SEKAF KEBANGSAAN
SEKAF CENDERAHATI BERLOGO PENGAKAP
Sekaf ini sama bentuknya dengan sekaf kebangsaan. Perbezaannya hanya pada logo pengakap. Sekaf ini hanya digunakan sebagai cenderahati dan TIDAK BOLEH DIPAKAI dalam apa jua aktiviti pengakap.
SEKAF GILWELL
Sekaf Gilwell boleh dipakai oleh mereka yang telah dianugerahkan manik kayu dan dipakai sewaktu menjalankan latihan dan kursus. Dalam majlis-majlis rasmi, pemegang manik kayu hendaklah menggunakan sekaf kebangsaan.
SEKAF JAMBORI/PERKHEMAHAN

Sekaf Jambori/Perkhemahan hanya dipakai sewaktu perkhemahan berkenaaan dan malam pengakap sahaja. Sekaf-sekaf acara tertentu seperti jambori, korobori, perkhemahan dan pek bercuti hanya boleh dipakai semasa program tersebut berjalan sahaja.
MANIKAYU

Pihak jawatankuasa Teknikal PPM telah memutuskan bahawa pemegang manikayu 2 butir dan ke atas dibenarkan memakai hanya manik kayu tanpa sekaf kebangsaan/sekaf jambori ketika memakai kemeja-T di mana-mana penganjuran aktiviti pengakap.
0 Comments