SM Air Tawar, Kota Tinggi


Reunion Raya 4&5 Science SM Air Tawar, Kota Tinggi.
Yang datang cuma 5 keluarga jek drpd 28 org..,sedey...
Dari kiri : Ramli(suami Rosmah), Rosmah. Norhazlina, Shahrizan, Cikgu Salmah(isteri shahrizan), Iswani, Diniha, Safrizal(suami Diniha).
Yang amik gambar suami Iswani.
Tarikh : 23 Sept 2009
Masa : 4.30 petang
Tempat : Rumah Diniha (Felda Air Tawar 1)
Semoga, reunion kita tahun mendatang akan bertambah kehadirannya.
p/s - Reunion seterusnya...Hari Keluarga tahun 2010.
Tarikh : Cuti sekolah bulan Mei 2010
Lokasi : Masih dalam perbincangan. Ada cadangan ??
Jom kawan...lama tak dengar berita!!

Tuesday, September 01, 2009

SOALAN PERCUBAAN PMR NEGERI2 LAIN


Setakat ini, cikgu cuma dpt soalan percubaan PMR 2009 Sabah, Kedah dan SBP jek.

Mungkin negeri lain mengabil tindakan yg sama dgn negeri Johor.

Soalan dan jawapan hanya boleh dibincangkan pada minggu ke-2 slps cuti semester.
Ini adalah kerana memberi laluan kpd para pelajar yg suspek H1N1/Tidak hadir kerana demam teruk utk menduduki peperiksaan tersebut.

Cikgu akan upload soalan negeri Johor pd Jumaat 4Sept09.


Terima kasih kerana terus melawat blog cikgu.


Friday, August 28, 2009

Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia


Pakar Ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh....
Aku mula mengenali Prof Ismail sejak aku buat tesis utk ijazah aku.
Sebenarnya, aku nak sangat inteview Prof sgb bhn awal kajian tapi selepas beberapa kali appointment di aturkan..buka rezeki aku bersemuka dgnnya. Aku dpt info dgn pegawai MAB - Majlis Orang Buta Malaysia di Briekfields.

Masa nak siapkan tesis tu, tiap2 hujung minggu aku berulang alik dr tanjung malim ke Briekfields, tjg malim => UM dan tjg malim => UKM. Sebab responden di UPSI cuma ada 2 org jek.

Tapi penat lelah aku berbaloi, selain dpt info yg memang tak pernah terfikir pun sebelum ii tentang betapa sukarnya pelajar U yg buta ak survive di universiti. tabik spring aku kat depa.
Aku dpt A utk tesis nie dan pensyarah aku mencalonkan tesis aku utk wakil UPSI di seminar kebangsaan di IOI Putrajaya....klik sini
(http://rosmah.blogspot.com/2006/05/tesis-mahasiswa-buta.html) utk citer lanjut....

Aku sentiasa mengikuti berita terkini beliau....

* Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai Senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia.

* Allahyarham juga ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS),

* Dilantik sbg Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings

* Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

* Menerima anugerah Guinness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.

* Melanjutkan pelajaran di University Illinois pada 1973.

* Memulakan tugasnya sebagai pensyarah Jabatan Ekonomi Analisa Universiti Kebangsaan Malaysia sekembalinya ke tanahair.

Berikut citer tentang tesis aku...

http://rosmah.blogspot.com/2006/05/tesis-mahasiswa-buta.html

http://rosmah.blogspot.com/2007/10/bersama-lecturer-pn-norzuhaidah-sebelum.html

SEMANGAT JUANG BELIAU AKU KAGUMI


Wednesday, August 26, 2009

PERLIS - SIRI SOALAN PERCUBAAN PMR 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009
PMR TRIAL EXAM 2009
[PERLIS]

Mathematics 2

http://www.scribd.com/doc/18984100/Trial-Pmr-Perlis-2009-Matematik-Kertas-2
kredit utk cikgu wakubakini.

Friday, August 21, 2009

SELAMAT BERPUASA

KEDAH - SIRI SOALAN PERCUBAAN PMR 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009
PMR TRIAL EXAM 2009
[KEDAH]
Mathematics 1
http://www.scribd.com/doc/18851134/2009-kedah-ppmr-mm-1
Mathematics 2

http://www.scribd.com/doc/18851421/2009-kedah-ppmr-mm-2
kredit utk cikgu wakubakini.


Tuesday, August 18, 2009

SABAH - SIRI SOALAN PERCUBAAN PMR 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009
PMR TRIAL EXAM 2009
[SABAH]
Mathematics 1
http://www.scribd.com/doc/18421659/Math-Sabah-Trial-PMR-2009-Paper-1
Mathematics 2
http://www.scribd.com/doc/18421673/Math-Sabah-Trial-PMR-2009-Paper-2

Sunday, August 16, 2009

Sekitar Majlis Anugerah Bintang dan Pingat PPM Peringkat Negeri Johor 2009

7 Ogos 2009
6.00 ptg sampai JB lepas suami balik solat Jumaat
Alhamdulillah..bilik disediakan
Lepas solat Mghrib...pi makan malam.
Lama kami tak jln JB. Kami mkn kat Larkin Perdana.
Larkin Perdanan nie merupakan
Lokasi meeting ADC JB era arwah Cikgu Adnan (Bekas DC JB).
Lepas makan...tugasan bermula

Set Pingat PPM, Sijil KPN dan pingat 100 tahun Pengakap.
Susun tag nama dan buku program.

8 Ogos 2009
Majlis pendaftaran bermula seawal 7.30 pagi
Raptai 10.00 pagi
Majlis bermula pada 10.45 pagi setelah Ketua Pengakap Negara sampai.

AJK lain nampak batang hidung, ada yg bertugas dan ada yg buat-buat lupa tugas.
kalau ikutkan. aku AJK buku program. buat buku program, uruskan percetakan dan edarkan masa majlis. kerja aku dah beres.

So, aku bantu bhg pingat dan sijil coz tak de org. Lagi pun majlis nie suami aku s/u nya. aku tolong setakat yg aku mampu.

aku bawa bantal pingat. bila turn aku dapat pingat, kak bib plak yg bawa bantal...
rasa mcm kelam kabut. mana ntah ajk bertangjwb bhg ni.tapi majlis berjalan dgn lancar.
cuma ada seorg penerima kalungan manikayu tetiba masuk baris tanpa buat pendaftaran. jadinya, sijil dan manikayu beliau ada di bwh meja.

Satu kes lagi, sijil kepujian tertukar A ke B, B ke A. dah label tapi isi tertukar. maybe terlepas pandang. aku mengaku salah aku. tapi sepatutnya ajk pingat&sijil yg check.


Habis majlis terus ke Kg Pasir Putih Pasir Gudang.
Melawat kematian ayah Norhazli Mohamad yg juga merupakan ayah mertua Eliza Mokhtar. Mereka berdua nie suami isteri. ADC JB. Dua-dua geng aku n suami masa jadi ADC JB dulu sampai le ni. Hazli dapat pingat Baik n Eliza dpt Sijil Ketua Pengakap Negara pagi tadi. Tapi tak pegi coz arwah tengah tenat.
Kami hanya sempat mengiringi jenazah ke kubur.


Gambar penerima pingat dan sijil


Suami aku, Cikgu Ramli Ibrahim menerima Pingat Perkhidmatan Setia dan
Pingat 100 Tahun Kepengakapan di Malaysia.


Apa yg dibincangkan oleh Cikgu Ramli dan Hj Maskun nie???
Bussy betul suami aku. Aku membantu mana yg patut.
Lega rasanya majlis dah selesai.
Kes-kes berbangkit tu...biasalah...


Wednesday, August 05, 2009

Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Kebesaran Pengakap Malaysia

Majlis ni akan diadakan pada 8 ogos 2009 (sabtu ni) jam 10.30 pagi di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru.

Pingat-pingat dan sijil dah sampai umah aku. Suami aku selaku setiausaha/PPN Johor unit Pentadbiran bertggjwb menguruskn pingat n sijil tersebut. Terasa bangga bila semua pingat berada di dalam rumah ku dan dpt lihat dan pegang.

Aku n suami mula bertolak ek Hotel Seri Malaysia, JB lepas solat Jumaat. Mlm siapkan kerja n pagi jam 8.30 ada raptai. Semoga semuanya akan berjalan lancar.

Pada majlis tersebut, ramli dpt pingat setia dan pingat 100thn dari pengakap negeri. aku dpt pingat baik dan pingat 100 thn jugak.
Ya Allah...semoga majlis tersebut berjalan lancar hendaknya.



Wednesday, July 22, 2009

Gambar Sekitar Hari Terbuka dan Hari Keusahawanan SMK Dato' Syed Esa 2009


Ada banyak lagi gambar boleh di lihat di album cikgu.
Sila klik :
Selamat menjamu mata.

Hehehe...Tak jadilah tukar !

Akhirnya.. aku tak jadi tukar wajah blog nie...
puas pilih dan pilih dan pilih.....
Akhirnya........
Aku tak jadik tukar.....

Saturday, July 18, 2009

Ubah mood blog

Sesekali nak ubah mood blog. rupa yang sama terasa boring plak...

Sunday, July 12, 2009

Ciptaan Allah S.W.T itu Sungguh Menakjubkan...

Allah memberi petunjuk makanan yang terbaik untuk tubuh kita.

Agaknya sudah beribu kali anda mendengar atau membaca ungkapan ini, "Anda adalah apa yang anda makan". Oleh itu memilihlah bila makan. Kearifan orang dahulu tentang permakanan kini disahkan oleh kajian sains. Setiap makanan berkhasiat mempunyai corak menyerupai organ tubuh atau fungsi fisiologikal yang menggambarkan faedah makanan tersebut kepada seseorang yang memakannya.

Berikut beberapa contoh apa yang dimaksudkan:


Karot yang dihiris kelihatan seperti mata manusia. Pupil, iris dan garisan jejari seakan-akan mata manusia. YA, sains telah membuktikan karot membantu pengaliran darah ke dan dari mata serta fungsinya.



Tomato mempunyai empat ruang/bilik dan berwarna merah. Jantung kita berwarna dan mempunyai 4 ruang. Kajian juga mendapati tomato sarat dengan likopin yang merupakan sumber makanan jantung dan darah.




Anggur tergantung dalam kelompok yang mempunyai bentuk seperti jantung. Setiap biji anggur kelihatan seperti sel darah. Kajian-kajian yang dijalankan dewasa ini menunjukkan anggur adalah makanan yang memberi tenaga kepada jantung dan darah.







Kacang walnut kelihatan seperti otak, ada hemisfera kanan dan kiri, sereberum atas dan sereberum bawah, malah kedutannya menyerupai neo-korteks. Kacang walnut membantu peningkatan pengeluaran lebih 3 dozen neuron-transmiter untuk otak berfungsi.



Kacang merah besar (sedap buat pengat) membantu merawat dan mengekalkan fungsi buah pinggang. Ya kacang bunus nampak betul-betul seperti buah pinggang manusia.




Sayur saderi, bok choy, rubarb dan banyak lagi kelihatan seperti tulang. Sayur-sayuran ini adalah untuk kekuatan tulang. Tulang mengandungi 23% sodium, begitu juga dengan sayur-sayuran ini, 23% sodium. Sekiranya permakanan anda tidak mempunyai cukup sodium, tubuh anda akan mengambilnya dari tulang dan membuatnya menjadi tidak kuat. Makanan ini menggantikan kehendak skeletal badan kita.

Buah avokado, terung, pear pula menyerupai rahim dan serviks wanita. Kajian terkini menunjukkan apabila seseorang wanita memakan sebiji avokado setiap minggu, hormonnya seimbang, membuang berat badan setelah bersalin dan mencegah kanser serviks. Sebenarnya, avokado mengambil masa 9 bulan dari masa benih sehingga buahnya masak. Juga terdapat 14,000 khasiat kimia fotolitik dalam setiap buah. Pokok avokado mengeluarkan buah masak dalam tempoh sembilan bulan selepas ia berbunga.

Buah tin atau buah ara mempunyai biji yang banyak dan bergantungan di pokok dua setangkai. Buah ara dapat meningkatkan pergerakan dan bilangan sperma lelaki serta meningkatkan jumlahnya. Juga mengatasi masalah kemandulan lelaki. Agaknya ia menyerupai apa? hehe..jangan ingat lain tau..ini ilmu...



Keledek menyerupai pankreas dan ia mengimbangkan indeks glikemik pesakit kencing manis.




Buah zaitun pula baik untuk kesihatan dan dapat membantu fungsi ovari.






Limau, lemon, oren dan grapefruit serta buah-buahan sitrus kelihatan seperti kelenjar susu/mamari wanita. Sebenarnya buah-buahan tersebut dapat membantu kesihatan payudara dan pergerakan keluar masuk limfa dari payudara.


Bawang besar kelihatan seperti sel tubuh. Kajian masa kini menunjukkan bawang besar dapat membantu membersihkan bahan sisa dari sel-sel tubuh. Ia juga boleh menyebabkan air mata yang membasuh lapisan epitelial mata. Begitu juga dengan bawang putih yang dapat membuang radikal bebas dari tubuh manusia.


Menakjubkan kan ???


Dipetik dari Surat Berita MAKNA neoplasia dan Blog Info Kesihatan
http://www.wanibrahim.com/sihat/2008/04/anda-adalah-apa-yang-anda-makan-bhg-1.html