Ad Code

Responsive Advertisement

BELASUNGKAWA


JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, bahawa Tuanku Sultan Johor, DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail disahkan mangkat hari ini.Baginda disahkan mangkat pukul 7.15 malam semasa dirawat di Hospital Pakar Puteri. Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi tadi kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pukul 11.20 malam ini. Menurut menteri besar, jenazah baginda akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada 2 petang esok.

Petang tadi, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

Manakala pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar petang esok.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh Almarhum dan semoga dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh – Al-Fatihah.

Post a Comment

0 Comments