Ad Code

Responsive Advertisement

Balik Melawat Jambori Melaka

Balik dari melawat Jambori Melaka di Kem Bukit Katil, kami singgah makan kat Umbai. Yelah...alang-alang dah lalu, rugi akalu tak singgah. betul tak ??

Tempat Makan yg kami singgah

Suami tersayang Sedang menunggu pesanan.


Horizon.. depan tu Pulau Besar rasanya.

Lepas makan, isi minyak keta coz minyak nak habis. Sedang suami megisi minyak, aku duduk dalam keta. Tetiba....bunyi sreeeettttttt..............berderau jantungku. Keta aku telah digeser tepinya oleh sebuah van yg dipandu sorg budak pompuan. Budak pompuan tu budak kaw. tu gak(Umbai).
aiseymannnn.....mulanya aku mcm rasa..lepas ke tak budak nie coz tetiba jek van dia belok coz nak isi minyak kat pam belakang. keta aku yg dok diam pun boleh di geser. apadah....
dia panggil bapak dan abang dia...bapak dia sampai terus tengok van dia kalau rosak. Dia ingat kami yg langgar anak dia. aku cakap..
"bukan kami yg langgar van pak cik. keta kami tengah isi minyak ni yang digeser oleh van anak pak cik"....pak cik tu mcm tak puas hati jek. utk mengelakkan kami kerugian utk kali ke-2. kami mintaklah duit utk coz repair. mula dia bagi RM10 jek. ish...mana cukup. pastu dia bagi lagi RM5. So, total RM15...Suami kata..."dah lah....ini tempat dia...maghrib dah nak abis....kita gerak jerlah. tak payah panjangkan citer". so, kami pun gerak. sepanjang perjalanan kami diam membisu coz mungkin menyimpan geram yg terbuku dihati masing2. dah nak dekat umah baru berckap.

Van yg geser keta kami.

Kes pertama masa kat Bukit Bintang (jam 5petang) balik konvo aku Ogos 2006. Kami baru keluar dari Lowyat masatu. Masa tu keta aku baru sebulan beli. Keta depan sekali brek tetiba, aku keta ke-5, depan aku citroen lama(keras tu keta lama). blakang aku lori bawa barang ringan, besar sikit dari lori kecil merah. Masa tu tengah jammed. so..bila keta depan sekali brek mengejut, keta belakang semua brek mengejut. kami dah break. dalam 1 minit berhenti tetiba kami rasa bunyi dentuman. aku panik. aku tak pernah accident. Lori belakang kami breknya rosak. lori tu sondol belakang kami. belakang tak teruk. cuma kemik kesan besi depan lori. depan kami teruk coz langgar citroen tu.

Minta ganti rugi kat lori tu. dia mengaku salah dia dan org kat gerai makan yg datang pun cakap lori tu yg salah. Pastu cina tu kata pi report polis. kami report. dia suruh claim guna insurans dia. bila kami balik, kami tak dpt claim insurans pemandu lori tu, tapi guna insurans kami. ish..ish... pengajaran....nasib baik keta baru sbln amik. utk pgtahuan, suami aku pun tak ada pengalaman accident semenjak dia pandai drive masa dia umur 16thn.

Kos repair keta aku masa tu RM2900. ketuk belakang, ganti lampu belakang, tukar dinding depan tepi sblh kiri, repair pintu sblh penumpang yg tak leh nak bukak, lampu depan ganti baru dan ketuk penutup enjin....

Kesimpulannya....berfikir bijak dan tenang sewaktu mengalami accident. bagi org sekeliling pulak...jgn terukkan keadaan dan jangan cuba merasuah utk menidakkan yg benar!!!

Post a Comment

0 Comments