Satu penghormatan kepada pergerakan Pengakap apabila
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Istiadat Pemasyhuran Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia di Dewan Seri Bendahara Istana Negara, hari ini (3 Disember 2025).
Alhamdulillah.
Masih menyimpan gambar-gambar lama sewaktu KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mencemar duli menghadiri program anjuran Pengakap Johor.
Menjunjung Kasih Tuanku.
Kredit kepada Cikgu Mohamad Sindi Sabilan yang menjadi kameraman merakam gambar tersebut. Saya bertugas sebagai urusetia ketika ini. belum bermain dengan kamera lagi.
Gambar terakhir adalah gambar semasa Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Anugerah Pengakap Raja tahun 2011 di UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.





0 Comments