Ad Code

Responsive Advertisement

Tak Ada Rezeki...Aku Pasrah

3.55 pagi 8 Mei 2008

Bayi itu mungkin ditakdirkan bukan untuk ku kali ini.
Jika milik ku, aku pasti ALLAH lindungi aku dan selamatkan kandunganku.
Aku pasrah untuk kali kedua.
Aku bertekad, pada kali ketiga kelak, akan ku pastikan akan berehat sepuasnya dengan memohon cuti tanpa gaji selama 3 bulan.

Itulah naluri seorang wanita yang terlalu ingin melahirkan bayinya sendiri.
Ya Allah, permudahkan lah untuk ku mendapat zuriat sekali lagi.
Kerana ku tahu, hanya Engkau yang berhak menentukan segalanya.
Aku pasrah...

Untuk Suami tercinta...
Terima kasih di atas sokongan dan bantuan yang abang berikan.
Aku dapat gambarkan betapa utuhnya kasih sayang kita.
Tanpa abang... hidup ini tidak lengkap rasanya.
Untuk keluarga... terima kasih di atas sokongan moral.

Begitu juga untuk rakan-rakan seperjuangan dan murid yang disayangi.
Doakan dimurahkan rezeki untuk mengandung dan melahirkan bayi sendiri pada tahun 2009.

Post a Comment

0 Comments