Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Friday, February 26, 2010

Salah Kah Aku Terpilih ???

Aku mula minat pengakap sejak di sekolah rendah. Tapi prinsip ibuku tidak membenarkan anak perempuannya aktif, nanti tak ada orang yang nak kemas rumah, masak, basuh kain, sapu daun kering dan bermacam lagi. Sejak darjah 5 aku mula memasak untuk keluarga.

Masuk sekolah menengah...SM Air Tawar aktif pengakapnya. Diketuai oleh cikgu Halim Sulong(sekarang ADC Kota Tinggi). Kawan baik ku juga ahli pengakap. namun minat di hati dipendamkan jua...mak tak benarkan!!

1994 - Lepas SPM, aku dapat masuk maktab, Maktab Perguruan Batu Rakit. Di sinilah bermulanya dunia aku melepaskannya...seolah-olah seekor burung terbang.....aku bebas untuk masuk dan aktif pengakap...AKHIRNYA!!!!!

Disebabkn keluarga susah, aku balik kampung bila cuti semester panjang sahaja. Jadinya, setiap hujung minggu, aku habiskan masa ku di Kem Seri Gelam, betul2 sebelah maktab ku... di sini aku menjadi urusetia, helper dan tenaga pengajar. Orang yang mengheret aku ke kem tu ialah Pak Long atau org terengganu panggil Ayah Zit. Pak Long selalu jadi ketua kursus...so, setiap kali itu jualah kami menjadi pembantu... antara rakan aku yg juga sama macam aku waktu tu dan sampai sekarang kami tak putus hubungan ialah Esham Busu-Aqela Quber Scout tuu... Kat kem ni gak aku kenal cikgu Mohamad sulaiman, en hamdan, en zakaria, mr teh, mr khoo hock hoi dan ramailah lagi....sekarang,, esham kata kem seri gelam dah diganti dengan bangunan pusat pembelajaran guru...

1997 - Aku turut serta menjadi petugas di Jambori Asia Pasifik di Kem Seri Kluang, Terengganu..seronok jumpa kawan...dan aku rasa, banyak aktiviti di jambori kali ini...minat aku pada pengakap terus mendalam...

1997 - Aku posting di SK Sri Amar, Johor Bahru - sek ini menjadi dunia pengakapku.... seronok dgn anak murid...tiap minggu kami buat aktiviti. sampai satu masa....bila pendaftaran awal tahun, terlalu ramai nak masuk pengakap, sampai GPK Kokurikulum terpaksa cantas separuh dan paksa yg macam tak layak ke unit beruniform yg lain... terasa bangga juga ketika itu...

1998 - aku dilantik menjadi setiausaha pasukan latihan daerah. masa tu pengerusinya en Azhar Noor Rahman...so..aku dah kenal sangat Azhar nie..komited dgn kerja. turun naik aku ke PPD JB untuk uruskan surat kursus manikayu n kursus kemahiran. Masa nie, Azhar menjadi tenaga pengajar di UTM bersama arwah Pak Unggal(Hamzah Maslan Ronomejo) dan Ayah(Tn Hj Ismail Hussien-Pontian). Masa nie Azlan Abd Jalil(DC Johor Bahru) masih menjadi student UTM dan kelana siswa UTM selalu menjadi helper bila ada program daerah di JB.

Setiap kali Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor yang diketuai oleh Ayah - mesti menjemput aku n the gang(aku, roshita jaffar-sk Tmn Skudai Baru dan mardiah baian-SKPK Cacat Pendengaran JB) untuk bantu ayah....di sini aku mula kenal en Mukim, pak samad, ibrahim junid, hj yaacob - kami selalu tumpang van haji yaacob untuk ke stesen bas utk balik ke JB...dulu kami agak nakal..hehe...minat pengakap semakin mendalam bila selalu ikut serta aktiviti pengakap di daerah mahupun di negeri.

2001 - Manikayu aku yang tergantung 4B dari zaman maktab (1996) aku bawa tunjuk pada arwah Pak Unggal. Pak Unggal baca masa pentarafan pengakap raja. Arwah Ayah(Hj Ismail Hussien) usahakan hujung minggu tu jua untuk hantar ke ibu pejabat. terharu aku dibuatnya. tahun itu juga aku dapat manikayu. yang kelakarnya..Arwah Pak Unggal (kami panggil Abah) kata....Abah dan Ayah berebut nak bawa balik ke Johor aku punya sijil manikayu...aku rapat dengan mereka berdua...Arwah Pak Unggal meninggal masa suami aku pi CALT-aku tak dapat melawat...tapi masa suami aku melawat, abah sempat berpesan supaya jaga Rosmah baik2...sedih...Arwah Ayah, aku sempat jumpa seminggu sebelum dia meninggal...aku n suami rapat dengan ayah...ayah yg betul2 menyokong bila aku pilih Ramli jadi teman hidup. Untuk pengetahuan semua Ayah(Tn Hj Ismail Hussien-Pontian) menjadi saksi pertama masa aku nikah. ayah sanggup ke kota tinggi utk jadi saksi pernikahan kami...Al-Fatihah untuk arwah Ayah n Abah. Aku dikalungkan manikayu di rumah Ayah-jalan mohd salleh, pontian bersama Mazlan Abd Karim(Sekarang pensyarah Maktab Kuala Terengganu - dulu cikgu SM Sains Kota Tinggi).

2003 - 2006 - Aku stop pengakap coz sambung belajar sepenuh masa amik ijazah. badan mula di pam-pam tahun demi tahun coz pegi balik kuliah naik keta..hahaha...

2004 - aku nikah dgn cikgu ramli. mula minta izin jika nak aktif pengakap. diri dah jadi isteri orang.

2006 - aku posting baru. satu sekolah dengan suami aku dan satu sekolah juga dengan Nasreen Hj Yaacob. walaupun Reen anak pesuruhjaya negeri, dia nie low profile orangnya...dia bertanggungjawab mengembalikan aku ke dunia pengakap dengan sokongan suami tercinta. first comeback aku masa extreme challenge 2006...semua yang jumpa aku tak percaya..kenapa tak percaya???? badan aku dah dua kali ganda dengan saiz sebelum samb belajar...Malunya aku..nak sorok tak boleh coz badan dah besar... Azlan Jalil menegur ..."Betul ke kak Rosmah nie???" malunya aku...tapi memang betul pun...aku dah gemok!!

2010 - Aku dilantik sebagai ASC ICT - Mulanya rasa nak menolak, tapi mungkin itu tanggungjawab baru aku untuk bantu negeri. Insyaallah, aku akan cuba terbit majalah 2 siri setahun utk dokumentasikan aktiviti pengakap negeri sepanjang tahun. walaupun aku bakal berdepan dengan pertikaoan orang perseorangan yang mengatakan...."Rosmah jadi ASC???? macam tak ada orang lain jer... muda sangat, lagipun..dia tu kan perempuan!!!" - cabaran buat aku.



2010 - Lebih besar isunya bila aku terpilih ikuti kursus CALT... ramai mempeertikaikan...aku dah agak... mungkin rezeki aku, tapi..siapa yang tak mau pegi bila terpilihkan??? ada suara-suara mempertikaikan kelayakkan aku... lantas aku menyoal kembali diri sendiri....


"Salahkah Aku Terpilih?"







0 comments: