Ad Code

Responsive Advertisement

Kami Juara 8 Tahun berturut-turut



Buat tahun ke-8 berturut-turut SMK Dato' Syed Esa sekali lagi dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Batu Pahat kali ke-43. Dengan catatan markah 266 berbanding tempat ke-2 dengan catatan 179 sudah cukup membanggakan kami warga SMKDSE.

Tahniah dan ucapan jutaan terima kasih kepada atlet-atlet yang berhempas pulas mengerah keringat berusaha mencapai kejayaan demi nama SMKDSE Gemilang yang tercinta!

Tahniah dan ucapan jutaan terima kasih buat barisan jurulatih yang mencurahkan ilmu mengorbankan masa untuk melatih atlet agar kejayaan lalu masih milik kita.
Semoga sukan SMKDSE terus Gemilang!

Syabas untuk ANDA!!


Post a Comment

0 Comments