Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Friday, April 11, 2008

Masuk Wad

Pagi Rabu 9 April 2008,

Bila bangun pagi, macam ada kesan coklat sket. takut gak perkara lama berulang. aku nekad ke klinik kesihatan utk uat pemeriksaan. hasil pemeriksaan, doktor menahanku dan mengarahkan seorang staf klinik membawa aku ke hosp batu pahat. naik ambulance tuuuuu...

Sampai hosp BP, (masa lalu tepi sek tu...sempat gak jengah2kan kepala-nampak budak tenis jerk tgh latihan). aku dihantar ke unit kecemasan. naik kerusi roda di sorong ke wad 6. kena tahan wad. tak sangka ya...asalnya nak chek kat klinik jer.. sudahnya kena tahan wad.

Pelbagai pemeriksaan yg dijalankan, kandungan ku selamat. doktor kata mungkin ini cuma threatened abortion. Alhamdulillah...selamat. Petang dalam jam 6 lebih aku dah bleh kluar wad.

Doktor scan, dia kata dah 4 minggu 2 hari kandungan ku. Alhamdulillah.

Ya ALLAH... aku tahu bahawa hanya Engkau yang boleh menentukan segalanya. Aku bermohon padaMu ya ALLAH, lindungilah kandunganku ini sehingga selamat dilahirkan dan membesar menjadi anak yang soleh. Amin.

Aku dapat cuti 2 hari 9 dan 10hb. 11hb (jumaat) aku dtg sekolah. cikgu2 lain bising....kenapa tak sambung cuti....jalan pelan-pelan....dan pelbagai nasihat yg diberikan.

Terima kasih semua kerana memahami.
Terima kasih buat suami tercinta kerana sanggup meluangkan masa utk isterimu dlm kesibukkan pertdgn bola sepak daerah.

Terima kasih Ya Allah...di atas segalanya yang telah Engkau tetapkan untuk ku. Amin....

0 comments: