Andainya Mereka Faham Diriku

Andainya Mereka Faham Diriku
Jikalau permintaan saya diperkenankan pihak pentadbir,

ingin saya diberikan tugas baru pada tahun 2015.

Bermula posting 2006, saya mengerja dan menggodeh komputer peperiksaan sendirian.
Kini 2014 - sudah 8 tahun.
cermin mata makin tebal,
mata berair bila tengok nombor kecil-kecil.

Mudah-mudahan doa saya dimakbulkan Allah.
Insyaallah. Aminn
Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Wednesday, June 10, 2009

RAJA SHAMRI RAJA HUSIN

Tahniah untuk semua pelajar yang datang dan setia mendengar ceramah motivasi oleh YM Raja Shamri Raja Husin pada 3O Mei 2009 dari 7.30 pagi sampai 5.00 petang di Dewan SMK Dato' Syed Esa, Batu Pahat.

Untuk pengetahuan, Raja Shamri inilah yang telah memberikan buah fikirannya untuk menghasilkan iklan Petronas sempena Hari kebangsaan Tahun 2007.



“Jalan Mesti ke Depan, Bukannya Ke Belakang”.

Ingat tak tagline tu?? Sedikit sebanyak, jalan cerita untuk iklan Petronas trsbt ada kaitan serta menyentuh kisah suka-duka dan perjalanan hidup beliau sehingga mampu mencapai tahap yang diperolehinya sekarang.

Beliau mengalami kecacatan pada sebelah kakinya sejak dilahirkan lagi. Kecacatan yang dialami semenjak kecil, kemiskinan keluarga telah menjadikan beliau seorang yang benar-benar tabah dan sentiasa mahu mengubah nasib diri, keluarga dan masyarakat. Biarpun dilahirkan cacat tanpa sebelah kaki dan sukar untuk bergerak namun ianya bukanlah penghalang untuk beliau mencipta kejayaan demi kejayaan di dalam hidupnya baik dari segi akademik mahupun kecemerlangan kepimpinan dan kokurikulum.

Kini, beliau telah berjaya menubuhkan Golden Minds Consultant yang telah memberi dorongan dan galakkan anak didik yg diberi ceramah berjaya dlm hidup masing2. Kehadiran beliau di merata tempat baik di sekolah, matrikulasi, mahupun peringkat Universiti.
Alhamdulillah, melihat kerja mulia yang terus dijalankan beliau tanpa henti, baik daripada segi tenaganya memberikan motivasi dan semangat kepada orang ramai mahupun uasahanya yang terus-menerus memperjuangkan dan membela orang-orang miskin contohnya, membuat saya bangga mengenali insan bernama YM Raja Shamri Raja Husin walaupun secara jauh.

Untuk pelajar yang ingin mendekati pakar motivasi top 10 di Malaysia ini, boleh ke blog http://abangraja.blogspot.com/





Gambar dipinjam dari blog abg Raja

0 comments:

PENENANG JIWA

Diamond Knot

Ocean Plait Knots

Ocean Plait Knots
There was an error in this gadget

PERKEMBANGAN BAYI

pregnancy week by week