Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Saturday, May 14, 2011

Kenduri Yasin Blok 17 Felda Air Tawar Satu


Kenduri Yasin, Blok 17, Felda Air Tawar Satu, Kota Tinggi, Johor


Petikan kata-kata kakak ku, Ruzila Abdullah....

"alhamdulillah majlis yassin berjalan lancar ...inilah dia warga felda generasi pertama ...semuanyer kian uzur nampaknyer....semuanyer kawan2 abah satu blok ...blok 17 ........namun generasi kedua pun ada yang turut serta ......itulah dia kelebihan yang FELDA beri untuk menaik taraf kehidupan bangsa n negara ...amin...tapi kekadang ada sebilangan peneroka
yang terlupa segala kebaikkan yang FELDA dan kerajaan beri pada , bersyukurlah ...amin...


Abah, gembira anak-anaknya balik tatkala kenduri yasin kali ini.


Mak, antara orang yang sibuk sebagai ketua operasi kenduri yasin kali ini.
Selamat Hari Ibu, Mak.

Setuju pendapat kak silah. Kita yang mengalami lebih tahu keadaan susah dulu... kalaulah tak ada PNF...takdernya kita dpt makan tatkala buah sawit turun naik dan 7 mulut nak disuap siang malam pagi petang... susah-susah kita di felda, masih boleh bela ayam dan tanam sayur, makan rambutan, tangkap udang, tangkap ikan dan...dan...bermacam2. memang hidup tak semewah taukeh kedai. tapi kita masih boleh makan n pakai. Cuma, susah hidup aku, susah lagi zaman along, abg nuzi n kak silah membesar. lagi hebat cabarannya...zaman sebelum abah dapat masuk felda....berjalan ke pelusuk kampung utk cari upah tebas rumput atau upah toreh getah.


Aku sering berkata kepada pelajar ku,

.... kadangkala, apabila kita tidak mempunyai apa-apa, kita akan berusaha bersungguh-sungguh utk memperolehi apa yang dihajati...


Hari ini, anak-anak muda hidup senang lenang... tak perlu belajar pandai sebab mak bapak akan kesian dan akan bagi duit poket.


Dulu, masa aku masuk maktab di terengganu, abah bagi duit RM50 masa pendaftaran. balik cuti semester dapat lagi RM50 untuk bekal satu semester. Cukup elaun maktab RM80 sebulan. kalau duit tak cukup, makan maggie...tapi duduk asrama, makan dah disediakan. balik kampung tunggu cuti semester utk cukupkan duit untuk beli tiket pergi dan balik serta buah tangan dari terengganu buat keluarga tercinta. walau terpaksa ikat perut utk kumpul duit tu...paling membanggakan, hasil simpanan duit yg tak seberapa, dapat beli walkman dan seterika...itulah harta pertamaku... hehehe....punyalah jakun waktu itu. walkman beli kat pasaraya the store berdekatan wisma darul iman...kalau tak salah aku lah...


0 comments: