Ad Code

Responsive Advertisement

CUTI SEKOLAH DISEMBER 2014 - SIRI 1

Lokasi Pertama
25 November 2014. Taman  , Parit Banjar, Teluk Intan Perak. Rakan Suami semasa belajar di Maktab Perguruan Ipoh Perak. Tuan rumah : Encik Kamal dan Pn Azlina. Malam menginap di Inn Hotel , Taman Seroja, Teluk Intan, Perak


        

Lokasi Kedua
26 November 2014. Menara Condong, Bandar Teluk Intan, Perak



Lokasi Ketiga
26 November 2014. Pulau Pangkor dan Lumut, Perak. Naik Feri 2.00 petang. Naik ke darat jam 5.30 petang. Tambang feri RM10.00 untuk seorang dewasa. Beli buah tangan ikan bilis, sedikit makanan ringan, keychain, topi Frozen dan baju Pangkor Piah.


Pertama kali naik feri. tak mahu dipegang. so excited!

Jeti Pulau Pangkor, Perak

Lokasi Keempat
26 November 2014. Teluk Batik, Manjung, Perak. Ke Jambori Antarabangsa Perak. Sekejap sahaja. kerana hujan mencurah. Kembali ke Hotel Penginapan di Garden Inn, Lumut, Perak. Sempat mendobi baju yg kotor.


27 November 2014
Masih di lokasi yang sama. Waktu pagi selepas sarapan. Kembali ke tapak jambori. Melawat kontinjen Johor. Ketua kontinjen Tn Zaki bin Azman - DC Pontian. melawat ke tempat lain melihat aktiviti yg dilaksanakan. sanga seronok. lama tidak berjambori. kali ni bersama Piah. sempat makan di cafe yg disediakan.
Menarik : Replika Masjid Ubudiah Kuala Kangsar menggunakan buluh dan ikatan. Simbolik jambori kali ini.
Penghargaan : Gambar yang diambil semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor tahun 2000 diambil oleh Pengakap Perak sebagai latar banting. banting tersebut digantung di daerah2 di Perak sebagai promosi jambori. Bangga pun ada. suami yang sedar sebab pada gambar tersebut terdapat calon pengakap raja dari SMK Dato' Syed Esa.






 Lokasi Kelima
27 November 2014. Sekali lagi ke Taman , Parit Banjar, Teluk Intan Perak. Rumah Encik Kamal dan Pn Azlina. Kali ini hadir kerana pelawaan makan tengahari. Cirit birit sebab makan mee goreng di cafe jambori pagi tadi. sempat makan pil chi kit teck aun. pertama kali dalam hidup makan pi tersebut. sebab tak tahan sangat. 4 kali ke tandas tuan rumah. malu pun ada. tapi terpaksa.


Lokasi Keenam
27 November 2014. Taman Pelangi, Langkap, Perak. Rumah yang memang target aka sasaran sebenar ke Perak. Rumah sepupu-anak kepada Atuk Rashid  bin Ibak. Adik kepada Atuk Asbah bin Ibak. arwah atuk saya-ayah kepada ibu saya. Ibu berpindah dari kampung Chikus, Perak ke Batu Pahat, Johr pada usianya 8 tahun ketika itu (Tahun 1953). Menyampaikankan hajat emak yg ingin bertemukan saudara. Juga atas urusan penyerahan pusakan. Malam menginap di Garden Inn, Taman Bukit Permata, Lumut, Perak.


Lokasi Ketujuh
28 November 2014. Batu 14 setengah, Lorong Segemal, Kampung Sawah Sempada, Tanjung Karang, Selangor. Melawat kakak arwah abah - Arbaiyah Othman. Agak kelakar sewaktu mencari rumah kerana semua nombor telefon yg dihubungi tidak berangakat. kami TERJAH! Makan tengahari di sini berlaukkan kerang besar. dapat ikan keli kering. beli ikan kering dan belacan di pekan tanjung karang.



Lokasi Kelapan
28 November 2014. Ke rumah rakan baik suami - Cikgu Sofian di Tanjung Karang. Makan tengahari lagi sekali di sini. 



Lokasi Kesembilan
28 November 2014. Sungai Buluh, Selangor. Rumah adik Nordin Abdullah dan Jasaliza Jaafar. Menginap di sini. Menyampaikan khabar dari Perak. Seronok banget si Piah. Jam 2 pagi masih belum tidur. Esok pagi dalam jam 9.30 bertolak ke MAHA.

Lokasi Kesepuluh

29 November 2014. MAHA, Serdang, Selangor. Melawat ladang lembu, kambing, ayam. tAK LARAT BERATUR. Kami balik. Merupakan lokasi terakhir. Cuti-cuti Perak 2014.







Post a Comment

0 Comments