Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Sunday, May 20, 2007

Kegembiraan dan Kesedihan...tawakal pada kuasa ALLAH

Gembira
Setelah agak lewat 'datang bulan', dan rasa semacam jerk.. pada 19 April 2007 jam 9mlm selepas suami balik dari surau aku bersama suami tersayang pi klinik. Petang tu aku try pregnant tester 2x. keduanya positif. hati ku terdetik kegirangan. malam tu doktor di Klinik Min mengesahkan aku hamil masuk 3 minggu. Girangnya dalam hati. SUKUR PADA ALLAH. Balik tu aku sujud syukur pada ALLAH. ALLAH MAHA BERKUASA. Jun 2007 nie genap perkahwinan ku 3 tahun. tentunya kehadiran baby ini amat kami nantikan. Alhamdullilah...


Sedih
10 Mei 2007
Tapi, sebagaimana yg telah kita ketahui, ALLAH ITU MAHA BERKUASA! Pada 10 mei 2007 aku ke klinik Min utk pemeriksaan coz ada darah keluar sedikit. aku risau coz dah 2 hari. darah fresh plak tu. aku dah mula menangis, rasa mcm sesuatu akan terjadi. dr scan, dia kata, ikut gambar bawah nie, patutnya dah 6 or 7 minggu dah ada tanda titik sekurang-kurangnya - katanya jantung. dan katanya jantung atau ketulan daging dah mula terbentuk kecil. tapi belum berbentuk rupalah. tapi dalam 'sack' atau kantung tu, kosong, tak ada janin. doktor suruh aku rujuk ke pakar.


11 Mei 2007
Esoknya jam 3 ptg lps balik mengajar, aku pi PUTRA Specialist. Dr Selvam kata kandungan aku muda lagi, so, dia suruh datang 2minggu lagi. pastu dia bagi suntikan. Malam, lepas aku solat maghrib, mengaji, solat isya', mengaji tiba-tiba perut rasa sakit semacam. aku baca surah taubat, minta Allah kurangkan sakit. Alhamdulillah, sakit ku reda. Pastu aku tengok tv. suami masih belum balik masjid. selalu dia balik jam 9.30 lps dengar ceramah agama. 8.45 darah mula keluar banyak..dan banyak..dan banyak...aku berdoa mudah-mudahan suamiku dihatinya terdetik utk balik awal. jam menunjukkan jam 9 mlm. darah tak henti mengalir. aku rasa aku sudah tumpah darah. aku takut pengsan coz darah keluar banyak, kurang darah n pengsan. aku nekad ke rumah jiran. suruh panggilkan suamiku disurau. masa aku pi umah jiran tu, darah mengalir laju turun di celah kakiku. mcm drama 'chah' lakonan ida nerina tu jerk. suami ku sampai umah, packing barang trus anta hospital. aku masuk wad 6 katil 16. Masa kat umah tu, kantung tu kluar dah. masa nak amik air kencing kat hosp, uri dia plak kuar. sekali lagi aku menangis...sebak..sedih...mlm tu servik ku kena seluk doktor, sakit rupanya. dia kata dah bersih. tapi tunggu scan esok.




12 Mei 2007
Pagi sabtu tu jam 11.00 aku di scan oleh doktor. alhamdulillah. dr kata serviks aku bersih. ttak yah cuci (D&C-katanya sakit!). tiba-tiba dr kata, angkat punggung, buka kaki... aku terfikir dan dgn spontan bertanya "Dr nak seluk ke ?" dr tu lantas menjawab "ya". terus seluk...arghhh sakit beb! dia kata confirm bersih... darah keluar tu biasa. mcm darah nifas gak.


Thanks pada kakak aku dan familynya =>kak yot (salasiah) dan ishak(abg sahak) kerana melawat dan byk bagi panduan pada kami. tak lupa pada mak ngah, naa pey chee(na), norlida(ada), syarifah norfisah(icah) dan norazah(kak azah) di atas lawatan kalian.


Belum rezeki lagi. Kandungan ku tak sihat. Allah lebih menyayanginya. Alhamdullilah..suami ku amat memahami. dah masuk 8 hari aku kuar wad. sekarang dok umah. esok masih cuti (masuk ming ke-2). tunggu paper math dan geog utk ditanda. kesian murid-muridku. nasib baik...aku sempat mengajar tajuk2 yg akan kluar peksa. math = chap 1-7, geog=chap 1-8. aku ngajar form 3 di SMK Jalan Kolam Air, Batu Pahat, Johor.

0 comments: