Ad Code

Responsive Advertisement

Lama Tak Camping masuk hutan

Tetiba sorg member bertanya...
"mah, cuti nanti tak jalan mana ke? aku nak pi camping lah. lama tak masuk hutan... macamana ek kalau nak bawa family aku??". Betullah...aku pun dah lama tak masuk hutan. masuk kem tu biasalah...

salam... berikut antara tips nak masuk hutan...best tau bila dengar bunyi cengkerik apatah lagi dpt mandi sungai..pergghhhh susah nak cakap!!!

Berikut saranan aku ;
1. Khemah yang kita boleh diri didalam. mudah untuk salin pakaian dan solat. Tapi guna khemah biasa pun ok. cuma kena bawa satu kembes yg bersih utk tempat solat. Kalau khemah tu; Pastikan ada dua layer; khemah murah pun tahan lama jika sanggup spray dengan water repellent dan juga mesti dua layer pastu lepas guna mesti jemur kasi kering2. Kenapa 2 layer... supaya masa hujan, khemah tak bocor.
2. Sleeping bag yang nipis... ikut budget, satu sebagai alas, satu lagi sebagai selimut bila tidur dengan famili... cam toto.
3. Lapik lantai. (tak le kesejukan bila tidor sebab tanah ni sejuk waktu malam) alas bawah lantai khemah dengan plastik nipis yang biasa di pakai masa kenduri dibuat alas meja, selain tahan dari sejuk juga meyelamatkan khemah dari kotor.
4. Set masak. dapur (pakai mini stove tu. murah dan gas nya pun murah)
5. Set periuk belanga.. pakai biasanya pun tak pe. kuali bertutup(boleh buat kukus) periuk, cerek.. cawan dan pinggan serta sudu. Tapi kalau bujang-bujang jek yg pegi, bawa mess tin. Kalau berhajat trekking.. minimakan barang tersebut.
6. Set baju hujan. (dispossible pun tak pe) tambahan beg plastik untuk baju dan seluar kering yang diseal, hanya dibuka bila mau salin pakaian utk balik, boleh jadi bantal masa tido. kadang-kadang beg masuk air hujan dsbnya..
7. Lampu (gas atau batteri) kalau biasa camping malam malam.tali temali. Takde lampu gas, bawal lampu karbaid.... jimat hehehehehe tapi awas... jauhkan dari khemah, kut terlanggar binatang atau sendiri ada tersepak. Lampu gas, lampu karbaid dan gasolin adalah merbahaya dan jgn bawak masuk dalam khemah yang tertutup, banyak kes kematian adalah disebabkan perkara begitu. Bawak lampu picit jer jika perlu guna dalam khemah
8. Ubat nyamuk, tuas untuk bersihkan air.. (tak pun bawa le tong air 20 liter ke.) Pastikan net khemah sentiasa ditutup untuk halang segala serangga terbang dan masuk dalam khemah.
9. Ubat halang binatang (belerang le tu)
10. Wisel (untuk keselamatan).. cangkul, parang.
11. Kalau biasa kat laut sungai. life jacket.
12. Beg. untuk simpan makanan keringape lagi ye.
13. Tikar getah ke pelastik ke... (best o tidor malam berbumbungkan langit)
14. Pastikan anda memberitahu seseorang berapa lama anda pergi, dan jika anda tak kembali dlm jangka waktu ditetapkan, berikan masa kecemasan selepas masa kecemasan... teleponlah sepatutnya....

Post a Comment

0 Comments