Ad Code

Responsive Advertisement

Kembang Bugang White Butterfly (Clerodendrum calamitosum)


Penjajah Tanah Malaya memanggil pokok bunga ini White Butterfly bush kerana pokok bunganya rajin memberikan banyak bunga kembang seperti rama-rama putih. Bukan sahaja bentuk bunganya menarik tapi bunganya juga berbau harum terutama di lewat petang. Nama jawanya dikenali sebagai Kembang Bugang. Bunga ini berasal dari Asia Tenggara tapi lebih biasa kelihatan di Jawa.

 

Nama latin/botani yang diberikan kepada pokok bunga 'Kembang Bugang' ialah Clerodendrum calamitosum.

 

Daun pada batang pokok Kembang Bugang adalah berwarna lebih pekat dari daun di batang yang muda.  Pada pucuk daun, bunga white butterfly yang akan kembang tidak lama lagi. Pokok bunga Kembang Bugang tidak memerlukan banyak perhatian dalam penjagaannya tapi rajin berbunga. Salah satu point bagus pokok Kembang Bugang ialah ia boleh juga hidup di kawasan yang kurang menerima cahaya matahari ~ 4 jam dalam sehari. Oleh itu, bagi gardeners yang mempunyai kawasan yang menerima separa cahaya matahari yang tidak produktif, boleh cuba menanam pokok Kembang Bugang untuk memeriahkan tempat tersebut. Setelah kuntuman bunga white butterfly luruh, yang menariknya tinggallah 'sepal' di belakangnya berwarna merah seakan bentuk bintang merah. Kadangkala tumbuh buah berbentuk guli berwarna merah pekat.

 

Buah pokok Kembang Bugang juga mempunyai kegunaan dalam perubatan traditional. Pokok kembang bugang adalah satu pokok yang sangat mudah tumbuh di kawasan tanah rendah tanahair kita tanpa sebarang penjagaan pun. Malah keistimewaan pokok ini ialah seluruh pokoknya mempunyai nilai perubatan tradisional.

 

 

Khasiat

Akarnya dapat membantu merawat patukan ular berbisa.

 

Pertumbuhannya juga pantas dan mengambil masa cepat berbunga seperti pokok zinnia atau cosmos yang dikategorikan pokok annual walaupun pokok kembang bugang adalah pokok perennial.

 

 

Pokok kembang bugang berkembang bunga di tempat yang tidak beberapa menerima cahaya matahari boleh nampak beza bayang sinaran matahari kan. Kesimpulannya, dekat full sun, partial sun atau light shade pun pokok kembang bugang hidup bahagia dengan sendirinya. Sebagai contoh, walaupun dalam keadaan sempit self-seeded anak-anak pokok kembang bugang boleh berjayanya tumbuh tinggi menceriakan spot di gambar bawah. Bila berbunga nampak macam sekumpulan rama-rama putih berterbangan. Ianya boleh tumbuh dengan ketinggian lebih dari 70cm.

 

Pokok kembang bugang juga memberikan double happiness. Bila bunganya layu macam tiba-tiba ada bunga lain pula jadi pengganti seperti bintang warna merah. Gugur bunga putihnya tinggallah sepalnya yang rupa seperti bintang merah dan jika ada rezeki menghasilkan berry berwarna hijau. 

 

 


Post a Comment

0 Comments