Ad Code

Responsive Advertisement

Sakit dah Kebah, Alhamdulillah...

Setelah 3 minggu demam dan batuk, akhirnya aku kebah dari sakit ku. alhamdulillah. kerja semua boleh disambung. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui segalanya. Banyak pil yg dah aku telan selain kena amik 3 sampel kahak, amik satu tabung darah, injection dan x-ray dada. Alhamdulillah aku negatif dari tibi.



Ubat batuk...klinik ada, farmasi ada, hospital kerajaan pun ada. Madu pun ada!! nak ??

Pil kemam suami beli. pahit macam panadol. kena letak atas lidah sampai dia habis cair. heee...menggeletar badan bila ingat pahitnya ubat tu.


Pil pecah kahak. dah banyak aku makan sepanjang 3 minggu.



Pil antibiotik. daripada yg biasa sampai antbiotik yg kuat. Kalau telan pil nie, mcm ada udara pahit keluar kat mulut.



Ishk..ishk..ishk..

dugaan... masa aku demam nielah musim buah. jiran bagi nenas, manggis dan durian. sepanjang 3 minggu aku demam ada 5 kali jiran aku bagi durian. merasa seulas. pastu suami makan sebiji dan yg bakinya dia bagi kat orang lain. suami aku kata, dia takut kalau dia takda kat umah nanti aku makan durian plak. hehehe..mcm tahu-tahu jek... hantu durian lah katakan...sabar! sabar!


Meow nie suka mintak makanan bila aku buka pintu dapur. kucing siapa tak pasti. tapi dia manja kat aku dan bulu dia cantik. nie tengah manja2 nak ikan. coz, biasanya aku bagi dia ikan. kalau ikan takda, aku bagi ikan bilis. sebab tu ikan bilis aku cepat habis. coz aku bagi kat kucing2 yg lalu kat belakang umah aku. hahahaa...sebab tu depa suka datang umah aku.m kesian kat depa coz kedai makan jauh....takda sumber makanan...


Haa... laici..yummi!!!

Best makan laici segar. Suami aku beli kat pasar.

Masa aku kecik dulu, bila demam ajer, masa tulah aku dapat makan makanan kegemaran. mungkin ini motivasi ayah dan ibu aku supaya cepat sembuh. Terima kasih mak dan abah diatas pengorbanan kalian. Semoga mak dan abah sihat walafiat dan dirahmati Allah.
Terima kasih buat :
Suami...kerana menjagaku. aku terharu diatas layanan mu. Abang...ros sayang abang.
kakak ku,kak yot... terima kasih di atas ambil berat terhadap diri ini. setiap hari kak yot tepon utk tanya khabar.
Buat abah dan mak, terima kasih kerana mendoakan agar aku sihat.
Buat kak silah, terima kasih kerana turut mengambil berat kesihatan aku.
Aku sedikit terkilan, walau aku cuti/MC dan diri sakit... headcount sekolah perlu dihantar segera. aku tak dpt mengadap komputer dgn tekun dan kosentrasi. membuatkan entah apa2 data yg aku hantar ke PPD.
Hanya Allah sahaja yg tahu betapa betapa tidak sihatnya aku ketika itu; sakit dada akibat batuk teruk, pening, asyik terkencing bila batuk, tulang belakang lenguh n dicampur sakit hati dek kerana ada pihak yg tak memahami situasi aku. aku cukup terkilan.







Post a Comment

0 Comments