Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Wednesday, July 08, 2009

Puasa Sunat



Hari-hari yang disunatkan berpuasa dalam Islam


Soalan
Assalamualaikum wrm wrbt. Bolehkah ustaz senaraikan hari-hari yang digalakkan berpuasa sunat dalam Islam?

Jawapan
Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
1. Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
2. Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
3. Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
4. Puasa pada 9 haribulan Muharram.
5. Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
6. Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
7. Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
8. Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
9. Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.

Dipetik dari laman web Jabatan Agama Islam Selangor
http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=252&Itemid=85

0 comments: