Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Monday, June 07, 2010

Ekspedisi Calon Pengakap Raja Kump 15BP, SMKDSE

6 JUN 2010 - Pada 4 hingga 6 Jun 2010 yang lepas, seramai 14 orang calon pengakap raja kump 15BP (SMK Dato' Syed Esa) telah menjalani satu ekspedisi bagi melengkapkan diri ke Ujian Pentarafan Pengakap Raja pada MAC 2011 kelak.

Bermula jam 3.00 petang di perkarangan Asrama Putera SMKDSE (bersebelahan dengan Hospital Batu Pahat) dilepaskan oleh Tuan Ramli yang juga merupakan pemimpin kump ini. Ekspedisi ini melalui sepanjang jalan Tanjung Labuh bermalam di Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh. Meneruskan perjalanan pada 6.30 pagi menuju ke check point akhir di Perigi Batu Pahat - Lokasi sejarah di tepi pantai, tempat daerah Batu Pahat diberi nama.

Tahniah diucapkan kepada peserta yang bersemangat waja. Anda memang ada ciri untuk menjadi seorang Pengakap Raja. Teruskan usaha anda. Berikut adalah laporan bergambar merakamkan sebahagian detik-detik sepanjang perjalanan ekspedisi tersebut. Gambar diakan oleh jurufoto TIDAK bertauliah - Pn Rosmah Abdullah..hehehe....


Peserta ekspidisi sempat bermain di gigi air di Pantai Minyak Beku.


Pandangan dari jauh..peserta melepaskan penat...


Posing maut.
Hazim, Haziq, Iman, Ena n Jeera.


Menghirup udara segar pantai. Pandai betul mereka nie berposing!

Di Perigi Batu Pahat. Sejarah lokasi nama Batu PAahat diberi nama.


Pengerusi Projek Ekspedisi - Liau Kai Chun. Congrats Kai Chun!!


Hazim n Haziq - Pasangan Kembar seiras. Penat berjalan. Nak duduk puas-puas katanya!!


Peserta ekspedisi berehat setelah berjaya ke check point akhir. Congrats!

Hui Hui..kakinya sakit..tapi semngatpengakapnya tinggi. Tahniah Hui Hui


Iman... tahniah..jangan serimberpengakap..hehe

Sakinah... "cikgu...kami dah sampai!!!"

Ajeerah sempat jeling ke lensa cikgu!!


Chan Lisen(King 2009), Loh Chee Heng(king 2008) dan Loh Chee Han turut hadir memberi sokongan moral kepada junior mereka.

Falihin, ex-scout 15BP menjagar ilmu kawad tongkat.

Falihin!!!! mana kasut???


Falihin mengajar lagu sambil adik2 junior mengikut aksi beliau.


Cikgu Ramli sedang memberi taklimat bagi pergerakan esok pagi.

Tahniah kepada peserta ekspedisi!!!

Semoga kalian berjaya menjadi Pengakap Raja pada tahun 2011.


0 comments: