Ad Code

Responsive Advertisement

Berehat Seketika

29 Disember 2009
Suami tersayang pulang dari menunaikan ibadah haji. Alhamdulillah...insan tersayang selamat dan sihat. Kehadiran saudara mara dan sahabat handai bertali arus membuatkan aku tiada masa untuk mencuri waktu untuk mengupdatekan blog.


4 Januari 2010 hingga ke hari ini...
Ayah ku, Abdullah Hj Othman telah dimasukkan ke wad Dahlia Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru...menjalani beberapa pembedahan....petang jumaat balik sekolah aku terus ke JB utk giliran menjaga abah...ahad malam isnin baru pulang ke rumah....sekurang-kurangnya aku meringankan beban kakak ku Ruzila dan abangku Nurzi yang bergilir siang dan malam pada waktu aku bekerja...terima kasih adik beradik ku....sehingga kini kami tak jemu menjaga abah walaupun kadangkala rajuk abah mencabar kesabaran kami....

walaupun 4 Januari 2010 hari pertama sekolah... hati tetap sentiasa memikirkan keadaan abah di sana...

terima kasih juga pada suami yang sentiasa memberikan sokongan walaupun sibuk dengan majlis pengakap dan latihan sukan sekolah yang padat....

Semoga tulisan blog kali ini menjawab pertanyaan kalian..."kenapa rosmah tak update-update blog dia yek????"....


Iman dan alia pun ikut nak jaga atuk.

Maghrib ahad malam isnin 17.01.2010. aku n suami singgah solat di Masjid Sultan Abu Bakar...Terasa tenag bila berada di dalam masjid ini...duduk lama2 ssambil mengaji pun seronok...aku buat solat jamak n terus pulang ke Batu Pahat...Esok dah sekolah

** Tahniah untuk suami tersayang, Tn Hj Ramli Ibrahim kerana dianugerahkan Manikayu 3bead - penolong jurulatih kebangsaan. Akhirnya, manikayu 3bead atuk abang(cikgu Mohd Diah-Tokoh Guru Kebangsaan 1980 dan Tokoh guru Peringkat negeri Johor 1979 http://puadede.com/v1/tokoh-guru/) terkalung juga di leher abang. Tahniah sayang!!

Post a Comment

0 Comments