Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Monday, November 16, 2009

Panggilan Pertama dari Tanah Suci Mekah

Terharu tetiba dalam jam 11.50 handphone berdering tatkala di bilik guru. Nombor phone sapa nie??? banyaknya angka?? sementara tu terfikir...abang agaknya...guna no phone arab saudi.

lantas ku jawab..BETUL abang call. terharu seketika..terasa abang berada di sebelah. Baru sehari berjauhan..rasa lain pulak. yelah..kami nie selalu bersama...satu sekolah, minat sama=pengakap...selalu ke mana2 aku pergi mesti dengan abang... sunyilah pulak.

berbalik dengan panggilan dari insan tersayang...
Abang naik kapal terbang jam 12.00 tengahari di senai. sampai Jedah jam 4 petang(masa nie dah guna waktu arab saudi- beza masa 5 jam dgn m'sia)...dalam pukul 11 malam sini. sampai hotel kul 1pagi.

Semoga abang sihat tubuh badan sepanjang menunaikan ibadah haji. semoga segala amalan diterima Allah S.W.T. Amin...

0 comments: