Klik di sini untuk kembali ke halaman hadapan http://rosmah.blogspot.com

Sunday, February 02, 2014

Resipi Telur Pindang



Resipi Telur Pindang Warisan Keluarga
Bahan-bahan:

1. Telur Ayam
2. Ketumbar
3. Jintan Kasar
4. Jintan Halus
5. Garam Kasar
6. Cuka
7. Daun Senduduk
8. Daun Salam
9.Serai
10. Lengkuas
11. Halia
12. Kulit Bawang.

Cara Membuat:

1. Asingkan semua daun dari batang.
2. Campurkan bahan no 2,3,4 sehingga sebati dalam bekas yang sama.( bahan A )
3. Cincang halus bahan no 9, 10 dan 11 dan campurkan dalam bekas yang sama.( bahan B )

Cara Susunan Untuk Merebus:

1. Letakkan daun senduduk di bahagian dasar periuk dan ratakan ke seluruh kawasan dasar periuk.
2. Lakukan proses yang sama kepada daun salam.
3. Tabur dan ratakan bahan A dalam periuk.
4. Tabur dan ratakan bahan B dalam periuk.
5. Tabur dan ratakan kulit bawang.
6. Susun telur ayam secara teratur mengikut bentuk periuk. 
7. Ulangi langkah 1 hingga 7 sehingga lapisan terakhir.
8. Iskan air ke dalam periuk sehingga ke paras telur.
9. Setelah itu, taburkan garam kasar.( sekurang-kurangnya 6 beg mengikut jumlah telur).
10. Masukkan setengah botol cuka yang telah dicampur dengan air ke dalam periuk tersebut.
11. Setelah itu, mulalah merebus.

**** tempoh merebus 3 hari 2 malam****
****buka api seperti biasa.Apabila sudah mendidih kecilkan api hari terakhir****




Kreatif. tak terfikir pun. dilekatkan daun sebelum telur direbus. bila dah siap masak, dauntersebut di cabut, maka terhasillah seni. sungguh kreatif kan ????


0 comments: