Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Thursday, June 17, 2010

Pulau Redang Jun 2010


Pulau Redang menjadi pulau impian aku sejak aku belajar di MP Kuala Terengganu 1994/1997. Hajat aku nak honeymoon dulu pun kalau boleh nak pi Pulau Redang. Apakan daya…belum rezeki. Bulan Mei yang lepas, suami aku dapat tawaran ke Pualu Redang atas tiket cikgu2 sukan daerah Batu Pahat. Bayar separuh harga je utk penginapan. Lain semua free… Rakan2 pompuan bercerita sakan bila balik dari sana. Membuatkan jiwaku terus meronta2 untuk ke sana.

Puas aku surf internet utk booking bilik/chalet atau apa2 jelah…”Maaf cik, penuh lah”. Aku kecewa.

Isnin 7 Jun 2010

Balik dari kelas tambahan, terus beli tiket ke Terengganu. Bas malam nie jam 8.00. Seronoknya dapat pi Terengganu. Dah lama tak pi sejak aku posting 1997 dolu-dolu.. Sampai Ganu, suami ajak ke jeti Syahbandar utk terjah kaunter agent resort yg ada di jeti tersebut.

Selasa 8 Jun 210

Alhamdulillah…memang rezeki aku. Ada sepasang customer last minute cancel and masa tu juga aku n husband naik van menuju ke jeti Merang dalam 45 minit, untuk naik bot menuju ke Redang. Memang rezeki aku-alhamdulillah…

Semasa perjalanan, kami terserempak seekor penyu yang mati terlentang terapung2 dipermukaan laut. Kata pok cik bot, penyu tu mati termasuk pukat nelayan agaknya. Besar dulang air saiznya.

Sampai di Redang Kalong…dari laut tengok resort hati berbisik “alamak…macam tak best jer resort nie?”. Tapi teruskan perjalanan. Dapat bilik 201, ada 1 katil queen size + 1 katil single. Penginapan OK! Aku keluar berjalan tepi pantai…dan pandangan terus ke laut….oooo…rupanya Redang Kalong nie, kalau di lihat dari laut ke Resort macam tak best, tapi dari resort pandang ke laut lepas dihadapan…fuuhhh..cantik giler beb!!!

Pemandangan pantai ni betul2 depan bilik aku. aku snap dari beranda.

Memang utk merelease tension tul!! Aku amik DSLR yg baru dibeli and amik gambar sepuasnya. Tetiba datang segerombolan anak ikan mcm tau2 jek aku nak amik gambar. Ikan yu, ikan todak besar, ikan kuning jalur hitam n byk ikan aku tak tau nama datang ke tepi jeti. SERONOOOOK Sangat!!

Sekawan ikan yu datang ke jeti kami.

Makanan di resort nie memang first class! Majority yg dating adalah org Singapore. Ada 3 family melayu termasuk aku, lain semua Chinese.

Rabu 9 Jun 2010

Selepas sarapan pagi, kami jungle trekking sat dlm 10 minit menuju resort sebelah – Laguna, Redang Lagoon, Redang Spa Parafica entah mcm2 ada. Macam ada 5@6 resort di seblah hutan@semak yg kena rentas dalam 60meter. Jalan2 makan angin n lihat gelagat orang.

Petang aku pi snorkeling…ikan warna warni..seronok. terumbu pun catik. Dapat tengok kima yg besar. Kalaulah kamera aku boleh masuk dalam air..ish!ish!ish! balik aku mabuk laut…lama tak berenang.

Walau aku takda kamera dlm laut, tapi suasana saat ikan sekeliling tatkala snorkling macamnilah gayanya. sukar digambarkan seronoknya! Subhanallah!!

Depan bilik kami ada sekeluarga tupai sering datang. husbd bagi kuih yg kami amik kat cafe. yang nie anak dgn ibunya. Tupai nie jinak. ekornya merah.

Depan Redang Reef Resort

Still depan Reef Resort tapi berlatarkan laut

Khamis 10 Jun 2010

Jam 9.00 pagi kami bertolak ke daratan. Seronoknya suasana n keindahan di Redang, tak leh kulupa. Sampai darat, ada pekerja resort datang amik kami naik van. Terus ke Bus stand beli tiket utk balik batu pahat. Tak dapat jam 8.00malam. dapat jam 11.00 malam…lambatnyeerrr…

Sedang aku readykan kamera utk amik gambar maktab batu rakit, sekali trafik light keempat2 simpang tu penuh bas, lori, van, keta...aduuhhh...signboard jerlah yg dapat aku amik.

Kami charter teksi ke Pulau Wan Man- pi tempat replika masjid2. Seronok pi sini. Pastu kami ke pasar payang…borong sutera…dapat pilih baju menurut kata hati coz design cantik2 belaka.

Masjid kristal..sempat solat kat dalam. posing sat

Insyaallah…ada rezeki aku akan dating lagi ke negeri indah ini. Next pulau-Pulau Perhentian. Bila? Entah ler..insyaallah suatu hari nanti.

0 comments: