Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Sunday, May 20, 2007

Antara Kejayaan sepanjang 1/2 thn 2007

Pertama : Aku punya idea utk buat cover buku panduan guru sekolah bagi tahun 2007 dipilih oleh pihak pentadbir dan dipersetujui oleh pengetua. berbangga coz aku baru masuk 4 bulan kat smk jln kolam air batu pahat nie.

Kedua : Aku menang peraduan Gemilang Bersama Bintang anjuran berita harian. alah..bagi anugerah bintang popular 2006. aku dapat tempat kedua. dapat rantai dan loket berlian, pembesar suara mp3 dan tiket ke anugerah. tiket tu aku bagi pada adik aku kat kl. yg lain aku amik. alhamdullilah...

Ketiga : aku punya cover bagi Buku Program Anugerah Kecemerlangan Guru peringkat daerah Batu Pahat terpilih dan dipersetujui. bangganya... PPD setuju dan pilih cover aku.
Keempat : Aku telah selamat dilantik ke DG41 pada 1 sept 2007. alhamdulillah....

Kelima : Aku telah membangunkan software guna authoware mathematics bertajuk POLYGON. Dalam masa 3 hari siap..ala kadar jerk coz masa suntuk. software tu utk bertanding dalam pesta math sains daerah batu pahat. aku buat sorg jerk. ingat2 balik apa yg tn hj shukor pensyarah IPDA ajar masa aku amik paper multimedia. Aku dapat Naib Johan dalam pesta daerah tersebut. Bangga Gak..heheheh...next year..aku nak jadi Johan..Tungguuuu.....

0 comments: