Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Sunday, August 16, 2009

Sekitar Majlis Anugerah Bintang dan Pingat PPM Peringkat Negeri Johor 2009

7 Ogos 2009
6.00 ptg sampai JB lepas suami balik solat Jumaat
Alhamdulillah..bilik disediakan
Lepas solat Mghrib...pi makan malam.
Lama kami tak jln JB. Kami mkn kat Larkin Perdana.
Larkin Perdanan nie merupakan
Lokasi meeting ADC JB era arwah Cikgu Adnan (Bekas DC JB).
Lepas makan...tugasan bermula

Set Pingat PPM, Sijil KPN dan pingat 100 tahun Pengakap.
Susun tag nama dan buku program.

8 Ogos 2009
Majlis pendaftaran bermula seawal 7.30 pagi
Raptai 10.00 pagi
Majlis bermula pada 10.45 pagi setelah Ketua Pengakap Negara sampai.

AJK lain nampak batang hidung, ada yg bertugas dan ada yg buat-buat lupa tugas.
kalau ikutkan. aku AJK buku program. buat buku program, uruskan percetakan dan edarkan masa majlis. kerja aku dah beres.

So, aku bantu bhg pingat dan sijil coz tak de org. Lagi pun majlis nie suami aku s/u nya. aku tolong setakat yg aku mampu.

aku bawa bantal pingat. bila turn aku dapat pingat, kak bib plak yg bawa bantal...
rasa mcm kelam kabut. mana ntah ajk bertangjwb bhg ni.tapi majlis berjalan dgn lancar.
cuma ada seorg penerima kalungan manikayu tetiba masuk baris tanpa buat pendaftaran. jadinya, sijil dan manikayu beliau ada di bwh meja.

Satu kes lagi, sijil kepujian tertukar A ke B, B ke A. dah label tapi isi tertukar. maybe terlepas pandang. aku mengaku salah aku. tapi sepatutnya ajk pingat&sijil yg check.


Habis majlis terus ke Kg Pasir Putih Pasir Gudang.
Melawat kematian ayah Norhazli Mohamad yg juga merupakan ayah mertua Eliza Mokhtar. Mereka berdua nie suami isteri. ADC JB. Dua-dua geng aku n suami masa jadi ADC JB dulu sampai le ni. Hazli dapat pingat Baik n Eliza dpt Sijil Ketua Pengakap Negara pagi tadi. Tapi tak pegi coz arwah tengah tenat.
Kami hanya sempat mengiringi jenazah ke kubur.


Gambar penerima pingat dan sijil


Suami aku, Cikgu Ramli Ibrahim menerima Pingat Perkhidmatan Setia dan
Pingat 100 Tahun Kepengakapan di Malaysia.


Apa yg dibincangkan oleh Cikgu Ramli dan Hj Maskun nie???
Bussy betul suami aku. Aku membantu mana yg patut.
Lega rasanya majlis dah selesai.
Kes-kes berbangkit tu...biasalah...


0 comments: