Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Monday, April 12, 2010

Kursus Manik Kayu Anjuran PLD Pontian

Ahad, 11 April 2010 - Pada 9, 10 dan 11 April 2010, bertempat di Pusat Latihan Pengakap Daerah Pontian, Kompleks Penghulu Mukim Serkat, Pontian, Negeri Johor, telah diadakan Kursus Manikayu unit PM, PR dan PK.

Walaupun sedih, MK Unit PKK dibatalkan kerana tiada peserta - Tak jadi Ketua Kursus MK PKK. Berita itu tidak mematahkan semangat, lantas menuju Pontian dengan niat kehadiran di sana bersama suami akan dapat membantu rakan-rakan bagi menjayakan program ini.

Tahniah buat PLD Pontian. Tahniah buat abang Zack (Zaini Mohd Said) kerana berjaya menganjurkan kursus MK di Pontian. Tahniah juga buat barisan ADC Pontian, kelana dan juga barisan jurulatih. Jumpa Lagi di MK 3(i) nanti.

0 comments: