Ad Code

Responsive Advertisement

Manikayu 3(i) Pengakap Negeri Johor

Pada 12,13 dan 14 Jun 2009, pasukan Latihan Pengakap enegeri Johor telah menganjurkan Kursus kepimpinan Manikayu 3(i) PKK, PM dan PR. Aku seperti biasa ditugaskan di bhg urusetia. Pada awalnya, jumlah penyertaan sedikit je. pastu bila hari beransur petang, ramai yg dah sampai. maybe lain kali, Manikayu takleh buat masa cuti sekolah coz cikgu-cikgu bujang sumer balik kampung. so, peserta kurang sedikit berbanding Maniakyu pengenalan dan peringkat 1 tempohari.

Dalam keadaan diri masih demam, aku gagahkan diri untuk membantu. Pertama sebab minat, kedua, ini program negeri, cikgu Khir jadi ketua kursus Muda. Hari tu, masa Pentarafan Pengakap Raja, aku tak dpt bantu cikgu Khir mengetuai urusetia. Kali ni aku cuba bantu. Betul telahan aku, bila jumpa Khir, dia berkata "Sampai hati Ros tak datang pentarafan pengakap raja hari tu."... masa pentarafan pengakap raja tempohari, aku terlibat dengan program motivasi pelajar islam PMR 2009 - Pemantapan insaniah melibatkan JIM Batu Pahat.

Gambar Peserta Manikayu 3(i).
Setiap kali nak gambar ramai2. mereka paksa aku gambar sekali. aku tak nak. sebab aku tak suka tengok saiz badan aku sekarang nie.
Tak aci !!!
Masa aku amik manikayu 2 dulu, (Kem seri gelam, terengganu)
Kami punya gejet dapur, meja makan dan siap buat gejet bangku. sekarang nie, semua nak mudah. Mereka guna kerusi plastik jek. Geng-geng...kita tolak markah ye masa buat pemeriksaan pagi nanti. hehehe...betul apa? mana boleh guna kerusi plastik. buatlah gejet yang oi...

Telur salut tepung

Ini satu lagi, bukan nak tunjuk pandai...mana ada orang masak telur salut dengan tepung. tak senonoh betul!!! Malu kat pengakap sek rendah.

Teringat aku kat SK Sri Amar, Johor bahru. Setiap tahun bila time aktiviti masakan rimba, pasti ahli ramai yg
datang. masak telur salut tanah, roti lilit, ikan pais, nasi dalam buluh dan bakar kentang. bestnya saat itu.

Dapat gak aku cari gambar tahun 1999 nie. Masakan rimba bersama anak murid. Seronok depa sumer. (Pengakap 86JB - SK Sri Amar, Johor Bahru).

Lawak...Telur salut tepung!!!!

Suamiku, cikgu Ramli yg bertugas sebagai penolong jurulatih bagi slot Ikhtiar Hidup unit Pengakap Remaja. Mulanya plan nak buat kek dalam tin. Best buat kek dalam tin nie. Sesuai utk budak PR. Puas mencari tin, dapat 2 unit jek. tak cukup. so, last minit tukar tepung,telur,ayam mentah yg biasa dibuat oleh PKK.


Post a Comment

0 Comments