Ad Code

Responsive Advertisement

Rumah FELDA dulu


Teringat aku semasa kecik-kecik...inilah rumah aku duduk bersama adik beradik seramai 7 org. waktu tu, buah sawit xkluar hasil lagi. mak abah buat apa kerja2 utk beri kami mkn.

Aku puas hidup sebagai kanak2 kampung.

Makan limau kasturi dimasak sambal pun ada. nasi+kicap+ikan bilis... memang sedap...
Tanam kacang tanah, cabut sepokok boleh dapat semangkuk kacang tanah...emm..rebuslah apalagi....

Mandi sungai, sauk udang, sauk ikan pastu goreng buat lauk...emmm..manis udang fresh...
Sauk punya sauk, berlaga dgn org asli seletar cari labi-labi. org asli makan labi2.

Main perang-perang guna tanah liat, galah panjang, sembunyi ibu, getah, polis pencuri, konda kondi, pondok2, masak2, khemah bwh pokok ubi kayu, entahlah.... semua aku main. main congkak kami buat lubang kat bawah rumah. Puas rasa jadi budak kampung.

Kena rotan, sebat, cubit tu biasalah....baju dah kotor, xkan mak n kakak senyum jer kot....

Bila aku surf tenet, ternampak umah ni, sayu hati melihat betapa payah jerihnya abah n mak nak bagi kami hidup.

Abah dan Mak...
semoga ALLAH ampunkan segala dosa dan ditempatkan di dalam syurga. Insyaallah.
Jasamu tak terbalas.

Januari 2008...Umah abah n mak dah diroboh...buat umah batu. dah siap ponnn...sebelum nie abah pernah ubahsuai, atas kayu, ruang tengah n dapur batu. la ni, anai2 dah ratah umah atas, semua dibatukan. selesa mak abah.

Post a Comment

1 Comments

ROSMAH ABDULLAH said…
Sila tinggalkan pesanan. lepas tu click ajer kat ANONYMOUS. then, click PUBLISH YOUR COMMENT.Pastu siappppp!!!! semoga sudi memberi cadangan...