Ad Code

Responsive Advertisement

Siri 2 Projek Rumah 3R : Kontraktor Ukur Tapak Rumah

Projek Rumah 3R (Ramli Rosmah RaisahSafiah)

Siri 2

25 Julai 2020

Kontraktor Ukur Tapak Rumah

Pada pukul 2 petang, bertempat di tapak rumah di Senggarang, Batu Pahat, Johor.

Cadangan dari pihak saya dan suami pada awalnya hanya nak berjumpa Ghani, kawan sekelas saya dari darjah 1 hingga tingkatan 2. Kawan sekampung. Hajatnya nak bina rumah menggunakan khidmat kawan baik. Tetapi yang datang bos besar dia yang agak tegas dan garang. kami agak kurang selesa. Tak semena-mena tertandatangan resit persetujuan untuk bayar deposit dan kos rumah.

Tapi, di akhir mesyuarat tu, kami bagitahu kos sebenar rumah bergantung pada pinjaman bank yang saya dapat nanti. Alhamdulillah. walau boss Khalid terdiam, tapi akur. Kami nak bina rumah tapi biarlah jangan sampai berhutang keliling pinggang. buat menikut kemampuan yang ada.







Post a Comment

0 Comments