Ad Code

Responsive Advertisement

Suami Naik Pangkat GKMP Sains Kemasyarakatan SMK Datin Onn Jaafar



27 Disember 2020 - Khamis

Suami mendapat panggilan dari pejabat sekolah mengatakan pada hari Ahad jam 2.30 petang perlu hadir ke Pejabat Pendidikan Daerah. Saya sebagai isteri terus dapat agak...suami dapat naik pangkat ni rasanya.


3 Januari 2021 - Ahad

Jam 2.15 petang suami bertolak ke PPD memakai baju korporat putih. Ada 3 orang lagi rakan guru yang turut ke PPD hari ini, Cikgu Zulkiply Taib, Cikgu Rosli Othman dan Cikgu Hajah Fauziah Mahmud.

Telahanku benar!

Suami dinaikkan pangkat menjadi Guru Kanan Mata Pelajaran Sains Kemasyarakatan di SMK Datin Onn Jaafar. Tahniah! melihat gaya suami, memang dapat jangka suatu hari nanti beliau akan menjadi salah seoran gpentadbir di sekolah. Kerana beliau memang ada karisma sebagai pentadbir.

4 Januari 2021

Suami melapor diri di sekolah baharu, SMK Datin Onn Jaafar.


7 Januari 2021

Mesyuarat pengurusan SMK Datin Onn Jaafar

10 Januari 2021

Bertempat di bilik pengetua SMK Dato' Syed Esa, suami dan cikgu Zulkiply Taib melalkukan serah tugas, ucap terima kasih dan ketik akhir sebagai cikgu di SMKDSE. Suami berkhidmat di SMKDSE selama 16 tahun.

Semoga terus cemerlang sayangku.

In shaa Allah isterimu sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan dan semoga terus cemerlang dan dipermudahkan urusan. in shaa Allah. aamiin.


















Post a Comment

0 Comments