Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Monday, March 16, 2009

Majlis Pertunangan Adik Ipar

Pada 8 Mac 2009 yang lepas, Adik ipar aku, Zaini yg kerja sbg pensyarah kat politeknik pasir gudang telah melangsungkan majlis pertunangannya. beliau mengikat pertunangan dgn orang parit besar, batu pahat. Jadi hujung minggu tersebut menjadi majlis kumpul sudara mara sebelah suamiku, ramli. Hantaran digubah sendiri oleh zaini dgn bantuk kak long. Insyaallah majlis nikah akan dilangsungkan hujung thun nie gak lepas raya haji.

Hantaran sebelah pihak lelaki.
Sirih junjung yang jinjang.


Rombongan pihak kami.

Zaini begitu tekun menggubah sirih junjung. Uniknya sirih junjung nie, 2 tingkat dan tengahnya ada buah limau nipis, limau kasturi, emon dan plum. Kreatif betul zaini nie. maklumlah utk bakal tunang tersayang.
Ramli, abang ngah yg turut mencuba mengangkat sirih junjung 2 tingkat. berat tu!!!

Hantaran sebelah pihak pompuan.


Amy, tunang zaini. juga seorg pensyarah politeknik pasir gudang. lulusan IT tapi ajar Maths. mcm aku. welcome to the club buat Amy. Join club menantu Ibrahim. ini masuk ke-4.

0 comments: